Tuesday, June 15, 2010

Ziarah ke Rumah Teacher Ani

Untuk pengetahuan kengkawan pada hari Ahad yang lepas, ambo sekeluarga berkesempatan menziarahi rumah Siti Rohani di Kg Lama, Jitra. Sampai pun dah agak lewat lebih kurang pukul 4.30 petang. Itu pun selepas gi ke kenduri kahwin kawan Zam kat Laguna Merbok. Kami sekeluarga disambut dengan mesra oleh Mak Ani, makcik Siti Salmiah dan siapa lagi kalau tak suami kesayangan Ani, Abdul Aziz. Masa sampai tu Ani tak de kat rumah pasal bawa bebudak gi swimming dengan kakaknya. Sambil menunggu kepulangan Ani, kami pun berborak dan bersembang dengan makcik dan Aziz. Mmm lama jugalah.. untuk pengetahuan kengkawan mak Ani ni seorang yang amat peramah. Ketika mengimbau kembali masa kisah kat kem tu, bermacam2 ceritalah keluar. Mak Zam dulu diorang panggil Zahba.. sebab kan ramai orang nama Azizah, jadi ayah pulak bernama Ibrahim Baba atau lebih dikenali dengan Berahim Baba maka diorang pendekkan ke Zahba. Makcik Sal punye memori Zam rasa kita kena tabik dia boleh ingat dari kisah duduk rumah gurkha sampailah ke rumah mara. Dulu dia aktif juga especially dalam nasyid. Jadi tak heranlah kalau dia kenal semua mak mak kita contohnya mak dak Boy, Mak Sham, Mak Lan B dan Mak Tina. Antara yang Zam boleh recall. Rupa-rupanya ayah Ani dulu orang BTN. Maklumlah lepas bersara dulu ramai geng2 komando ni masuk ke BTN ikut jejak langkah Rahim King. Maklumlah siapa yang tak kenal Rahim King. Mak Ani juga bercerita pasal adik Ani yang accident dulu kat Kluang tahun 92... masa ni Zam pun sebak juga.. Antara kenangan yang Mak Ani cukup ingat ialah dak Lan dan dak Sham. Cukup suka menyorok dalam bonet kereta. Lepas tu bukak bonet tu dari dalam.. dan kekadang tak dapat buka .kah kah. Lan.. takkan kau tak ingat kot. Mmmm macam2 lagi kami imbaukan tapi cukuplah setakat tu... lepas tu Aziz jamu kitorang anak beranak dengan durian aiskrim... Mmmmmm teramatlah enaknya. Durian ni rupanya ditanam disebelah rumah aje. Duriannya lemak, manis lembut dan bijinya kecik aje. dah rezeki kitorang....korang jangan jealous ye.... Lepas Ani sampai di rumah dengan kakaknya sambung lagi sembangnya... Kak Normah kakak sulong Ani ni adalah antara pelajar cemerlang dulu zaman 80 an dulu. Dia antara menjadi kebanggaan anak komando yang pertama memasuki MRSM Seremban. Mmmm dia pun teacher juga mengajor bahasa inggeris. Sembang punye sembang masa berangkat pun dah tiba. Sambil menghirup udara kampung sempat lagi bertemu ramah dengan Siti Rohana.. ala adik Ani dan juga anak sulong Ani yang nak ambil SPM tahun ni,Akmal.Hebat tengok cara dia tendang bola.... mungkin kedah player nanti kot... Masa nak balik tu.. adik Ani yang bongsu Na O Yah balik... makcik kata dia ni anak pencen... mmm sesiapa nak tempah baju kurong boleh tempah dengan Na O Yah... boleh kan kan... tapi itu part time aje..

Jadi untuk keluarga Ani, Makcik, Aziz,Kak Norma, Ana, Mail, Na O Yah dan Ani sendiri , terima kasih yang tidak terhingga diucapkan dari Zam sekeluarga.

OK lah.. di bawah ni gambar-gambar yang sempat dirakamkan di sana.

Kepada Ani dan Aziz,

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE-18,
Terima kasih kerana menyambut kami sebagai tetamu... terima kasih daun keladi ... kami dah sampai dah kat sana anda pulak bagaimana...


Inilah durian yang dikatakan , Makcik Sal kata ini durian aiskrim... sedapnya tak terkata since ni pangsa yang last... kenalah ambil gambar dulu..



Bergambar bersama Aziz... terimakasih ye...

Ini lah pokok duriannya... mmm sedapnya



Inilah tradisi kita, kalau datang rumah geng SKKGK1969, sebelum balik kena ambil gambau dan kemudian update dalam blog... oklah tu...


7 comments:

Budak Kem said...

A'kom seronok lah dngar cite Zam singgah rmh SR d Jitra,Kedah.Walau pun ija blum sampai sana,sekrg2nya dpt menatap gmbar kwn2 yg saling menziarahi,paling best bab buah durian pasal ija ni memang hantu durian...sesuai lah gelaran pontianak tu..ha ha ha,kat rmh mak ija kalau nak mkn buah durian kena rajin halau tupai!nasib baik lah bapak mertua ada kebun durian jdi yg kat rmh mak ija sedekah kat tupai je lah...apo nak buek.Zam kalau bab bergambar bole tahan ye,tu apa yg tergantung kek baju wana biru,ni mesti kunci keta ye,lain kali simpan dim kocek tau.Pd kwn2 yg dtg ke NS sudi2lah singgah ke Labu,Faisal De Khulail bila ke 7 eleven nilai?Lan Dolah selalu balik Bemban,Lan B balik kg rembau kau bawa nazri ke sini,boy
dan sham on d way to melaka,landskap buah Labu tak bole d makan hanya sbagai panduan ke rmh ija,buah labu...masak lomak pun sodap..

ija

Lan Dollah said...

salam,
respek ler sama headboy kita ni, baguih betul, ziarah teman2, banyak pahala kau dapat Zam ooiii...

durian tu kalau kat melaka, panggil kucing tidor (anak kucing le, bukan bapak eeii). arwah bapak aku, suka makan durian dengan nasi, campur santan ,digaul ngan gula melaka, peerghhh nalarekek !aku pun suka tapi isteri ngan anak2 aku geli nengok aku makan cara tu, so aku sorang je la yg belasah ... sodap, sodap ...

wassalam

Zulhamri said...

Salam... Seronoknya Dak Zam dapat melawat ke rumah Mak Cik Sal..

Alhamdullilah, sedikit sebanyak objektif blog kita ini tercapai..dengan kesinambungan Silatulrahim antara kita semua..

Mohon agar kawan-kawan semua jangan sekali-kali menghentikan ziarah-menziarahi sebergini..kerana dengan cara ini kita dapat merapatkan lagi keakraban sesama kita...

Selain dari tu dapat juga mendapat khabar berita tentang keluarga sesama kita...

Tahniah En Zam...

Budak Kem said...

Ruginya ..tak suka makan durian.

Kalau bubuk durian boleh. kena pulak dengan pulut..

Fuuh...meleleh air liur..

zam said...

Kengkawan,

Apa kata kita pakat ramai2 makan durian kat kampung Ani... mesti bestnya kan. Tapi aku ingat kena tunggu tahun depanlah pulak.Sebab durian aiskrim tu takut tengok dak Fendi...

Fendi, kau dah buat itenary event ke untuk reunion ke tiga...?

Fendi said...

Salam....
..woookayy...aku setuju idea Zam ni utk kita ramai2 gegarkan pokok durian rmh Ani nihh..baru gugur byk sikit buah tu..kalo x digegarkan dpt sikit jerr buahnye..kene dak Zamm sorang jer dia buleh telan 4 ~ 5 bijik..

..anyway, mlm tadi aku bermimpi nak buat 3rd Reunion kita kat Tapak Pasar Malam Sg Udang tuu..ape pendapatan korang ...?? brilliant tak idea aku nihh...kalo semua setuju besok aku booking kan....

zam said...

fendi,
tapak pasar malam takde swimming pool nanti bebudak boringlah... cari idea lain lak!