Sunday, October 17, 2010

Aku Bebas.....28 days

Cerpen Pilihan










Hari ini genap 28 hari aku bebas. Ya ... bebas dari rokok. Maksud aku ROKOK... Rokok yang telah menghantui diri aku sejak dari dulu lagi.. Dulu tanpa rokok aku tak boleh buat apa-apa... kena juga cari dia.. dampingi dia... tapi mungkin jua masa dah sampai untuk aku membuat perubahan yang besar dalam hidup aku.. Ialah Fendi ada berkata average to live only 15-20 years more.. Itu pun kalau Allah panjangkan umur tak de penyakit2 yang pelik... Mengenang kembali kisah semalam, memang sesuatu yang terlalu sukar untuk kita berhenti dari menagih nikotin ini.. Tapi alhamdulillah zaman sekarang ni ada banyak alternatif. Dengan berkat sokongan anak-anak dan isteri, aku cuba juga untuk menggapai azam 2010 iaitu quit smoking. Cuma persoalannya ialah berapa lama aku mampu bertahan... aku tak tahu cuma masa akan menentukannya.. yang pentingnya sekarang ni aku bebas ...AKU BEBAS.... AKU BEBAS.... jadi sementara aku bebas ini aku nak menikmati kehidupan tanpa rokok.... tanpa asap... mmmmm kepada kengkawan yang lain tu bila nak ikut jejak langkah aku..... he he he

Ikhlas dari hati....Zam

9 comments:

Tina Kassim said...

Assalamualaikum,

Tahniah Zam... alhamdullillah .. Satu usaha yang sangat baik!

Dah berapa boleh jimat selama 28 hari ini?

Teringat kat arwah abah... bila hampir kena stroke telah sedaya upaya untuk quit merokok... namun begitu banyak alasan yang diberi untuk merokok semula.

Harap Zam beroleh kekuatan untuk bertahan selamanya dan tak pernah mencari alasan untuk merokok semula!

Begitu juga kengkawan yang lain semoga diberi kekuatan... boleh ikut jejak dak Zam ni.

Wassalam

Zulhamri said...

Tahniah En Zam...

Lepas ni mesti lagi bersemangat kau .. jangan pulak mengalahkan aku pulak nanti...

Boy

Zam said...

Disadvantage : Boleh mengalahkan kau Boy in term of weight gain

Advantage : Banyakkkkkkkk.... yang paling penting nikotin dalam darah akan berkurangan dan menggalakkan sel darah baru without nikotin.

Tapi macamana pun.....yang pasti aku tak tau sampai bila... terima kasih di atas sokongan kengkawan....

sham said...

Assalamualaikum...

Tahniah zam, semoga ianya berkekalan.
Banyak alternatif untuk berhenti tapi kalau tak ada azam dan kekuatan dalaman, hanyut juga tu. Oleh itu teruskan perjuangan anda kerana TIDAK ADA PERJUANGAN TANPA PENGORBANAN.

Wassalam.

Lan Dollah said...

salam Bro,
selamat berjuang ...

aku tak leh komen lebih2, takuuutttt...

my advice, jangan join re-union budak SDAR, ko pasti kecundang !!!

wassalam ...

Zam said...

Thanks Tina, Boy, Sham dan Landol.

Setiap kata2 kalian mengukuhkan lagi keazaman diri ini untuk lebih berjaya,


Landol,

Lan kalau ada reunion budak SDAR aku kena nyanyi lagi sentuhan kecundang... ekamatra... he he he

Tina,

Kisah bapa Tina tu memang sesuatu yang sukar untuk kita ubah. Alhamdulillah bapa Zam pun dah lama quit smoking... mungkin di usia begini dia dah boring untuk smoking.

Sham,

Will fight to the end and never2 surrender...

Ija said...

A'km Zam, baguih laa hang nak beghenti merokok,jaga kesihatan dlm masa yg sama jimat duit,isteri pun bertambah sayang tau...

siti rohani said...

Assalamualaikum Zam!

TAHNIAH! Kengkawan dah nasihat banyak tu.. Hargai hidup yg sekali ni. Berseronoklah dgn perkara yg TAK membuatkan kita menyesal kemudian hari.

Merokok ni sinonim dgn lelaki. Tapi, berbaloikah seorg isteri/ibu bersusah hati @ kecewa bila suami/anak lelakinya merokok? ...

Kenapa tak pasti sampai bila? Perkara baik yg kita usahakan dgn ikhlas dan diiringi doa, insyaAllah Allah tolong. Good Luck!

zam said...

Ija,

Thanks for the support. Lama tak dengau cerita.. sihat ke... ceria ke... masam ke.... semoga happy selalu

Anie,

Tak pasti sampai bila... ya satu soalan yang baik... sebenarnya ini kali yang ke empat Zam quit smoking. Yang pertama selama sebulan masa kat UTM, yang kedua 2 minggu dan yang ketiga seminggu. Gagal kerana kawan.Macam Landol katakan tak leh jumpa bebudak sdar... Tapi kali ni adalah cubaan yang terakhir.... jika berjaya alhamdulillah jika tak juga syukur , ada hikmahnya.
Tapi for sure my kids and wife teramat2 suka dan teruja melihat perubahan drastik ni... insyaallah kali ni pasti boleh...