Monday, December 15, 2008

SKKGK class 1979-1981 reunion (Part I)



Ini adalah gambar murid-murid tua SKKGK. Memperkenalkan..Dari Kiri, Muzafar Layani, Zulhamri Zainal Abidin, Norzamly Ibrahim, Khulai De Faisal Ishak, Azlan Zulkifli dan Azlan Abdullah. Untuk kali yang pertama, hanya 6 orang sahaja yang dapat dikumpulkan. Kita berdoa dan berusaha untuk mengadakan perjumpaan seterusnya dan berharap lebih ramai yang akan dapat hadir. "Terkenang semasa dulu"... suka duka, riang ria yang kita lalui semasa zaman kanak kanak dan sekolah...





Setelah 2 bulan berbincang mengenai Reunion, akhirnya ia menjadi kenyataan. Maka pada 13 Disember 2008 bertempat di Cameron Highlands maka berkumpullah anak-anak komando dan gurubesar yang dah besar panjang. Orang kuat disebalik reunion ini adalah tak lain tak bukan En Zulhamri dan Muzapar.

Yang berjaya datang ke Cameron Highlands ialah Zulhamri dan keluarga, Norzamly dan keluarga, Azlan Dollah dan keluarga, Lan Bongek dan keluarga, Faisal dan keluarga dan semestinya orang kuat Cameron Muzapar dan keluarga.

Di bawah ni ialah gambar setelah dinner tamat.

Setelah tamat dinner, dan menghantar ahli keluarga balik ke Apartment Anthurium, kitorang pun buat second round punye meeting. Semuanya naik kereta Boy dan buka table tah kat mana tapi kedai tu setakat nak pekena teh tarik oklah. Lepas dapat parking cantik punye, maka bermulah sidang kedua dewan. Macam-macam ceritalah keluar, macam air aje. Lancar. Mungkin itulah kelebihan anak komando. Yang bestnya takde protokol, takde rules sembang apa saje. Baik dari kisah kecik sampailah ke tua ni. Barulah aku tau Kulai wakil Melaka berenang, wakil sekolah lari, dak kepau sampai tingkatan dua aje kat melaka, fendi mengaumuk kat SGB , Lan Bongek jadi orang KL , Boy jadi orang kuat Maxis, Landol rambut makin botak dan macam macam lagi. Sessi sembang apa saje tamat pada pukul 1.30 pagi. Maklumlah besoknya nak breakfast kat Mardi pukul 8.30 pagi. Okaylah, kalau ada sumbangan sila pass kat aku. to be continued.....

12 comments:

Budak Kem said...

Boy, seperti yang dijanjikan...maka keluarlah blog ni sempena yang dijanjikan... kalau nak update post ni aku akan bagi userid dan password.

Budak Kem said...

nak try je....

Budak Kem said...

zam, aku nak gi Penang esok (19/12) kot2 boleh singgah umak kau...


fbi

Budak Kem said...

Ni sapa pulak.. semuanya skkkgk1969. Ada tersilap ke... gunalah nama korang. Tapi kalau nak edit ke nak tambah kena masuk customize.

Zam

Budak Kem said...

nanti telepon aku



zam

Budak Kem said...

Salam.. aku rasa semua kena register dulu guna nama sendiri.. sekarang semua dah masuk guna SKKKGK user id.. sebab tulah semuanya sama... anaway tak pak pa.. korang cuba create under nama sendiri....

Boy

Anonymous said...

blog ni open to all of us.

please comment for enhancement.

Zam

Budak Kem said...

Zam,

fbi tu akulah faisal bin ishak.
Hari tu tak sempat singgah umah kau coz aku kena balik KL urgent.

fbi

Budak Kem said...

Boy,

Hari tu kau ada cakap nak turun KL. Berapa haribulan? Maybe kita boleh arrange turun Seremban jumpa Negrito bawa Man, Lan atau sapa skali

fbi

Zulhamri said...

Faisal,

Aku mungkin datang pada hari 19Jan.. itu pun tak confirm lagi.. nanti aku akan bagi tahu balik... anyway.. ada ke gambar gambar dari kamera engkau....

Bongek said...

boy jadi ke kau datang KL 19/1 ni?

Budak Kem said...

Boy,

Ok. 19 monday bang. Berapa hari stay? Aku ingat Sabtu kau sampai. Camna nak gi Seremban klu weekdays. Tgk camna klu tak kita jumpa kita2 je la. Pasal gambar dalam camera aku tak ada yang candid semua sama je.

fbi