Tuesday, August 3, 2010

Bingkisan dari Tina.... Terimakasih Untuk Semua


Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati


Saya nak mengucapkan terima kasih kepada semua kengkawan yang telah mendoakan kemudahan urusan saya dan keluarga serta kesejahteraan ibunda ketika di wad baru-baru ini...


Mak sekarang dah beransur pulih dan bertenaga.

...... berada di sisi mak, lihat dia begitu lemah dan letih
tak boleh berkata-kata...... lihat mesin ....bacaan degupan jantung tiada perubahan positif.
Terasa begitu lemah hilang semangat... tak boleh nak tahan air mata

Dalam hati...

Ya Allah .... bagilah peluang untuk aku bahagiakan mak
Belum sempat aku balas semua jasa dia
Belum sempat bantu dia untuk semua urusan
Bagilah aku peluang untuk dengar suara dia yang menegur dan menasihati...
Terus menangis di surau.... solat, berdoa dan kekuatan itu kembali
semula..... Tabah dan kuat semula menghadapi mak yang lemah

Dengan sokongan suami... kenkawan terutamanya kata-kata
semangat ini ..Tina be strong k!

Alhamdulillah saya dah mengharungi pengalaman itu.

Terima kasih sekali lagi... dari saya dan keluarga

Wassalam
Tina Kassim

10 comments:

zam said...

Tina,

Alhamdulillah... syukur....

Zam

Fendi said...

Salam..

alhamdulillah..jagalah ibumu tu baik2..

sham said...

Salam,

Semoga kesihatan ibu tina kembali seperti biasa. Amin

Pengalaman yang amat berharga telah dilalui bertapa sunyinya bila dia tiada, sedih dan shahdunya.

Hargai dan ingatilah pengorbanan ibu dan ayah tidak terbalas rasanya.

Wassalam

Tina Kassim said...

Salam

Zam, Fendi, Sham

Terima kasih atas ingatan....

Kalau kita ada niat membahgiakan ibu dan bapa serta yang lain...adakah kita akan berpuas hati sekiranya mereka telah tiada?

Bagaimana caranya kita dapat membahgiakan ibu dan bapa?

Wassalam

Zam said...

Tina,

Satu persoalan yang amat universal terhadap semua.
Bagaimana caranya kita dapat membahgiakan ibu dan bapa?

Sebenarnya... jawapan itu ada dalam diri kita.. dan yang pasti untuk kengkawan yang dah berkeluarga dan mempunyai anak-anak atau isteri-isteri.

Bagi Zam tidak ada jawapan yang yang salah atau yang betul. Ia begitu unik sekali. Lihat wajah anak kita sebelum tidur... atau semasa tidur... apakah yang kita rasa..?

Jawapannya ada di dalam diri masing2...

Ija said...

A'kom,gembira dpt tahu bonda Tina dan Lan B semakin sihat,alhamdulilah.Ija tk pndai sgt hal2 agama tpi cuba jwb soalan tina,kalau salah tolong tegur kesilapan ija.sebenarnya mnjaga ibu bapa yg uzur bnyk cabarannya.ija rasa kwn2 yg lain pernah melaluinya.D sekolah ija msih ingat Ustaz cerita anak2 yg mengabaikan ibu bapa,mereka kufur nikmat krn reda Allah terletak pd reda ibu bapa kita.Ija dan kwn2 mesti jdi anak yg taat,berbuat baik,tidak sombong dan tidak menderhaka pd mereka,setiap hari mendoakan & menghargai pengorbanan mereka,ija rasa itulah salah satu cara membahagiakan mereka,spti yg Zam dan Fendi ckp jawapannya ada pd diri masing2.Ija

zam said...

Ija... mana dia gambo mini reunion... copeklah sikit.. kengkawan nak tengok gambar Nazri ni.. dan Kulai...
email segera ok kkkkkk

Tina Kassim said...

Salam Ija,

Terima kasih atas panduan dan nasihat yang dikongsi dari ustaz Ija dulu...

Sebenarnya persoalan Tina .... praktikalnya atau apa sebenarnya kita boleh buat untuk sentiasa membuat mereka rasa bahagia...

sebahagia-bahagianya....

membuatkan mereka rasa bahagia kerana Alllah dah pinjamkan (seperti kata Lan A)kita sebagai anak mereka....

Wassalam

siti rohani said...

Assalamualaikum!

Tina, semlm masa sms kat Tina tu, Ani dok tengok Halaqah kat tv9 ttg kasih ibubapa & anak. Tak teringat nak ajak tina tengok sekali sbb menyentuh kalbu sesngt.

Dah habis baru teringat.. so, Ani kongsikan rumusannya yg mungkin boleh bantu jwb soalan Tina. Memang ramai dah tahu tnggungjawab sbgai anak. Pun ramai dah tahu jasa & susah payah mak ayah mmbesarkan kita tak terbalas dengan apa sekali pun. Cuma kita selalu terlupa/lalai sbb bnyk urusan dunia. Kita kena kerap menangis kenangkan mak ayah. Di samping doakan mereka agar kalau yg dah tiada, Allah sejuk & lapangkan kubur mereka. Itu yg mereka nakkan sesangat di sana.

Bagi yg masih hidup, kekadang ada mak ayah yg tak mahu kita susah payah utk mereka. Ada juga yg tak pernah setuju angin ngan kita. Kalau ada yg suruh kita buat kemungkaran thp Allah, tolak secara baik. Pendek kata, nak bahagiakan mereka kita kena sabar. Yg penting, Allah tahu niat kita dan hati2 manusia dlm genggamanNya. Kita berusaha, Allah yg akan masukkan rasa bahagia tu ke dlm hati2 mak ayah.

Teruskan berdoa agar Allah jadikan kita dan zuriat kita anak2 soleh. Doa moga apa yg kita buat utk mak ayah diterima sbagi amal anak soleh. Dan doa moga Allah hindarkan kita drp jadi anak yg menghalang mak ayah masuk syurga.

Doa kan senjata org beriman? Moga kita sama2 beroleh manfaat. Syok juga tengok halaqah tv9 hari selasa 10.00 mlm. Ada slot yg sengaja nak buat kita menangis (kerana Allah). Sapa yg tak pernah nangis kerana ingatkan dosa2, org tu mmng berhati keras. Nauzubillah. Kalau tak boleh, kena praktis la.. sbb mata yg menangis kerana Allah Taala tak akan disambar api neraka!

wallahu'alam.

Tina Kassim said...

Salam

Terima kasih banyak atas rumusan Ani itu...semalam memang miss halaqah

Maha suci Allah yang telah menciptakan Tina dengan perasaan ini...

Tina harap usaha dengan penuh kesabaran Tina itu ...Allah serapkan kebahagian di hati mak.. Amin


Wassalam