Friday, April 30, 2010

Jabar Uhud - Tempat Para Syuhadah Berjuang !!


Salam,


Menitis air mata apabila berdiri di bukit ini...berdiri bulu roma apabila melihat sekeliling kawasan ini.. Perasan berasa sungguh syahdu dan insaf mengenangkan sahabat2 Nabi saw mempertaruhkan nyawa demi agama suci ISLAM.. Ini lah tempat bersejarah pejuang Islam berjuang serta terkorban sebagai syuhadah demi agama ALLAH swt..

Marilah kita sedekahkan "Al Fatihah" untuk mereka..Amin

Ikhlas

~Boy~

Thursday, April 29, 2010

Gambar Zaman Jajahan Jepun !!!!


Salam..

Korang tengoklah gambaran sebelum pemerintahan Jepun... Aku ingat beberapa kawan kat sini... Yang duduk mencangkung tu.. Dak Fahmi dan Amrico...dan yang sorang(menyangkung juga) lagi tu.. rambut style ada remos tu.. entah nama dia sapa tah...? korang ingat ke ?

Korang tengoklah HEADBOY kita kat belakang tu..menyibuk je nak jadi "EXTRA" dan "INTERFRAME" juga...

Walaumacam mana pun .. semoga kita akan dapat jumpa juga sahabat kita yg masih belum dikesan ni nanti....Insyallah..

Ikhlas
~Boy~

Monday, April 26, 2010

Kenangan Arwah Semasa Bertugas

Salam,

Inilah gambar arwah abah semasa suatu majlis bersama Arwah Sultan Johor di Mess dalam Kem satu ketika dahulu.. Apabila melihat gambar ini terasa rindu yang teramat sangat terhadapnya..
Bersama beliau di dalam gambar ialah arwah General Hasbullah yg ketika itu adalah pegawai pemerintah di Kem Gerakhas.. Beliau adalah antara yang terkorban semasa Helikopter terhempas di Serawak lebih 20 tahun yang lalu..
Sekiranya kawan-kawan ada mempunyai gambar kenangan keluarga yg ingin diuploadkan disini..bolehlah emailkan kepada saya..
Marilah kita sedekahkan "Al Fatihah" kepada arwah-arwah ibu bapa, guru-guru serta kawan-kawan kita yang telah dahulu kembali mengadapnya..Amin

Ikhlas
~Boy~


Sunday, April 25, 2010

Headboy kena cucuk!!!!




Salam,

Semalam berkesempatan menziarah ketua murid kita yg dua hari dimasukkan le hospital kpj bukit mertajam...

Dari gambarnya memang sihat dan macam sarip dol samseng kampung dusun berkaca mata hitam...

Tetapi sahabat kita ni sedang kena sakit mata..katanya dah lima hari kena..tak baik baik..itu yg doktor tahan dia tu....

Habis mata Jepun dia dah tak nampak... dah lain pulak jadinya...

Kita doakan semoga ketua murid kita ni akan cepat sembuh...Amin

Sekian wassalam

Ikhlas

~Boy~

Ija dan anak2 buah


A'km dan salam sejahtera,d sini ija ada sertakan gmbar ija dan anak2 buah yg d ambil pd hujung tahun 2009 d Sunway Pyramid.Pada waktu itu SP mengadakan Dolphin dan Lion Sea Show,kebetulan cuti sekolah jadi ija dan suami membawa mereka ke sana,tak semua anak2 buah ikut sebab ada yg dah besar pnjang dah tak nak ikut kalau d ajak kemana2 dan ada yg kecil bwh 5 thn.D sini juga ija mahu memohon maaf kpd kwn2 semua yg ija tidak dpt menyertai reunion yg akan d adakan pd 29hb/ 3ohbMei sebab bertugas ke London.Insyaallah,jika d izinkan allah kita akan berjumpa juga .Pd kwn2 yg dpt menyertai reunion,selamat berjumpa dan semuga pertemuan nanti mengeratkan lagi siratulrahim d antara satu sama lain.Ija doakan reunion kali ini berjln lancar spt yg d rancangkan,kwn2 semua jauh d mata tapi dekat d hati.wasalam.

Friday, April 23, 2010

sorry i tak dapat datang

askm! hai kawan-kawan, apa khabar? waty happy baca blog boy n kawan semua. waty tak ada apa nak cakap hanya nak bagi tau yg waty tak dpt dtg ke reunion sbb anak-anak sek nak ambil exam. mana kala yg sulong baru naik sek poly tahun 2 n waty susah nak ambil cuti,waty minta maaflah. Insyaallah suatu hari nanti kita pasti dpt jumpa. oh ya! hari tu ija telepon waty. Hati waty punyalah happy tapi waktu tu waty sdg kerja nak tutup kedai apa lagi senget sebelahlah kepala pakai telepon sambil buat kerja. Tapi apa-apa pun waty rasa rindu dgn u all. Akhir sekali sambut salam rindu buat semua kekawan, k. ByeDi sini waty sertakan gambar terbaru kami sekeluarga.

Hotmail: Trusted email with Microsoft's powerful SPAM protection. Sign up now.

Wednesday, April 21, 2010

Cantiknya tempat ni ...Series 2


Kengkawan,
Berikut ialah tempat yang kedua yang dicadangkan.








Selebihnya tuan moderator Boy akan memperincikannya...

Selamat ber-REUNION....



2nd Latest Update - REUNION @ LUMUT PERAK

Salam..Sahabat semua

Setelah berbincang dengan Headboy kita ada beberapa pertukaran yang telah dibuat kerana beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.. Perkaranya ialah:
  1. Tarikh telah ditukar kepada 29/5 ( Sabtu ) - 30/5 ( Ahad). Pertukaran ini amat bersesuaian dengan request beberapa sahabat kita yg mahukan tarikh tersebut.
  2. Tempat yang dicadangkan tempohhari terpaksa ditukar kerana telah penuh. Mereka tidak dapat memenuhi keperluan kita. Tetapi kita telah mendapat satu tempat yang baru serta sesuai dengan beberapa cadangan yg kita telah cuba rancangkan.

Selain dari itu, berikut adalah senarai terakhir yang mengesahkan kehadiran.

  • Zam & Family
  • SR & Family
  • Tina & Family
  • Muzafar & Family
  • Sham & Family
  • Taufik and Family
  • Azlan B and Family
  • Azlan D & Family
  • Rossiah & Family
  • Boy & Family

Kita masih menunggu beberapa Sahabat lagi yang belum dapat membuat keputusan..

  • Ija & Family
  • Affandi & Family
  • Suresh & Family

Selain dari nama di atas, mereka tidak dapat menghadirkan diri kerana tugasan serta komitmen yang lebih penting. ( Insyallah di lain perjumpaan mungkin)

Perhatian :

Tempat yg dicadangkan itu ialah Lumut Valley Resort. Ianya adalah sebuah apartment yang terletak di bandar Lumut. Jenis apartment yg terdapat disini adalah yang mempunyai 3 bilik tidur. Saya rasa ianya amat sesuai untuk kita semua bersama keluarga. Sekiranya sahabat memerlukan satu apartment untuk hanya anda sekeluarga jadi bolehlah memaklumkan kepada saya. Dan sekiranya anda ingin menjimatkan $$ penginapan mungkin sahabat bolehlah berkongsi dengan satu keluarga yang lain.. Saya memohon kerjasama dari semua untuk memaklumbalas kepada saya sesegera mungkin.. ini adalah bertujuan untuk membuat booking apartment supaya kita ada tempat untuk menginap... Saya telah mendapatkan Kos penginapan untuk satu unit iaitu RM300.

Tentang makanan serta aktiviti semasa disana, saya masih menunggu sebut harganya yang akan diberikan pada saya sehari dua lagi..insyallah saya updatekan disini nanti..

Sekian

SEMOGA PERANCANGAN PERJUMPAAN INI AKAN DIPERMUDAHKAN SERTA BEROLEH KEBERKATAN DARRI ALLAH SWT..AMIN

Terima kasih

~Boy~

Cuti Birthday Sultan Perak yang Lalu !!!

Salam..

Alhamdullilah sememangnya langkah kanan apabila ke KL pada cuti hari minggu yang lalu.. Semuanya secara kebetulan apabila plan untuk ke KL bersamaan hari kelepasan bagi warga negeri Perak Darul Ridwan..yang juga jatuh pada hari isnin yang lepas..

Apa yang kebetulan ialah En Azlan B serta keluarganya berbesar hati menjemput saya dan keluarga untuk meraikan harijadi anaknya yang kedua iaitu Farah Ilayan yang genab umurnya 12 tahun pada 18hb April .. Hari ini juga kebetulan bersamaan Hari Jadi Siti Syahirah (Yaya) anak saya yang keempat yang menyambung hari ulang tahunnya yang ke 4. Alhamdullualh rezeki kami dapat pekena Laksa Penang yang di buat oleh Pn Fauziah (isteri En Lan B kita) .. Memang sedap betul.. dijamu pula dengan Coklat kek serta buat tangan dari Mekah ( Jiran En Lan kita baru pulang dari mengerjakan Umrah)...

Terima kasihlah atas layanan istimewa keluarga En Lan B .. serta makanan yang sungguh enak sekali... Di bawah ni adalah gambar 2 anak dara kami yang menyambut Hari Ulang Tahun.. Doa kami untuk mereka ialah semoga menjadi Anak yang Solehah serta Taat kepada perintah yang Esa.. AMIN.

Inilah gambar mereka....

Sekian..

Terima kasih

Ikhlas

~Boy~

Tuesday, April 20, 2010

1st REUNION STATUS @ LUMUT PERAK

Salam Semua,

Sukacitanya dimaklum ini lah status kehadiran setakat hari ni untuk program yang kita rancangkan ini..

Hadir :
  • Zam and Family
  • SR and Family
  • Tina and Family
  • Muzaffar and Family
  • Taufik and Family
  • Azlan D and Family
  • Boy and Family
  • Sham and Family

Masih boleh memberi jawapan

  • Affandi and Family
  • Suresh and Family
  • Nazri and Family
  • Zarina and Family ( masih menunggu Jadual berkerja)
  • Azlan B and Family ( Ada request)

Tidak dapat Hadir

  • Khulai and Family(kerana Family gathering)
  • Rossiah and Family(Company Anual Dinner)
  • Azman ( Kesibukan dengan tugas)
  • Azhari and Family ( Tidak dapat Cuti)
  • Adik and Family ( Kesibukan dengan tugas)

Sambil itu ada sedikit request dari En Azlan B supaya tarikhnya dianjakan sedikit yaitu dari 28/5 -29/5 kepada 29/5 kepada 30/5. Saya rasa yang mereka yang telah memberikan persetujuan, mengkin tidak menghadapi masalah... kecuali Pn SR and Family kerana Kedah mungkin berkerja pada 30/5 iaitu pada hari Ahad.. Betul ke Ani? Mohon agar semua dapat memberi komen dan persetujuan untuk pertukaran ini..

Rasanya kita juga boleh bincangkan sekarang activity yang kita nak lalukan... Hari tu ada beberapa cadangan yang disebut oleh :

  1. Tina - untuk mengadakan bacaan Yasin dan tahlil untuk Arwah ibu ,bapa , guru serta rakan kita yang telah pergi meninggalkan kita.. Sambil untuk memohon selamat berjaya kepada anak-anak kita yang akan menghadapi peperiksaan besar sepert SPM, PMR dan UPSR..
  2. Tina juga berbesar hati untuk mensponsor "Door Gift" untuk Rakan sert keluarga yang hadir nanti
  3. Kita akan teruskan acara bertukar Hamper dari semua ahli dan keluarga mereka seperti reunion yang lalu.
  4. Mungkin kita akan cuba mengadakan sedikit Telematch untuk anak-anak kita semua pada keesokan paginya... Hari tu Dak Ija dah daftar nak masuk Lari Dalam Guni katanya...... jadi insyallah kita ada menrelisasikan impiannya...
  5. Dan seterusnya..... cadangan dibuka sekarang....silalah jangan malu malu... lontarkan idea anda...!!!

Sekian terima kasih

Ikhlas

~Boy~

Pasukan Rumah Merah Bersama Guru 2

Salam..

Gambar ini juga menjadi bukti bahawa rumah merah tak boleh kalah setiap kali Sukan Sekolah.. Yang berada Dalam Gambar ialah..
  • Arwah Guru Besar Hi Abdullah Kasim
  • Arwah Guru Darjah 6 Cikgu Mohtar
  • Beberapa guru yang namanya dah tak berapa ingat
  • En Khulai De Faisal
  • En Azlan Zulkifli
  • Pn Norhayati Rahman
  • Arwah En Azhar Ahmad
  • En Mansor

Sekian terima kasih..

PS : Terima kasih kepada En Azlan B di atas sumbangan gambar kenangan ini...

MASIH KAH ENGKAU INGAT LAGI....

SKKGK 1969

PIALA KEMENANGAN !!!!

Salam,

Inilah gambar yang paling klasik yang pernah dirakamkan di Kedai Photo Kat Simpang Terendak ( Batu 13) ..Sunggah glamour sekali..

Korang tengoklah masa tu , bulu roma kaki pun masih baru nak belajar tumbuh.. Muka maintance hensem je... pakai seluar pendek merah lagi ( Merah menag selalu).. Sambil tergantung medal kemenangan.... Kepada pemilik gambar ini ..jangan marah ya..hanya gurauan aje..jangan ambil hati... Walaumacam mana pun... Tahniah lah ....sebab dapat Piala tu... susah nak dapat tu....

PS : Meja kat tengah tempat piala tu.. ada jual lagi ke sekarng ni.. memang nostalgia !!!

Sekian Laporan Sukan untuk negara..

Terima Kasih..

SKKGK 69


Monday, April 19, 2010

Panduan Untuk Menulis Di Blog Kesayangan Ini


Untuk menulis terus ke dalam blog ini , ikutilah panduan seperti yang diberikan dahulu.


Step 1:
To: skkkgk1969.cikgubesar@blogger.com (ingat ni adalah email address)

Step 2:

Subject : Tulislah apa tajuk anda
Step 3 : Buatlah karangan anda tidak melebihi 100 patah perkataan... he he tak delah tulislah apa nak ditulis.. ikut hati aje...

Step 4:
Send , kemudian checklah kat blog skkgk.


Moderator akan terus memantau blog ini untuk tujuan kesejahteraan kita bersama. Jika terdapat "Stranger" yang menulis ke dalam blog ini tanpa diketahui akan asal usulnya maka tindakan segera akan diambil dengan "men disable kan" kemudahan yang ada ini. Jadi kengkawan jika hendak bersembang boleh teruskan dengan post comment tetapi hendaklah memastikan ia dilakukan dengan betul agar kita tahu siapa penulisnya.


Contohnya seperti di bawah ni,


Bila "CHOOSE AN IDENTITY" jika anda menggunakan your email address sendiri dalam kes ni Budak Kem ia boleh mengelirukan kita. Jadi gunakanlah cara yang paling mudah "Name/URL" dan taipkan your name or initial, contoh di sini Zam dan kemudian terus klik "PUBLISH YOUR COMMENT".


Ok itu aje... semoga blog ni akan lebih meriah dengan sumbangan nukilan kengkawan.

PS: gambar boleh dikirimkan sekali tetapi formatnya hendaklah jpeg dan sizenya kalau boleh tak lah besar sangat. Dalam contoh di atas gambar tu sizenya 80kb only.


Zam

Sunday, April 18, 2010

Cantiknya Tempat ni ...










Ni tempat yang dicadangkan untuk reunion. Boy akan check tempat ni by next week...

Friday, April 16, 2010

test power ...

Salam semua,

Saja nak test power, nak cuba kaedah Dak Zam tempoh hari...



Tengok betul2 gambau kat atas ni, budak2 lelaki semua nya malu2 kucing !!!

Anyway, mana headboy, tak de pun ..
kau menyorok kat mana ???

Azlan bin Abdullah

Thursday, April 15, 2010

Gambaran Masjidil Nabawi..

MIMBAR NABI MUHAMMAD DIKAWASAN RAUDHAH.. ANTARA TAMAN - TAMAN SYURGA.


REUNION sekali lagi !!!

Salam & Selamat sejahtera..

Cerita ini telah tertangguh beberapa kali diatas sebab yg tak dapat dielakkan, semalam sempat bercerita dengan Ketua Murid kita untuk menjayakan rancangan ini.. moga-moga terjadilah untuk kali ni..

Cadangan untuk menjayakan REUNION SKKGK1969 kali kedua ini di jadualkan pada..

28 hb Mei - Bersamaan dengan Cuti Hari Wesak...sehingga 29 hb Mei ( 2 Hari 1 malam )
Tempat nya di Ipoh atau di Lumut..


Harapan semua kengkawan dapat respond dengan kehadiran anda sekeluarga...

Kerjasama anda amatlah dihargai..

Wassalam..

Ikhlas
~Boy~

Wednesday, April 14, 2010

Sukan Sekolah...


Salam dan selamat sejahtera ...

Masih terngiang-ngiang lagi..sorakan "Rumah Merah Menang Lagi" di stadium ini....Gempak masa tu keliling stadium ni.. Korang kenalkan pelari hebat mereka serta selaku olahragawan dan olahragawati sekolah semasa tu.. siapa tak kenal.. "Dak Khulai de Faisail" Dan "Dak Norhayati Rahman" yang menjadi nadi pasukan rumah merah.. Asyik dia je menang.. benci tengok... Seorang lagi pelari harapan mereka ialah " Dak Lan B" rumah merah juga.. itu sebab point rumah merah kat tempat teratas je...

Dak As Rumah Biru kot, Man Kuning, Negreto Kuning, SR Hijau, Jawati Hijau, lain-lain tak berapa ingat.. Memang terbakar semangat kesukanan budak skkgk masa tu...

Aku masih ingat lagi, acara yang layak aku masuk 2 je.. Satu lari dalam guni dan kedua tarik tali.. yang lain tu hanya pelari simpanan je...he.he.he.. Tapi macam mana pun Rumah biru yang diketuai oleh Dak Zam mesti kalahnya masa final(Acara Tarik Tali) dengan rumah Hijau... Aku masih ingat lagi Rumah Hijau tu ada dua orang yang semangat kesukanan(badan)nya lebih dari orang biasa..siapa lagi Aku dan Malik (tak salah dia ni junior 2 tahun dari kita) itu yang pasukan rumah lain tarik tak bergerak tu....sungguh kelakar

Ija rumah kuning kot... Menang lompat jauh tempat kedua.. Tempat ketiga Dak Norjawati... Johan dah tentu lah Norhayati Panjang.. Untuk lelaki pulak Dak Zam ....masuk lompak jauh , lari punyalah laju..tapi lompatnya dekat je...
Selain dari tu, dah tentu Man Panjang masuk acara ni juga..menang tak menang aku tak ingat.. korang je yang tau...

Kalau kembali mengingat acara yang paling ditunggu-tunggu semasa sekolah, kira acara kemuncak ... tentunya lari 100 meter.. yang berentapnya ialah.. Faisal, Zam, Az, Lan B, dan beberapa lagi pelari yang menghuni tempat yang corot-corot tu..

PS: tapi yang paling best sekali waktu sukan sekolah ni.. Ada VAN MILO ..bagi minum free (Sedap tu)... Air yg bancuh milo tu tah masak entah tidak.. budak skkgk main bantai je.. sampai kembung budak skkgk minum milo...kah..kah..kah

Sekian

Ikhlas
~Boy~

Happy Vasakhi

Hai Suresh how are you & family i would like to wish u & family "HAPPY VASAKHI DAY" may the future bring u lots of happiness and wealth,
fr Zarina @ ija.skkkgk.

Tuesday, April 13, 2010

Alkisah.. ROSIAH RAHIM..

Salam...

Mesti ramai menunggu-nunggu tentang cerita "Gadis putih serta pemalu" ni satu ketika dahulu... Dulu masa kecil-kecil dia ni orangnya sangat pendiam dan tak berberapa ramah.. Nak dikatakan Glamour di sekolah jauh sekali.. selalu maintance low profile je.. Tak lah macam Pontianak, masa kat SKKGK dulu memang glamour habis... gurau aje Ija ya..

Berbalik pada cerita Cik Rose kita ni dulu, selepas habis sekolah kat SKKGK tu terus melanjutkan pelajaran ke Sekolah Men Sungai Udang.. Sama lah dengan kami (Boy, Faisal, Ija, Kepau, Sham Kuntum, Man Panjang , Helmi dan beberap kawan lagi yg dah tak beberapa ingat nama mereka).. Cuma kami berlainan kelas.. Kalau member - member ni masih ingat Rose ni di dalam kelas Pertanian bersama Kepau dan Helmi, yang lain tu masuk kelas Perusahaan dan Sains Rumah Tangga...

Sekarang ni Cik Rose kita ni bertugas di TaiyoTech sebagai "Purchaser" di Bukit Minyak kat Penang.. Dah Jadi orang Penang selepas bapanya balik kampung after pencen.. Cuma peliknya "Slangnya" tak langsung mengambarkan "dia ni mai dari Penang"... Macam orang Melaka je bunyinya... Sekarang telah berumah tangga dan mempunyai 4 orang cahaya mata... Dah ada anak dara dah Pn Rose ni.. Katanya nak ambil SPM tahun ni... Semoga berjaya diucapkan kepada anak sulung Pn Rose.. Suaminya menjalankan perniagaan sendiri dan mempunyai sebuah bengkel kenderaan di Penang... So pada sesiapa kalau rosak kereta kat Penang nanti bolehlah call Pn Rose minta suaminya tolong repairkan...

Katanya, dia amat teruja apabila dapat menghubungi kawan-kawan skkgk kembali... Selalu menjemput kawan-kawan untuk datang ke Penang.. SO sesiapa yg tak sempat mengsave nombor taleponnya tempoh hari bolehlah menghubungi saya untuk mendapatkan kembali....manalah tahu jalan-jalan pegi penang bolehlah singgah bersua muka dengan PN Rose kita ni... Sekarang ni dia dah tak pemalu lagi...

Seperti selalu, mesti kawan-kawan nak tengok wajah Pn Rose kita ni di usia 41 tahun.. Tapi beliau masih tidak sempat untuk memberi kepada moderator untuk di uploadkan... Insyallah sekiranya dapat nanti akan saya updatekan di sini...

Sedikit cerita tentang Parent Pn Rose kita, Ayah dan Mamanya berada dalam kandungan sihat walafiat.. Kalau kita nak menceritakan tentang bapa Pn Rose kita ni.. beliau lebih dikenali sebagai "RAHIM MAMAK" semasa bertugas dalam KOmando dahulu.... mungkin mak atau bapa kita boleh terbayang wajah mereka...

So,ini saja cerita untuk kali ni ... semoga kita semua akan dilindungi ALLAH SWT..Amin...


CUBA KORANG INGAT-INGAT GAMABAR NI RASANYA DIRAKAM DI KAWASAN MANA???

Ikhlas
~Boy~

Monday, April 12, 2010

Untuk As .....Happy Birthday yang ke....

Untuk sahabat kita Azhari, bekas penjaga gol SKKGK dulu.. selamat hari jadi yang ke ??? diucapkan. Kami warga x-SKKGK1969 berdoa semoga As dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan semoga bahagia disamping keluarga yang tercinta.

SKKGK 1969

Sedikit Kenangan Di GuangZhou China

Salam..

Lama tak berblogger ya.. Bukan sibuk tapi kekeringan modal nak bercerita .. Alhamdullilah melihat perkembangan blog kita ni dah semakin aktif dan ceria sekali dengan kehadiran member lama yang baru dijumpai.. So yang lain janganlah pula diam aje.. sumbang-sumbanglah cerita atau komen anda ... hendak juga dengar cerita-cerita yang lain sedikit.. asyik2 cerita Dak Boy je .. boring pulak korang nanti..

Kesempatan kedua hari tu, dapat merakamkan beberapa gambar semasa di sana.. Cuaca semakin sejuk tapi tak da lah Snow macam di Beijing.. Tapi orang-orang seperti kita di sini terpaksa juga pakai baju 2-3 lapis.. sebab cuaca berubah sekelip masa.. Suhu ketika itu.. antara 10 - 15 Darjah Celcius..

Tetapi seperkara yang unik Orang2 di negara ni , mereka langsung tak heran apabila melihat orang foreigner di negara mereka.. Mungkin sebabnya negara mereka mempunyai ramai penduduk kot.. jadi tak pelik pun tengok orang luar disana (Macam kita disini..pelik sangat tengok orang..sampai macam nak makan).. Memang disinilah tempat segala bangsa didunia ni datang untuk business dealing ... segala apa jenis product pun boleh didapat disini... sebab itu lah "Baiyun International Airport" antara yang terbusy di Asia Tenggara..

Sekiranya kesana, kita tak perlu risau tentang makanan Halal.. terdapat banyak restaurant yang menyediakan makanan islam .. Terdapat orang Indonesia, Pakistan, Arab dan beberapa negara islam yang membuka perniagaan makanan disana.. Makanan pun sedap semuanya.. Siapa yang suka makan kambing .. inilah tempatnya...sebab cuaca sejuk, jadi tak rasa apa-apa lah kot...Yang herannya orang Malaysia je belum buka restoran kat sini... mungkin takut kot.. Dak Zam bolehlah buka pasai pandai cakap Mandarin (korang jangan tak tahu)...

Sejarah peningalan Sahabat Rasulullah masih tersimpan dengan baik.. Yaitu.. "Saad Bin Abi Waqas RA" Beliaulah orang yang dipertanggungjawabkan oleh Junjungan Kita Nabi Muhammad SAW untuk mengembangkan Islam Di "CANTON".. Beliua juga yang mengislamkan Maharaja China "Sai Tee Sung" ...Kita Boleh melihat Makamnya di tempatkan di Masjid Saad Bin Abi Waqas.. Sempat juga sembahayang Zuhur di Masjid ni.. Kalau sembahayang Jumaat ..Khutbahnya dibaca dalam bahasa Arab.. Saad membuka 2 Masjid disini..Satu mempunyai menara yang sangat tinggi.. dibuat dari tanah liat dan tangan manusia aje..Reka bentuknya seperti Istana Maharaja China yang kita selalu tengok dalam wayang tu...Ada juga telaga yang di buat oleh Saad untuk kegunaan umat Islam di situ.. Sejuk Airnya.. Itu sebab kita tak perlu heran tentang ramainya Umat Islam disana...





Dibawah ni ada diserta kan gambar Kawasan perniagaan popular di Canton( Ghangzhou) Iaitu Beijing Lu... Kerajaan China masih mengekalkan bekas jalan yang dibuat semasa Dinasti Ming dahulu.. di sekitar kawasan ni.. Kita boleh bayangkan tempat ini seperti di kawasan Petaling Street atau Jalan Bukit Bintang.. terdapat banyak kedai serta gerai di sebelah nya kiri dan kanan... barangan disini amat murah sekali.. memang gila dibuatnya... Lihatlah keadaannya...




Akhir sekali , lihatlah kesibukan Baiyun Aiport.. Ramai sangat orang.. kadang-kadang tu risau juga dengan H1N1 .. ALhamdullilah selamat dan sihat walafiat..






Sekian Wassalam..

Ikhlas
~Boy~

Wednesday, April 7, 2010

Doakan .....

Salam semua,

Saya ingin minta kengkawan doakan anak saudara saya Nik Mohd Azlan bin Nik Mat yang sedang koma di Hospital Tengku Ampuan Aminah Johor Bahru kerana mengalami kemalangan jalanraya. Koma semenjak hari Sabtu, 3 April 2010.

Cedera teruk pada bahagian kaki dan tangan.....

Terima kasih untuk semua..

Tina Kassim

Tuesday, April 6, 2010

salam

A'km Zam,harap sihat sejahtera d samping isteri dan anak2 tercinta.Sebenarnya,Ija dah tulis komen utk Zam tpi tulisan tu dah lesap plak,ha ha ha.Terima kasih Zam sebab ingatkan ija doa2 yg perlu d amalkan,sbagai org islam kita wajib saling ingat-mengingati dan saling nasihat menasihati sesama kita.Sejak ija mula bertgas,Ija ada amalkan ayat2 pelindung diri,ayatul Kursi memang ija baca setiap hari,begitu juga doa kluar rmh dan doa sebelum pesawat berlepas.MAS ada menyediakan risalah doa d dlm kpl,penumpang bole mengambilnya @ minta dr kami.Risalah ini dr Per.Islam anak2 kapal MAS d luluskan oleh MAIWP.Walau d mana pun ija bertugas,senaskah Al Quran sentiasa brsama bila kelapangan ija akan menggaji d bilik hotel,Quran ni dah bersama ija sejak mula bekeja pd thn 1992,selepas tamat sekolah,menggaji sdah jdi rutin ija,skrg dah kawin ija dan suami menggaji bersama.Dr lapangan terbang,kami menaiki bas(shuttle)yg sedia menunggu ke hotel.Pd Bulan Ramadhan jika bertugas ke luarnegara,ija dan kwn2 berkumpul beramai2 berbuka puasa,kemudian menunaikan solat terawih d bilik hotel yg d sediakan(Crew Lounge)@ d masjid yg berdekatan dgn hotel.Setiap penerbangan yg jauh sprti LHR(London)yg mengambil masa 12jam stgh perjlnan,kami akan d beri rehat selama 4 jam stgh seorg mengikut giliran(team A dan B)manakala utk jurutrbang dan penolong jurutrbang(team A dan B)waktu rehat mereka 6 jam lebih seorang,begitulah jg jika penerbgan mengambil masa yg lebih lama spti dr Los Angeles(LA) ke Taipei)selama 15 jam,masa rehat akan d tambah.Penerbangan yg dekat krg dr 9 jam,tiada waktu rehat KECUALI d atas budi bicara ketua pramugari/pramugara kanan,MAS ada lebih krg 5000 anak2 kapal,ija sgt2 berterima kasih kpd mak dan ayah ija,ustaz dan ustazah serta guru2 yg mengajar kerana berpesan supaya menjaga maruah diri dan pegangan agama walau d mana bumi d pijak.Wasalam.

Sunday, April 4, 2010

salam

A'km dan salam sejahtera.pertama sekali ija rasa gembira dpt tahu topek dah join blog kita.Nampaknya topek dgn boy keja satu company,baguslah jadi org kuat celcom,kini mempunyai 4 org cahayamata.Ija ada baca tulisan Lan Dol.gelihati Lan cerita pengalaman brg kesayangannya kena rampas d Lapangan Terbang BKI,kalau ija ada masa tu bolelah ija slow talk dgn kastam yg bertgs scan brg@beg penumpang.Kalau anak2kapal,kapten,penolong jurutrbg membawa brg2 sprti Lan,kami d beri kelonggaran,brg2 itu d asingkan d dlm sampul surat dan kemudian akan d hantar ke kapal kami.Walaupun brg tu sentimental value,apo nak buek lan,ekau bolilah yg baru,kek Bomban yo!Sebenarnya ija dah balik dr LA pd 26hb Mac dan bercuti sehingga 01hb April,2hb Apr ke Sydney,baru saja balik pgi tdi.8hb apr ke KHI(Karachi) dan DXB(Dubai)akn balik pd 11hb Apr.Pd 30hb mac(Selasa) yg lalu tina ada call,dia tak jadi balik tumpat sebab anak2 ada tusyen,begitu besar pengorbanan tina demi mahu melihat anak2 pegi tusyen dan berjaya dlm pelajaran sanggup pendamkan dulu keinginan pulang ke kg suami.Buat pertama kali setelah sekian lama tak berhubung,ija call Norjawati pp 31hb Mac(Rabu)sedar tak sedar hampir sejam kami berbual,mengimbau kenangan d skkgk,wati msih ingat masa sukan sekolah,acara lompat jauh ija dpt no 2,wati dpt no 3,selepas ija berpindah dr Kem Sg.Udang,minat ija pd sukan berkrgan pasal ustazah d sek ija garang mak oii...dia akn membebel mcm ni..pot..pet..pot..pet sebab pantang tgk bdk pompuan aktif sukan walaupun pakai seluar panjang dgn t shirt lengan pnjang!Ija nak jaga hati ustazah Fadzillah jadi ija ikutlah nasihat dia.Wati kata seronok tinggal d kota Singa cuma sedih sebab org2 Melayu kat sana sombong dan berlagak,Wati kata org sana suka ckp omputih,bukan betul pun,ala2 broken english,mcm lah Wati ni tak reti cakap dan tak paham bahasa omputih,anak Wati dah besar2,jadi dia kata boring duduk rmh dr tak buat apa2,dia keja suka2 d kdai mkn.Ija suka bila dngar Wati panggil syg pd pelanggan perempuan yg mkn d kdai tpt Wati bekerja,mesti kdai mkn tu bkn aje soodaap tpi layanan pun baik.Oh ya,Wati ada beritahu kwn kita Rosiah ada d P.Pinang,mgkin ZAM bole tlg teropong.. pd boy,slamat berjaya dlm exam yg akn dtgl.Setakat ini saja ija menulis,semuga ija serta kwn2 semua d lindungi allah walau d mana pun berada,wasalam.