Sunday, June 20, 2010

SELAMAT HARI BAPA!!

Salam,

Semalam mesti bapa-bapa semuanya sibuk menerima layanan dari ahli keluarganya...sebab anak-anak sibuk memberi ucapanlah, kad ucapan, hadiah, kek , makan istimewa dan macam - macam lagi... ini menunjukkan tanda kasih sayang mereka kepada bapa mereka.. yang telah berkorban serta bertanggungjawab dalam memberi tunjuk ajar dan kasih sayang yang tidak terhingga...

Oleh itu, pada ahli-ahli ex-skkgk yg masih menpunyai abah, ayah , papa atau apa sekali pun yang kita panggil mereka, peluk dan ciumlah mereka semetara mereka ini masih ada..seperti Ani, Azlan B, Boy, Tina dan kengkawan yang lain yang bapanya telah pergi.. marilah kita doakan serta sedekahlah "AL FATIHAH" untuk mereka sebagai bekalan mereka di sana...

Satu pesanan untuk diri kita, ingatlah kerana "DIA" kita menjadi insan yang berguna dan bermanafaat kepada masyarakat...



Inilah kad ucapan di terima semalam.... Baca tak kat situ..Ada tulis "TAMPAN"... jadilah anak-anak kata macam tu kat aku.. terkembanglah juga...

Wassalam

Moderator

8 comments:

Tina Kassim said...

Salam,

Di second reunion hari itu, saya sungguh tersentuh sebab semua kawan lelaki yang hadir itu nampak sangat jelas adalah bapa-bapa yang sangat penyayang.... Zam, Boy, Sham dan Lan B ..... jadi untuk anda semua Selamat Hari Bapa!

Untuk kenkawan lelaki lain yang saya belum jumpa bersama anak-anak ucapan yang sama saya tujukan..Selamat Hari Bapa.. Semoga kita semua diberkati olehNya!

Bagi saya Hari Bapa & Hari Ibu adalah hari hari yang kita lalui ini sepanjang kehidupan ini ...

Terima kasih atas ingatan moderator terhadap abah saya yang dah tujuh tahun meninggalkan kami..

Wassalam

P/S confuse moderator ni Boy atau Zam?

zam said...

Tina,

Ye ke.. dan terima kasih atas ucapan ikhlas anda. Maklumlah dah jadi bapa ni memang kena sabar sentiasa tetapi kekadang terlepas juga.. he he

Moderator adalah person yang mengawal aktiviti blog ni dan dalam kes ini adalah beberapa orang yang menjaga blog ni dari jauh.

Zam

Tina Kassim said...

Salam Zam

Beberapa orang? Selama Tina ingat Boy dan Zam aje.

Fendi said...

Salam..

Tina-Tina..buleh tak ko share dgn kitaorg yg dhaif lagi hina ni..apakah yg ko lakukan bila tiba hari BAPA..??? so, sekarang ko p discuss dgn suami ko, ape korang nak jawap..p cepatttt...

pssstt..aku suka bila nengok ko senyum sambil pakai tocang dua kiri kanan masa kita darjah 6 duluu..

sham said...

Salam,

Pertamanya terima kasih pada tina atas pujian ikhlas kepada kami(terharu juga rasanya) dan kepada moderator sedikit teguran tentang kesilapan menaip Azlan D bukan Azlan B(Cek Zul kita ada lagi tu..).

Keduanya semoga bapa-bapa semua sentiasa berusaha menambah ilmu keibubapaan untuk menjadi bapa yg berkualiti di dunia dan akhirat.

Fendi kau perasan tak kita tak ada ambil gambau kelas utk darjah enam, kenapa ye?
Tapi mamori kau kuat betullah....

Kepada moderator yang sangat-sangat perihatin ini tak tau nak ucap apa cuma kawan doakan bapak-bapak moderator akan sentiasa awet muda bukan sahaja mukanya tapi hatinya juga...

Sekian, Wassalam

zam said...

Sham,

Dah dapat ko bolum ...

Eh Lan D = Azlan Abdullah atau landollah
Lan B = Lan Bongek atau Mohd Azlan Zulkifli

anyway thanks for teguran

sham said...

Salam,

Zam aku dah dapat, terima kasih atas usha yang telah di buat.

Wassalam.

tq

Ija said...

A'km kdg2 bila sibuk dan masa yg terbatas ija terlupa nak ucapkan selamat hari ibu dan bapa kpd kwn2semua.Ye,pd yg masih ada ibu dan bapa,kita bertanggungjwb mnjaga kebajikan mereka sepanjang hayat mereka dan andai mereka sudah tiada lgi d dunia fana ini,tanggungjwb kita ialah sedekah kan dgn doa& saambungkan amal jariah mereka dan sbagainya.