Tuesday, November 16, 2010

Salam AIDUL ADHA..

Salam....

Seronoknya .. emak ayah, saudara taulan atau kawan-kawan yang sedang berada di Kota Suci Mekah ketika ini bagi mengerjakan Rukun Islam yang kelima.. Semoga doa kita untuk mereka semuanya di dalam keadaan yang sihat dalam mengerjakan ibadah Haji.. Agar segala perlakuan mereka diberi pahala yang sewajar nya... serta mendapat Haji Mahbrur..

Ibadah haji adalah (wukuf) di Arafah.(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibn Majah, al-Baihaqi, ad-Daruquthni, Ahmad, dan al-Hakim. Al-Hakim berkomentar, “Hadits ini sahih, sekalipun beliau berdua [Bukhari-Muslim] tidak mengeluarkannya.”).

Juga sabda beliau:
«فِطْرُكُمْ يَوْمَ تُفْطِرُوْنَ وَأَضْحَاكُمْ يَوْمَ تُضَحُّوْنَ، وَعَرَفَةُ يَوْمَ تُعَرِّفُوْنَ»
Hari Raya Aidul Fitri kalian adalah hari ketika kalian berbuka (usai puasa Ramadhan), dan Hari Raya Aidul Adha kalian adalah hari ketika kalian menyembelih kurban, sedangkan Hari Arafah adalah hari ketika kalian (jamaah haji) berkumpul di Arafah.(Hadis Riwayat as-Syafii dari ‘Aisyah, dalam al-Umm, juz I, hal. 230).



Dengan ini juga pihak moderator mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Adha kepada semua Warga Ex-Skkgkian sekelian.. Kepada yang beraya di kampung semoga selamat dalam perjalanan pulang ke tanah tumpah darah.. Serta menyambut Hari ini dengan penuh kesyukuran...


Tidak lupa juga bagi yang mengadakan ibadah korban serta bersedekah.. Moga ALLAH memberi pahala kepada anda semua.. Kita bersyukur dengan rezeki yang telah diberi NYA dengan cara ini..



Sekian Maaf Zahir dan Batin dari pihak Moderator

"SELAMAT HARI RAYA IDULADHA"

10 Zulhijah 1431

4 comments:

Tina Kassim said...

Dikesempatan ini....Tina ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kpd semua kengkawan...Moga kita semua diberkati olehNya.

Tina sekeluarga beraya di Tumpat, Kelantan dan terus berada di kampung untuk bercuti.

Wassalam

Zam said...

Selamat berkorban Dan jangan jadikan diri anda terkorban. Aku beraya kat pengkalan cepa. Ada family gathering kat tok Bali Jumaat ni.

siti rohani said...

Assalamualaikum & salam Jumaat!

Tentu Tina & Zam beraya sakan di kelantan sbb dengarnya raya korban di sana lebih meriah drp raya posa.

Bagi kengkawan lain, walaupun ada yg kena bertugas pd raya kedua, gembirakanlah diri (dgn cara yg sepatutnya!) di aidil adha ini sbb itu dituntut agama. Disamping menghayati erti pengorbanan..

Selamat Hari Raya Aidil Adha.

lan dollah said...

ye le teacher ani ooiiii ....
saya semalam dah start koje, bukannya apa, cuti dah habis, padan le muka aku. dulu cuti sakan tak ingat akhirat, ni ha baru le termangu sorang2, nasib baik banyak koje, so tak de le boring, tak sempat boring pun...

wassalam