Wednesday, December 28, 2011

Blog SKKGK 1969 versi FB

Kengkawan, untuk pengetahuan anda sekalian pihak moderator telah membuat satu group di dalam fb yang diberi nama blog skkgk1969 versi fb. Dengan versi fb ini kita boleh berchat atau berkomunikasi lebih pantas dan efficient.

Jadi versi fb ni hanya boleh dilihat ahli-ahli yang yang dimasukkan oleh admin aje. Pendekata dia adalah lebih ekslusif hanya untuk warga skkgk1969 aje.

Anda juga bebas untuk upload gambar , video dan sebagainya di dalam fb ini..

Mmmmm apakata anda check fb anda dan mulakan dengan simple posting untuk member semua..

Moderator

Tuesday, December 27, 2011

Onn Kasmin Yang Comel



Memang dialah kawan kita yang paling comel ketika di SKKGK dahulu.... Alhamdullilah di kesempatan Boy menziarah keluarganya di Melaka telah membuka peluang mendapat nombor teleponnya dari Abang si Boy.. Ini lah hasilnya ...



Sekarang kawan kita masih cute- meut seperti dahulu... cuma rambutnya je dah kurang .. yang ada sikit rambut2 putih disini - sana.. Khabar dari Boy, En. Onn Kita ni bertugas di Senawang Negeri Sembilan. Keluarganya menetap di Bukit Rambai Melaka ( Berulang alik ke NS) Telah berumah tangga dengan orang Selayang Kuala Lumpur dan mempunyai 3 orang puteri.. Yang sulungnya sedang menuntut di Sekolah Tinggi Melaka di tingkatan 2.. Yang lain masih di sekolah rendah..



So sesiapa yang ingin mengembalikan nostalgia bersama Onn ni .. bolehlah menghubungi beliau untuk mendengar suara yang dah hampir 30 tahun yang pernah satu ketika kita dengari ...

- Moderator -




Friday, December 16, 2011

Tahniah untuk Boy

Ini adalah berita gembira untuk sahabat kita.. Si Boy. Beliau telah berjaya memperolehi segulung ijazah dari Open University. Convocation nya 2 minggu lepas. Sekali lagi anak2 komando telah membuktikan kepada dunia .. Ilmu itu tidak mengenali batas umur Dan semangat komando yang berada di dalam jiwa sentiasa membara. Boy you make us proud as anak komando .

Ps: dengau cite next step dia nak ambil master macam Cikgu Anie..

Moderator

Time to lose weight

Monday, December 12, 2011

Happy Birthday...Affendi Md Zain

Kali ini tiba giliran si Fendi untuk sama sama kita meraikan harijadi beliau yang jatuh pada 13 December. Beliau juga adalah orang terakhir dalam blog kita ni yang menyambut birthday yang ke 42. Jadi untuk beliau sama-samalah kita doakan kejayaan yang berpanjangan dan rezeki yang melimpah ruah serta kesihatan yang baik.



Sekali lagi warga blog SKKGK1969 mengucapkan HAPPY BIRTHDAY TO YOU, FENDI...

MODERATOR

Sunday, November 13, 2011

Good Luck to SPM candidate 2011

Selamat berjaya kepada calon2 SPM... tak kira di mana anda berada..
Buatlah yang terbaik dan semoga kejayaan cemerlang mengikuti kalian...


1. Nasihah binti Norisham
2. Anak Fendi...
3. Amirul Ikhsan bin Abdul Hamid

All the best from us.


Moderator

Tuesday, October 11, 2011

Happy Birthday.... Muzapar Layani

Untuk kali ketiganya di bulan ini, Saudara Muzapar Layani atau Kepau , menyambut ulangtahunnya yang ke 42. Diam tak diam ye... Encik Muzapar ni tambah lagi usianya biarpun jika dilihat dari segi tubuh badannya tak sampai lagi 40... Hakikatnya kita semua akan bertambah usia dari hari ke hari...
Jadi untuk Kepau, semoga berbahagia selalu...
HAPPY BIRTHDAY TO YOU KEPAU..
Moderator

Wednesday, October 5, 2011

Happy Birthday.... Rossiah Rahim

Kini tiba giliran Cik Rose kita untuk menyambut birthdaynya yang ke 42. Untuk anda selamat berbahagia di hari jadi anda ini dan semoga segala hajat anda di usia ini tercapai...
HAPPY BIRTHDAY ROSE
Moderator

Monday, October 3, 2011

Good Luck to PMR candidate

Untuk anak2 kita yang akan mengambil PMR pihak Moderator ingin mengucapkan selamat berjaya Dan moga memperolehi kejayaan cemerlang!!

CALON-CALONNYA!!!
1. Muhammad Na'im bin Norisham
2. A'liah Nur Syazwanie binti Norzamly
3. Muhammad Adib bin Abdul Aziz
4. Khairunnisa bin Khulai De Faisal

Good Luck...

Moderator

Sunday, September 25, 2011

Happy Birthday...Suresh

Untuk Suresh Dev Singh Gill,

Happy birthday to you brother!!

Semoga hidup anda sentiasa dipenuhi dengan kegembiraan...


Moderator

Monday, September 12, 2011

Happy Birthday...Khulai De Faisal dan Norjawati

Untuk sahabat kita Khulai De Faisal dan Norjawati kami ingin mengucapkan selamat hari lahir untuk anda berdua. Tahniah untuk anda berdua.... mmm bukan senang anak komando ni nak share tarikh lahir. Anyway, umur 42 akan jadi milik anda....

























Sekali lagi, HAPPY BIRTHDAY TO BOTH OF YOU


Moderator

Good Luck !!!!!! UPSR Candidate 2011

Kita ingin mengucapkan selamat berjaya kepada anak-anak kita yang akan mengambil peperiksaan UPSR pada hari esok. Harap2 mereka tidur awal dan bangun fresh keesokan harinya. Ingat, doa jangan dilupakan.


Special to :

1. SITI UMAIRAH BINTI ZULHAMRI
2. SITI AISHAH BINTI ABDUL AZIZ
3. NIK AHMAD BIN NIK AZIZ
4. KHAIRONSOFIA BINTI KHULAI DE FAISAL
5. anak kepau yang sulung (kepau tolong update)
6. HAKIM ZUFAYRI BIN AFFENDI

Ingat... hadiah yang terbaik untuk ibu dan ayah ialah kejayaan kamu.

Kami di sini mendoakan yang terbaik untuk anda semua.

Moderator

Sunday, September 4, 2011

Happy Birthday...Norsham Jamal Kuntum

Kini giliran sahabat kita Norsham pula untuk sampai ke usia 42. Semoga segala yang dihajati dapat dipenuhi dan HAPPY BIRTHDAY TO YOU.....




SHAM, semoga berbahagia selalu dan berjaya dalam bisness ....

MODERATOR

Thursday, August 25, 2011

Balik Kampung......!!!!!

Untuk kengkawan sekelian yang akan balik ke kampung untuk beraya pihak Moderator ingin mengucapkan :

Selamat Balik Kampung.... Pandulah kenderaan anda seadanya dan ikut had laju...

Semoga perjalanan kita semua diberkati Ilahi...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.....

ps: Tahun ni balik kampung mana ye?

Moderator

Friday, August 12, 2011

Kenangan Ramadhan di Kem Sg Udang

Apa dia kenangan Ramadhan di Kem yang masih anda ingat atau sekurang-kurangnya boleh direcall untuk kita kongsi bersama.

Maklumlah cuma wadah blog ni saja dapat memperatkan silaturahim kita di alam maya ini.

Moderator


Monday, August 8, 2011

Happy Birthday...Zulhamri Zainal Abidin

Kini giliran si Boy pulak menyambut hari kelahirannya yang ke 42. Semoga segala yang dihajati oleh Zulhamri Zainal Abidin ini akan tercapai hendaknya. Kita doakan dia sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Esa.






Sekali lagi...untuk Boy... HAPPY BIRTHDAY TO YOU !!!!


Moderator

Wednesday, July 27, 2011

RAMADHAN

countdown ramadhan:
meratap maaf khilaf dari sekalian manusia..
merimbun ampun dosa dari Maha Pencipta..
moga lebih kyusu dan ikhlas dalam sujud kepada-Nya..
 
ramadhan al mubarak
 
Wassalam
Tina Kassim

Sunday, July 3, 2011

Happy Birthday...Haji Azlan bin Haji Abdullah

Tanggal 4 July ini tiba giliran sahabat kita yang pendiam dahulunya iaitu anak cikgu besar.. Azlan Abdullah. Semoga diusia yang ke 42 ni segala hajat dapat dicapai dan dilindungi Allah selalu.




Landol..... semoga berbahagia selalu di samping keluarga tercinta...

Moderator

Wednesday, June 29, 2011

Mini Reunion Utara

Bertempat di Autocity Pelita , Zam, Rose berjumpa dengan si Fendi. Terubat rindu bila bertemu sahabat lama ni. Si Fendi ni nak gi ke Utara , Alor Setaq kerana ada urusan kerja tapi sempat dia bertemu dengan kengkawan lain. Bila kat Aloq Setaq tu nanti ziarahlah pulak Cikgu Anie....kkkk....



Nanti gambar gambar lain akan menyusul.























- Moderator-.

Wednesday, June 15, 2011

Happy Birthday ....ZARINA BINTI BAHAROM

Happy birthday IJA dari kami warga blog SKKGK1969. Semoga Ija mendapat segala yang Ija inginkan di dalam kehidupan ini.




IJA semoga bahagia selalu di samping keluarga yang tercinta...


Moderator

Friday, June 3, 2011

Zam Meet Boy 3-6-11

Kat rumah Boy...


Moderator

Tuesday, May 31, 2011

Elektrik naik ???

Untuk panduan :





Jadi sama samalah kita berjimat..

Moderator

X-commando

Anybody yang tahu apa kisah kat bawah ni???





Moderator

Monday, May 23, 2011

Inilah Harinya...Edisi Roshilah Anita Kassim

Akhirnya pihak moderator dapat juga kerjasama yang baik dari sahabat kita ni iaitu Tina. Jadi sama-samalah kita mengikuti kisah Tina dalam Edisi Inilah Harinya....


Kad kahwin
kad kahwin ni... jenis yang wangi...ada kesilapan cetak hari..apa nak buat dah tak sempat nak buat pembetulan!



Akah Nikah
Malam 23 Mei 1997 hari Jumaat di surau Taman Selayang Utama, Selangor
Dinikahkan oleh arwah abah, Kassim bin Ahmad




Lepas nikah famili
Bergambar di rumah dengan ahli keluarga yang ada selepas akad nikah.



Sah sebagai isteri
Hari kenduri kahwin pada 24 Mei 1997 bersamaan hari Sabtu . Kami tak bersanding atas pelamin.



Bermula dengan berkenalan di UM dan ditakdirkan jodoh bersama. Tahun ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke-14.

Kami ingin mengucapkan semoga berbahagia hingga ke akhirat kepada Tina dan Nik.
Amin....

Moderator

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Selamat Hari Guru kepada kengkawan yang bergelar cikgu atau guru. Jasamu sentiasa dikenang .

Moderator


- Posted from my iPhone 4 . Stranger.

Sunday, May 15, 2011

Pemergian Pakcik Baharom....14-5-11

Dukacita dan dengan rasa sedihnya pihak moderator ingin memaklumkan bahawa sahabat kita Zarina Baharom telah kehilangan bapanya pada hari Sabtu 14-5-11. Pakcik Baharom telah meninggal dunia dan selamat dikebumikan semalam.

Marilah kita sama-sama berdoa agar roh nya di kalangan orang orang yang beriman dan diredhai oleh Allah. Al fatihah...

Untuk Ija, semoga tabah dalam menghadapi situasi begini dan kami di sini mendoakan yang terbaik untuk Ija dan keluarga.

Sekian harap maklum.

Moderator.

Monday, May 9, 2011

Cuti cuti Melaka

Hi Kengkawan.... apa cerita ?? Senyap aje... oklah ni den nak cerita balik Melaka tempoh hari dari 29-4-11 hingga 1-5-11...

Nak jadi cerita tempohari hari jumaat 29-4-11 hujan punyelah lebat sampai banjir penang ni... jadi masa keluar rumah hari tu tersangkutlah juga kat bm ni... lebih kurang dua jam baru boleh masuk highway.... lega bila dah masuk highway...

inilah dia banjir yang menyebabkan terkandas lebih dua jam....

dipendekkan cerita hari pertama cuti tu singgah KL . Sampai kat Pasar Seni, parking kereta kat situ. Cari LRT gi Low Yatt... maklumlah tu kan tempat yang tepat kalau nak gi tengok apa teknologi terkini.... then singgah kat PWTC ada pameran buku. Luangkan masa yang agak lama jugak kat pesta buku... macam2 buku ada.
Tidur KL satu malam.


Di Pesta Buku bergambar dengan Adi

Next morning, bertolak ke Melaka pulak. Ayah dan Zura & family sedang menunggu.. sampai je tengok abang Long dulu. Dia ada kencing manis dan jari kakinya hampir hendak dipotong oleh doktor. Tapi kuasa Allah siapa tahu kami suruh dia makan ubat yang agak mahal, adik akulah si Zura yang belikan... alhamdulillah ubat tu serasi... dan jari2 dia semakin pulih..

Kemudian terus ke Batu Pahat untuk melepaskan gian kat nasi beriani gam. Lebih kurang sejam sampai jugak dan memang patutlah nasi beriani popular kat sini... rupa2 nya ada macam satu medan selera hampir semuanya menjual nasi beriayani... alamak aiiii sedapnya.... kalau tak caya kengkawan kena cuba... cuba nasi beriani ayam dan daging... dua set gua bedallll....


antara kedai yang menjual nasi beriani gam....

zura dan husband tengah khusuk menjamu selera nasi beriani gam

satu set nasi beriani gam

Set nasi beriani gam kedai lain pulak

Malam gi pulak kat sungai melaka ... cuba river cruise... waduh 2 ... ini satu lagi perjalanan yang menarik.. lebih kurang 45 minit menyusur sungai melaka... terasa tenang dan seronok sangat sepanjang river cruise tu.. cantik sungguh pemandangan sungai melaka termasuk bangunan2 tepi sungai melaka tu.. lampu2 dan cahaya berjaya menghidupkan suasana malam termasuklah kampung morten....



River Cruise at nite

Zura and Family... bersantai di sungai melaka




Bergambar sebelum menaiki boat



Amirul, Amira, Akiff dan Aliff

Tersenyum aje semuanya



Pemandangan sungai melaka

Lepas tu apa lagi cari Asam Pedas kat sebelah hotel meridian. Mmmmm meleleh air liur. Order asam pedas tetel. Besttttt....



sabar menunggu ye....

asam pedas ikan kembung


Next morning, gi breakfast kat bukit katil pekena nasi lemak, lontong lepastu ketupat nasi daun palas cecah sambal, kelapa..... mmmmm terangkat...



lontong bukit katil

nasi lemak pedalaman


nasi lemak yang memang lemak bukit katil

Lepastu gi ziarah Mak Jah dan Pakcik Md Noor, emak dan ayah dak Wati... Alhamdulillah semuanya boleh dikatakan sihat dan boleh bersembang panjang.. Pakcik Md Noor nak gi buat stenting kat Serdang minggu ni..

Ayah dan Pakcik Md Nor.. Dua Ex Army bersembang....


Tengahari pekena yong tau fu kat kedai adik aku yang kecik si Mala... Lepas gian makan yong tau fu.




Bergambar di depan Kedai Mala - Aza Yong Tau Fu


Malam sebelum bertolak ke Seremban untuk tidur kat rumah si Zura pergi ke pasar borong untuk bersantap asam pedas buat kali terakhir sebelum balik ke Penang... Mmmm memang tak mengecewakan... bessstttt..


Nasi Asam pedas




Aliff dah tak sabar ke.....




Inilah dia asam pedas tetel.... peehhhhh sedapnya...




Ni pulak asam pedas ikan tenggiri....

Esoknya pepagi terus berangkat pulang kembali ke HOME SWEET HOME....

Kesimpulannya hajat tercapai walaupun masa begitu terhad sekali.... berat pun naik jugalah berkilo kilo.... tapi tak pe..... sesekali...

So kengkawan macamana apa cerita pulak????


Zam

Sunday, April 24, 2011

Apa cerita??

Apa cerita ?? Ini soalan yang acap kali kita dengar.. baik kawan atau pun lawan. Jadi di sini Moderator pun ingin bertanya kepada kengkawan sekelian.. Apa cerita...???

Dan ini sebahagian dari petikan cerita kengkawan yang ada dalam blog.

Anie :

Assalamualaikum!
Didoakan kengkawan sihat walafiat. Dunia ni ros, memang penuh haru biru. So, kita kena usaha tingkatkan amalan dan doa bebanyak agar Allah swt tetapkan iman. Mekasih buat kengkawan yg korbankan sikit masa utk sumbang idea penyejuk hati!

La ni sibuk jadi juruletih choral speaking. Lps msyrat PIBG hujung bln 3 hr tu, ada prgrm motivasi & teknik menjawab pmr. Next wk chral spking daerah. Pastu, hujng bln 4 ada hari anugrah cemerlang. Minggu ni jgk sibuk sukantara...Letihnya!
Tina pun sibuk semacam, kut?

Jumpa lagi!
Wassalam & Salam Jumaat.

Tina :
Sekarang ni... Tina lebih tumpuan dalam kelas utk selesaikan sukatan sebelum Mid Year Examinations bulan Mei nanti..

Sukantara, merentas desa, hari anugerah kualiti, mesyuarat PIBG semuanya dah selesai...

Yang menunggu penggal dua adalah hari sukan bulan 6. Ditangguhkan ke bulan 6 sebab padang di naik taraf. Teknik menjawab Tina tak uruskan tapi akan jadi penceramahnya penggal 2 nanti!

Yang best Ani... sambutan Hari Guru kan kita tak payah sibuk?

hope to see you soon!

Wassalam


Fendi :
Salam..

Wahai As, ko lah teman ku masa kecik2 dolu tapi ko lah punya badan yg paling tough....aku paling admire badan sasa ko dulu..kalo lawan bola bila bertembung dgn ko aku akan pikir 2 kali samada nak bertembung dgn ko ke takk...sbb silap ari bulan bengkak tulang kering aku d buatnyerr...ha ha ha...

...apepong, umur ko dah tua mcm aku gakk..dgn kesempatan nih, aku bulatkan bibir aku nak ucap Slmt Ari Lahir pd ko moga2 kehidupan ko yg mndatang sentiasa dilindungi yg maha ESA..aminn

...As, ingat pesan aku nih...jgn sesekali ko ukur kejayaan itu ddlm bicara wang ringgit tapi lihatlah kejayaan itu dlm bicara kebahagian HATI...hati yg tenang & gembira itu lebih bermakna dpd mempunyai wang berjuta...jgn lupa tulis ni kat pintu Bilik Mandi ko..aku dulu tulis benda ni kat pintu bilik mandi rmh arwah nenek akuuu..ape lagiii...menjeritt sakan diaa...dia jeritt, PENDIII..APE YG KO CONTENG RUMAH EDANN NIHH..ha ha ha

..Okey As, chow..

Rose :
Salam...

Emmm..tape laa hangpa ta dapt datang ..lain kali kalau dapat menantu hangpa ta dtg siappp ...Rose rotan sorang2 haha,..

Tu la lan ..memang ta de rezeki na makan nasi kenduri penang ...sedap giler ..

Heeey Fendi ko camtau2 je kitaorg tema kuning ...tp aku ko tau laa aku suka pakai cantik2 mengalahkan pengantin hehe ..cikmid sampai pening kepala na bayar duit tempahan baju aku ...gara2 na cantik ..

By the way ..thanks a lot my fren ...Sr and Tina thanks for your reply ..

Jadi apa cerita !!! Ceritalah lagi....

MODERATOR

Monday, April 11, 2011

Happy Birthday ..... AZHARI

Tiba giliran sahabat lama kita yang sentiasa menyepi untuk menyambut hari lahirnya yang ke 42. Maka kami warga SKKGK1969 ingin mengucapkan HAPPY BIRTHDAY to As.

Semoga segala impian anda tercapai dan diberkati Allah selalu.

Wednesday, March 23, 2011

SPM keluar Hari ni la... !!!!

Tentu ibunda dan ayahanda yang lebih berdebar apabila nak tengok anak punya keputusan.. Walau bagaimana pun seperti yang selalu Cikgu Tina dan En Lando selalu sebut di dalam blog ini.. Biarlah keputusan yang bakal diperolehi setimpal dengan usaha yang telah dilakukan.. Insyallah segalanya adalah yang terbaik di jadikan oleh NYA..Amin

Kepada anak Cikgu Siti Rohani dan Pn Rosiah semoga kejayaan akan memihak kepada Muhammad Akmal dan Nadia Syarika..insyallah


Moderator