Salam,
Tentu kita tertanya-tanya tentang nama ini.. Ya..Inilah salah seorang sahabat sekelas kita di SKKGK dulu.. Kalau kengkawan masih ingat, dia ni selalu di gelar "DAYANG SUHANA" oleh Cikgu Wan semasa dalam kelas..
Semalam baru dapat nombor teleponnya dari abang kawan kita ni..Saiful Supian.. Sedikit latar belakang Cik Suhana ni, dulu dia ni duduk depan rumah Boy semasa di Kuartes gurkha.. Rumah nya berdekatan dengan Rumah, Man, Az, Arwah Azhar dan beberapa kawan lagi..Lepas tu dia berpindah ke Flat Bunga .. depan rumah dak Flinstone.. Lepas tu dia pindah bi block A, B , C... dekat dengan rumah si Ija pula... Orangnya pendiam, pemalu, rambut perang-perang sikit dan senang bergaul..
OKlah di pendekkan cerita, petang semalam sempatlah berbual melalui telepon dengan dia semasa di tempat kerjanya.. sibuklah juga katanya...tapi malam baru dapat cakap lama dengannya dan bertanya khabar.. Suaranya macam dulu lagi..lembut dan pelahan je.. rasanya wajah pun mesti tak banyak berubah..kot.. Sekarang ni bertugas di Johor Bahru di Syarikat yang mengeluarkan "Remote Control Security Alarm" untuk kereta..so lepas ni sesiapa yang alarm nya dah rosak ..boleh lah contact si Suhana ni nak dapatkan staff price... Tempat kerjanya di Pandan kat JB tu... Tinggal di Kota Tinggi.. Beliau telah dikurniakan sepasang anak, seorang darjah 6 dan seorang lagi baru 6 tahun... Suami bernama En Azman dan berkerja di kawasan Perindustrian Tampoi di Johor juga..
Untuk sesiapa yang mengenali keluarga Suhana ini, Arwah bapanya telah meninggal dunia pada tahun 2001.. Arwah diserangi sakit jantung di kedai kopi waktu petang dan terus menghembuskan nafas terakhir di situ...Ibu Suhana masih tinggal di JB di Taman Pelangi bersama 2 orang Adik yang masih bujang katanya... Anyway Suhana amat teruja mendengar beberapa nama rakan lama yg disebut..of Courselah yang perempuan kan...seperti Ija, Tina , SR , Waty dan Rose.. Tapi yg menariknya apabila di sebut nama Dak Zam.. perkataan yang terkeluar dari mulutnya.. "Oh ! , yang sepet tu kan" .. so sorrylah Zam , orang lebih kenal kau dari mata kaulah...itu yang mahal tu...Untuk Flinstone pula.."Yang mancung giginya kan" ...itulah kata Si Suhana ni.. jangan marah Fendi..
Suhana telah melawat blog kita ni..tapi katanya banyak sangat muka yang dah berubah...memang tak kenal ..maklumlah 30 tahun yg lepas..lama sangat tu...
Akhir sekali.. "SELAMAT DATANG KE BLOG INI SUHANA" semoga kenangan lama akan bertaut kembali ... Kita akan cuba forwardkan nombor telepon Si Suhana untuk semua..jadi bolehlah beborak panjang dengan Suhana nanti...
Sekian
Moderator
7 comments:
Ana,
Welcome to our blog SKKGK 1969. Gembira mendengar sorang lagi kawan kita dijejaki. Dan sebagai ketua murid yang bertanggung jawab saya akan mengarahkan Fendi untuk melatih anda dalam hal ehwal tata susila blog ni....
he he he
Takdelah... acah aje. Anyway kalau ada accesss to internet silalah singgah....
Bye
Salam,
Selamat datang Ana......wah lagi meriah keluarga anak komando 1969 nie..Rashidah ko tak jumpa ke boy..
A'km,ija bru balik dr Tokyo.Boy ada sms no tel suhana semasa ija d Tokyo,bru sampai ptg tdi,2115pm ija col suhana,berbual lama jgk.Abg Suhana tinggal d Enstek dekat2 dgn kawasan abg Tina.Esok ija ke Kota Tinggi ada jemputan kawin d sana tpi tidak berkesempatan berjmpa suhana sebab dia bekerja,insyaallah d lain masa bertemu jua jika d izinkan Allah.Selamat dtg ke blog skkkgk Dayang Suhana...brtambah lagi kwn perempuan yg dah jumpa.TQ Boy.
IJA
ija.
Salam,
Alhamdulillah jumpa juga si dayang suhana ni, kalau boleh postlah gambar sekeluarga semoga hubungan silatulrahim ini akan mendapat keberkatan Allah SWT.
Wassalam.
Salam Suhana,
Pertama SR, lepas tu Ija, Tina, Wati, Rose dan sekarang Ana... harap yang lain akan menyusul dalam masa yang singkat.
Terima kasih pada Boy atas usahanya!
Ana - Selamat Datang ke SKKGK 1969
salam...
Ana, selonok dpt tau yg Ana berjaya dikesan oleh unit Pengesan kiter yg dketuai oleh Zul..tahniah Zul..nnti aku buleh rekomen ko keje kat Unit Pemusnah Bom kat Kem Terendak tu sbb ko ada bakat kesan mengesan nihh..trnyata muncung hidung ko tajam buleh menghidu lokasi persembunyian si Ana nihh...
Apepongg..Ana, hantarle gambar trbaru U..dah 30 tahun lebih saya tak tengok U...ingat tak dulu kiter slalu sembang2 dlm kelas bila cikgu x masuk kelass..bak kata si Boy, sampai jongang sikit gigi saya dok trlampau menyembang dlm kelass..nanti ko Boy, bab kutuk aku ko no.1....nantikan kutukan berbisa dari aku x lama lagii..
Ana..anak dah berape ye ..??
Salam...
Apa khabar ana!... kenal tak wati? kita dulu selalu duduk dgn u , paling wati suka ana ajar wati macamana sharpener pensil yg menjimatkan dan tahan lama...
Ana.. fendi tu kelakar orgnya..
fendi...
kau ni kelakarnya...semua yg kau bualkan wati tak boleh tahan asyik nak ketawa je...teruskan gurauan mu bg menceriakan blog ni...k
Post a Comment