Thursday, August 5, 2010

Apa khabar semua...

Nampaknya semua sibuk...Maklumlah masing-masing ada tugasan yang perlu dibereskan demi sesuap nasi. Itu adat hidup di dunia. Jadi setelah difikir-fikirkan semula pihak moderator telah mengambil keputusan untuk kengkawan menulis ke dalam blog ini melalui email. Malangnya jika terdapat gambar yang ingin dikirimkan mungkin tidak akan dipublishkan kerana kebiasaannya menulis ke blog melalui email hanya dibenarkan di dalam bentuk teks.

Jadi begini caranya :

1) Apabila sudah menulis sesuatu cerita atau artikel dsbnya alamatkan kepada:
skkkgk1969.cikguwan@blogger.com
Kemudian dalam masa beberapa saat cerita anda akan terpapar di blog kita ini.

2) Syarat-syarat yang perlu dipatuhi.
a) Tolong jangan forwardkan email ke dalam blog ini. Ini kerana ia memberikan kita masalah yang mendatang , contohnya SPAM, dan lain2.
b) Tolong tulis nama anda atau nama samaran anda di akhir tulisan anda.

Jadi dengan terbukanya peluang ini, rakan2 sekelian boleh menulis apa saja cerita ke dalam blog ini.

Walaubagaimana pun pihak moderator akan sentiasa mengawas untuk setiap artikel atau cerita yang masuk ke dalam blog ini. Jika didapati tidak berapa sesuai maka pihak moderator akan ban atau delete dengan serta merta.

Sekian , terima kasih


4 comments:

Tina Kassim said...

Salam,

Kekal tanggung jawab 'mengawas' oleh salah seorang moderator kita ni...aka Ketua Murid!

Syabas ya!

Semoga blog ni terus mencapai objektifnya!

Moderator yg lagi satu... tak sabar nak tengok gambar mini reunion last Sunday!

Thank You

siti rohani said...

Assalamualaikum..

Setuju ngan Tina! Tuan Moderator kita ni memang committed, responsible, proactive, advanced, rich in ideas.. sampai kami tak terligan.. mintak mahap la no...

Selamat Berbuka Puasa semua! Allahumma lakasumtu...

p/s: cikgubesar dah tukar jadi cikguwan, ye?

Budak Kem said...

Kengkawan,

Untuk pengetahuan semua,,, cikgubesar dah ditukar ke cikguwan ... harap2 takde masalah.. takut terkena spam atau hoax lagi.. anyway please give your input ideas or anything for sharing with all your SKKGK69 friends... siapa lagi nak tulis kalau bukan anda semua.. terutamanya yang dah jadi cikgu,,,,dan tak ketinggalan si pramugari kita tu atau si purchaser tu yang selalunya banyak idea, bernas dan bermotivasi meskipun hidup ini penuh dengan ranjau dan duri..... Always remember wadah blog ini untuk kita berkomunikasi sementara hayat dikandung badan... maklumlah dah over 41 kan...

So Tina sudah start untuk menulis direct ke blog ini.. kengkawan yang lain pun diminta turut serta..

Kalau boleh sebulan sekali pun tak pe... kalau dua orang dan 2 blog post dan kalau 10 orang dah 20 blog post..silakanlah menulis dan asah2 lah bakat tu. Ingat seperti yang pernah diperjelaskan antara objektif blog ini juga untuk meredakan stress.. kalau anda stress luahan melalui penulisan adalah satu ubat yang ajaib.. percayalah ia dapat membantu dan sedikit sebanyak dengan sokongan kengkawan kita akan dapat semula semangat dan memulakan kehidupan tanpa stress...

Moderator

Tina Kassim said...

Salam

Untuk pengetahuan.. di rumah, Tina telah menggunakan perkhidmatan TM streamyx (setelah sekian lama menunggu) jadinya sekarang tak lah rasa bersalah bila berbloging.

Sebelum ni... di sekolah dan terhad waktu mengajar!

Tuan Moderator.... nak menulis ni..sebenarnya perlu ilham juga atau inspirasi tapi sangat bersetuju about stress tu! Kita mungkin perlu lebih cerita yang berkisar zaman sekolah.


Purchaser dah lama dok diam! Begitu juga yang lain-lain ... lagi lama dah dok diam!

Tak acilah kalau baca saja... blog kita ni tak ceria!

Wassalam