Sedang dalam persediaan menyambut Syawal ... Kenangan masa kecik-kecik berhari raya dalam kem dah dua tiga hari dihati... Dah beberapa tahun raya tanpa arwah abah dan Heri. Kedua-duanya ada dalam kenangan raya ini... Kali terakhir raya dalam kem tahun 1981 iaitu masa umur 12 tahun sebelum arwah abah pencen. Sepanjang yang Tina ingat jarang sekali kami balik kampung untuk beraya. Tak tahulah kenapa... jadi kenangan raya masa kecik-kecik banyaknya dalam kem. Banyak kenangan manis.. (yang tak manis pun ada!)... masa duduk raya kat rumah tepi masjid tu.... bila raya memang akan ke rumah Onn sebab nak makan ayam masak kicap masakan arwah makcik Hendon... sedap sangat! Kalau raya rumah Wati tak berapa ingat... mungkin masa tu dia dan keluarga balik kampung.... memang masa tu kem agak sunyi bila raya sebab ramai yang balik kampung. Walaupun kem sunyi itu tak menghalang Tina, arwah Heri dan Abang untuk beraya sambil kumpul duit raya.... masa tu majoriti bagi dua puluh sen... kalau ada yang bagi lima puluh sen rasa dah besar sangat.... Kalau rumah pegawai (macam rumah boy) boleh dapat duit kertas..satu ringgit... tapi kami tak berapa berani nak pergi rumah pegawai ni... masa tu raya satu kem sampai ke Flat bunga...banyak makan kuih raya dan minum air sampai kembung perut. Cerita pasal persiapan raya.... selalunya beli kasut raya dekat kedai BATA di simpang Terendak... tak tahulah berapa kali pakai sebelum raya... sama juga dengan baju raya mesti try banyak kali... sampai tak lena tidur sebab fikirkan kasut dan baju baru... bila fikirkan terharu dengan kesungguhan mak dan arwah abah sediakan semua ini hanya nak tengok kami gembira.. Sampai sekarang pun... setiap kali pagi raya ingat sangat dekat arwah abah ...sebab masa kecik-kecik dulu (sebenarnya sampai sebelum kahwin)... saat yang ditunggu-tunggu ialah duit raya dari arwah abah... arwah mesti sediakan duit raya untuk kami semua... biasanya abang akan dapat lebih manakala kami (Tina, Abg Edi & arwah Heri) akan dapat jumlah duit raya yg sama... duit raya ni arwah akan bagi selepas bersalam mohon maaf maka masa tu sambil terharu mengenangkan kesalahan yang telah dilakukan.... gembira dapat duit raya! Itulah antara kenangan manis .... raya dalam kem yang nak dikongsikan. Kenangan raya dalam kem ni... dah 28 tahun berakhir ... tapi itulah raya yang paling best.....sebab bila umur dah bertambah keadaan raya juga berubah. Sekarang kemeriahan raya ni ....tumpang kegembiraan anak-anak. Disamping dapat bersama sanak saudara..... sekali lagi Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk kengkawan semua... Maaf Zahir Batin Anak-anak dah tak sabar nak balik kampung... esok kami akan bertolak balik ke Tumpat... tolong doakan keselamatan kami dalam perjalanan ya.. Untuk Sham, Selamat Menyambut Hari lahir yang ke-41. May Allah bless you always.
Wassalam
Tina Kassim |
HARI-HARI SEMALAM YANG MENINGGALKAN BERJUTA KENANGAN.... Untuk kengkawan yang rindukan hari semalam...
Saturday, September 4, 2010
Hari Raya dalam Kem... Satu Kenangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam,
Ada beberapa kesalahan ayat dan ejaan.... moderator boleh tolong editkan ya! TQ
Tina,
DONE
Moderator
Tina,
Memang terasalah cerita Tina ni.. ish ish macamanapun terima kasih di atas perkongsian anda.
Buat Tina dan Nik dan keluarga,
Semoga selamat dalam perjalanan pulang ke kampung dan juga bila balik Selangor. Ingat pesan Arwah Ustaz Razak untuk kita baca doa perjalanan ...insyaallah semuanya selamat.
Salam Cikgu Bio dan semua,
semoga perjalanan balik kampung kita semua dilindungi Allah dpd segala malapetaka, aminnn ...
Aku masih bekerja sampai hari Selasa, walaupun tak de kerja, orang pun dah ramai cuti, aku jer kerja sebab cuti aku dah nak habis. Satu lagi, aku tak leh balik sebab menunggu anak no.2 dpd MRSM Kota Putra tu balik pada Rabu pagi. So mungkin balik kampung Rabu tu atau Khamis pagi. La ni ada rumor kata raya hari Khamis, habis le aku, mintak2 raya hari Jumaat le, banyak kerja nak kena buat kat kampung tu ...
Pada semua teman2, Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Pandu cermat, poket selamat ...
wassalam !
Post a Comment