Thursday, May 13, 2010

8C Buat Suami BENCI Isteri.....Betul2 Hangat Nie.....

Just na share ... Buat Kita isteri2 tidak sangka
suami cam nie

First,sory klau de yg t'sggung.. 2nd,sory klau repost..just nk share dgn korg..

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2.CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4.COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6.CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7.CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.


8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.


Renung2kanlah dan selamat beramal…..



7 comments:

Budak Kem said...

A'km,semuga kita sama2 dpt manafaat dr tulisan Sham,yg baik jadikan tauladan,suami dan isteri wajib tahu peranan dan tanggungjwb masing2,sebelum kawin kita kena cari ilmu rmhtangga,semakin lama semakin syg pd pasangan bkn semakin lama semakin benci.


(jiran sebelah rmh masa tadika)

zam said...

Sebelum tu den nak tegor sikit kat ija ni.. den dah aja dah kalau tulis comment tu tulislah nama kat bawah tu kalau guna budak kem tapi sebaik baiknya guna nama manja ija tu kat dalam name dan publish ok.. bukan apo kekadang orang keliru siapolah budak kem ni..

ok... ni 8c untuk isteri ke.. untuk suami pulak berapa c ?

sham said...

Salam,

8c ni bukan tulisan den, sapo pulak yang tulis ye...

Walaubagaimanapun banyak ilmu yang kito dapat darinya. Terima kasih.

Sekian.

Wassalam

siti rohani said...

Assalamualaikum!
Lelaki kan dianugerahkan 9 akal? Setakat 8C.. takkan dah benci isteri? Kalau isteri semua smpurna, x tercabarlah 9 akal tu. Bila nak guna? Simpan dlm peti besi kut! Banyak lagi A,B,D ..sampai Z yg boleh buat isteri disayangi. Carilah penyelesaian utk padam C tu..

Anyway, Baguihla.. moga2 dpt kita jadikan sempadan.

Wallahu'alam

zam said...

8c ni sebenarnya hasil nukilan pakar motivasi terkenal tu dr fazilah kamsah.
lelaki ada 9 akal.. banyak tu .. tapi biasanya gunakan 1 je kot , tu yang haru biru tu... anyway 9 akal ke 8c ke a to z ke,,, aku cuma nak bagi tau tepuk dada tanya selera.. dan sesungguhnya kita kat dunia ni dah terlalu banyak excuse .... macam2 acronym dicipta bukan apa tujuannya nak dptkan perhatian aje...

Budak Kem said...

zam,kdg2 Ija terlupo lah nak lotak namo ni tak po la kalau nampak huruf "P"@ ija zam tahu la yo,tima kasih atas teguran ketua pengawas,mata dah okey kan,ha tu lah lain kali jgn skodeng tau.



"P"

zam said...

Ija,
mata dah ok,,, dah,, insect bite... anyway zam tau dah kalau ija tak fly mesti sibuk layan blog ni betul tak.... oklah macam tu meriah sikit... jadi nanti datang tak reunion tu...? ,,,mmmm pramugari kena ada 3S... kalau tak takleh jadi pramugari... nak tau apa tak 3s tu tunggu..... he he he