Monday, April 12, 2010

Sedikit Kenangan Di GuangZhou China

Salam..

Lama tak berblogger ya.. Bukan sibuk tapi kekeringan modal nak bercerita .. Alhamdullilah melihat perkembangan blog kita ni dah semakin aktif dan ceria sekali dengan kehadiran member lama yang baru dijumpai.. So yang lain janganlah pula diam aje.. sumbang-sumbanglah cerita atau komen anda ... hendak juga dengar cerita-cerita yang lain sedikit.. asyik2 cerita Dak Boy je .. boring pulak korang nanti..

Kesempatan kedua hari tu, dapat merakamkan beberapa gambar semasa di sana.. Cuaca semakin sejuk tapi tak da lah Snow macam di Beijing.. Tapi orang-orang seperti kita di sini terpaksa juga pakai baju 2-3 lapis.. sebab cuaca berubah sekelip masa.. Suhu ketika itu.. antara 10 - 15 Darjah Celcius..

Tetapi seperkara yang unik Orang2 di negara ni , mereka langsung tak heran apabila melihat orang foreigner di negara mereka.. Mungkin sebabnya negara mereka mempunyai ramai penduduk kot.. jadi tak pelik pun tengok orang luar disana (Macam kita disini..pelik sangat tengok orang..sampai macam nak makan).. Memang disinilah tempat segala bangsa didunia ni datang untuk business dealing ... segala apa jenis product pun boleh didapat disini... sebab itu lah "Baiyun International Airport" antara yang terbusy di Asia Tenggara..

Sekiranya kesana, kita tak perlu risau tentang makanan Halal.. terdapat banyak restaurant yang menyediakan makanan islam .. Terdapat orang Indonesia, Pakistan, Arab dan beberapa negara islam yang membuka perniagaan makanan disana.. Makanan pun sedap semuanya.. Siapa yang suka makan kambing .. inilah tempatnya...sebab cuaca sejuk, jadi tak rasa apa-apa lah kot...Yang herannya orang Malaysia je belum buka restoran kat sini... mungkin takut kot.. Dak Zam bolehlah buka pasai pandai cakap Mandarin (korang jangan tak tahu)...

Sejarah peningalan Sahabat Rasulullah masih tersimpan dengan baik.. Yaitu.. "Saad Bin Abi Waqas RA" Beliaulah orang yang dipertanggungjawabkan oleh Junjungan Kita Nabi Muhammad SAW untuk mengembangkan Islam Di "CANTON".. Beliua juga yang mengislamkan Maharaja China "Sai Tee Sung" ...Kita Boleh melihat Makamnya di tempatkan di Masjid Saad Bin Abi Waqas.. Sempat juga sembahayang Zuhur di Masjid ni.. Kalau sembahayang Jumaat ..Khutbahnya dibaca dalam bahasa Arab.. Saad membuka 2 Masjid disini..Satu mempunyai menara yang sangat tinggi.. dibuat dari tanah liat dan tangan manusia aje..Reka bentuknya seperti Istana Maharaja China yang kita selalu tengok dalam wayang tu...Ada juga telaga yang di buat oleh Saad untuk kegunaan umat Islam di situ.. Sejuk Airnya.. Itu sebab kita tak perlu heran tentang ramainya Umat Islam disana...





Dibawah ni ada diserta kan gambar Kawasan perniagaan popular di Canton( Ghangzhou) Iaitu Beijing Lu... Kerajaan China masih mengekalkan bekas jalan yang dibuat semasa Dinasti Ming dahulu.. di sekitar kawasan ni.. Kita boleh bayangkan tempat ini seperti di kawasan Petaling Street atau Jalan Bukit Bintang.. terdapat banyak kedai serta gerai di sebelah nya kiri dan kanan... barangan disini amat murah sekali.. memang gila dibuatnya... Lihatlah keadaannya...




Akhir sekali , lihatlah kesibukan Baiyun Aiport.. Ramai sangat orang.. kadang-kadang tu risau juga dengan H1N1 .. ALhamdullilah selamat dan sihat walafiat..






Sekian Wassalam..

Ikhlas
~Boy~

3 comments:

Zam said...

Boy,

Bila nak gi lagi...

Anonymous said...

Rose Seberang jaya

Boy ,

Nice place ....

HAI O ade gak pakej tu ..tapi malang ta smapai target . tape la mungkin ta de rezeki kut ..

Budak Kem said...

Zam,

Nak ikut ke ? Senang sikit bawa kau..boleh translate bahasa Mandarin...

Rose,

Nanti adalah rezeki yang lebih baik .. insyallah

Boy