Monday, November 8, 2010

JEMPUTAN KAHWIN cum "MINI REUNION"

Salam...

Pertama Kepau, kemudian Tina, hari tu Ani dan yang selalu bertanya ialah Ija... "BILA NAK BUAT REUNION lagi" ? Semua kengkawan dah rindu bebenor nak berjumpa sambil berborak panjang.. Kalau nak tunggu Si Fendi nak arrangekan, bak kata Ani lah 15 tahun lagi baru dapat jumpa.. Jadi sambil menghadiri kenduri bolehlah bermini Reunion... Oleh Itu...

Dengan segala hormatnya saya bagi pihak Ibu serta Abg Saya, sukacita menjemput seluruh warga SKKGK1969 untuk menghadiri perkahwinan anak saudara ( Anak kedua Abang saya). Jemputan ini juga dipanjangkan kepada Ahli keluarga anda semua yaitu termasuklah bekas - bekas komanado serta isteri - isteri mereka yang mengenali Arwah Ayahanda( Mej Hj Zainal Abidin bin Johari) serta Ibuda ( Hjh Saaduah Shukor( lebih di kenali sebagai Kak Zah popiah) .

Majlis akan diadakan di kediaman saya di Ipoh Perak. Alamat : No 8 Jalan Chepor Indah 33, Taman Chepor Indah 31200 Chemor. Tarikh 28hb November 2010.

Semoga dengan kehadirin kengkawan semua termasuk ahli keluarga masing-masing akan memeriahkan lagi majlis yang di adakan. Lebih - lebih lagi dapat memanjang serta menguatkan lagi tali Silaturahim antara kita semua..Amin..

Sekadar pengetahuan.. Zarina aka Pontianak , Nazri aka Negreto, Fendi aka Flinstone , Azlan aka Lando ada memberi jawapan, mereka akan cuba menghadiri majlis itu nanti.. Jadi, kepada geng-geng SKKGK1969 jangan melepaskan peluang ini untuk berjumpa sahabat handai kita yang telah lama tak berjumpa di majlis itu nanti.. Moga-moga Allah akan mempermudahkan serta mempertemukan kita semua pada hari itu nanti..INSYALLAH..



Sekian Wassalam


Ikhlas


~Boy~


11 comments:

Lan Dollah said...

Salam Bapa Saudara Pengantin,
boleh mintak tolong scan kan sekali peta ke rumahnya ... kad yg diberi hari tu, dah betul2 misplaced !!!

t/kasih banyak2

wassalam

Fendi said...

Salam...

Insyaallah, kalo x der aral melintang, saya akan sampai jua...

..setakat ni schedule saya OK..

tkns

Tina Kassim said...

Salam boy,

Alhamdullillah...terima kasih atas undangan...akan cuba untuk hadir..Insya Allah

Tapi boy ... betui ke kita boleh berborak panjang?

Kalau macam tu .... kena sampai sama masanya!

Boy GPRS nya?

Wassalam

sham said...

Salam Boy,

Insyaallah kami cuba hadir.

Wassalam

Zam said...

Tina,

kenapa nak gprs nya...?? ke gps nya ?

Budak Kem said...

Salam..

Kepada sesiapa yang memerlukan peta untuk ke rumah pengantin.. bolehlah call atau email kepada Si Boy.. sebab apabila ianya di scan dan dimasukkan blog.. petanya langsung tak boleh baca..

Sekian di maklumkan

Moderator.

Tina Kassim said...

Salam Zam,

He...he... tersasul lagi!

Bukan ke boleh guna google map dll... ?

Boy,

hairan juga kenapa pada kad jemputan yang Tina terima tak ada mapnya?

TQ

Fendi said...

Salam..

..Boy, aku nengok ramai sibuk dok tanya psl peta geografi Ipoh kat ko lalu aku pong rasa nak tanya gakk..sbb ko bkn x tau yg aku ni pak sibukk...

..Boy, buleh bg tau aku tak berapa jarak ketinggian rumah ko dari paras laut haa..?? dan kebanyakan tanah kat ipoh tu jenis ape yee..?? granite ka..phosporus ka..tanah liat ka..?? Purata kadar hujan seminggu yg dterima berapa ye..?? Kadar kelajuan angin sepoi2 bahasa berapa kHz haa..?? Rata2 pendudok Ipoh makanan utama nye ape haa..?? OK , cukoplahh..hang p buat homework nih pastu bg tau kita org..sbb skrg ni sblm jln jauh kene dok check terperinci sikitt..pesan menteri hal ehwal org aslii..

..aku tgh mkn nasik nihh..baru balik keje..

Ija said...

A'km,hari rabu ini kita akn menyambut hari raya korban,ija mngambil kesempatan ini megucapkan selamat hari raya aidil adha kpd semua kwn2,setiap tahun raya korban gerenti cuti d luluskan sebab krg staff yg mohon cuti,cuma masalah sikit bila cuti hari raya aidil fitri.Skrg ni d Labu musim hjn turun lewat ptg,mudah2an cuaca baik menjelang pagi raya rabu ini.Kpd anak Tina Azam,Tahniah!mndpt 3A 2B,semuga semua anak2, kwn2 ija berjaya dan terus sukses d masa hadapan.Oh ya!insyaallah pd 28hb Nov ini ija akn menghadiri kenduri kahwin anak buah boy d chemor,ipoh sebab boy bgitahu kwn2 yg lain pun akn dtg jadi ija ingin mengambil kesempatan ini brjumpa kwn2,mini reunion?muga2 dpt kita memanjangkan tali persaudaraan ini. "org yg bahagia itu akn selalu menyediakan waktu utk membaca krn membaca itu sumber hikmah,memyediakan waktu tertawa krn tertawa itu muziknya jiwa,menyediakan waktu utk berfikir krn berfikir itu pokok kemajuan,menyediakan waktu utk beramal krn beramal itu menuju kejayaan,menyediakan waktu utk bersenda krn bersenda itu akn membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat krn beribadat itu adalah ibu dr segala ketenangan jiwa"

Lan Dollah said...

Salam Boy,
as at today, plan nak ke Ipoh dah jadi 50-50, banyak pulak jemputan kat sini this weekend, jiran dan staf TM. Mak aku pun dah jadi 50% sebab kat Melaka pun banyak jemputan.

wassalam

siti rohani said...

Assalamualaikum & salam jumaat!

Trimaksih Boy atas undangan, kad & petanya. Alhmdlillh, mesyrt abg aziz ditunda so, insyaAllah kami boleh ke sana. kalau dak, ani kena drive dgn ank2 ke Ipoh...!

Lan D, buatlah kptusn/pilihn elok2 nk hadir knduri mana.. Hajat org panggil kenduri ni mmng nak kena tunai. Kadang2 lbih baik org tak panggil drp dijempt tapi tak p!

Wassalam.

p/s: tak sabaq nk jmpa Ija & Tina skali lg!