Monday, November 9, 2009

Tina pula bercerita.....

Hasil Nuhkilan Tina..........
Salam untuk semua. Semoga sentiasa dirahmati Allah SWT.

Boy suruh saya sent gambar. Zam pula welcome me in the group. Jadi saya cuba untuk menulis.

Sebelum tu nak maklumkan pasal nama. Nama Tina tu dah lama (28 tahun kot..) tak digunakan dikalangan kawan-kawan. Panggilan sekarang oleh kawan-kawan adalah Shiela. Nama Shiela ni diberi oleh senior masa minggu orientasi form 1 di MGHS, Durian Daun Melaka.

Sejak arwah abah meninggal 9 tahun lalu tiada orang panggil saya dengan nama Tina (sebab nama Tina arwah abah saja yang guna) so masa boy call sebut nama Tina saya tak mengaku sebab memang dah lupa nama tu. Satu lagi nama ialah Eta. Ini panggilan di rumah atau kawan atau kenalan yang rapat dengan family saya. Sebab tu bila Aidil Ghafar kata nama saya Eta, boy pula tak tahu. Saya rasa pasal nama ini penting juga takut ada masalah di kemudian hari. So lepas ni nak guna nama yang mana satu?
Oleh kerana blog SKKGK adalah untuk kengkawan yang rindu…..Jadi untuk kali pertama ni, saya nak share satu gambar masa di SKKGK. English Campaign Week masa darjah lima itupun sebab jelas tertulis kat papan hitam supaya dapat mengimbas balik masa dulu-dulu. Apa yang kawan-kawan boleh ingat kembali perkara yang telah berlaku hari tu gambar diambil. Mungkin boy ingat banyak perkara…….Inilah gambar saya. Pada sesiapa yang dah lupa rupa saya masa bersekolah di SKKGK.

Saya masuk ke sekolah tu masa darjah lima. Atas pentas (susunan meja) tu saya tengah story telling. Apa yang saya ingat majlis di sebelah petang. Ada ramai orang yang hadir termasuklah mak saya. Itupun kalau tak silap.. Sebenarnya ingatan saya di SKKGK tu dah tinggal 5% sahaja.

Satu lagi, saya share gambar saya selepas lebih 10 tahun dari gambar tu diambil. Gambar ni masa saya dah hampir nak tamat belajar di ITM (skarg UITM), Arau, Perlis. Tujuan gambar ni saya share sebab perubahan dari segi rupa dan lain-lainnya memang banyak dah berlaku. Kita mungkin pernah berjumpa selepas 10 tahun tu tapi mungkin kita dah tak cam antara satu sama lain.
Saya sebenarnya memang berhajat nak cari kawan-kawan lama masa bersekolah dulu. Sekolah rendah dan menengah hampir semua dah terputus hubungan. Terutamanya kawan di SKKGK masa hari akhir sekolah dulu rasanya tak tahu nak bermaafan. Jadi saya mohon maaf pada semua atas kesalahan atau terkasar bahasa masa sekolah dulu sebab ada dua tiga orang kawan lelaki yang rasanya sangatlah jahat….. (rasanya sekarang semuanya dah jadi baik).

Oklah lain kali kalau ada kesempatan saya share cerita lain pula mungkin selepas 29 tahun dari 1980 iaitu gambar keluarga saya sendiri. Terima kasih.
Ps ://Maaf gambar yang di sebut di dalam ni cerita ni.. tidak dapat disiarkan dia atas permintaan Tuan punya Badan........
Saya yang melaporkan dari bilik berita SKKGK.. Zulhamri aka Boy...

1 comment:

Anonymous said...

Tina,

macam nila h best... very sporting.. lagipun kita ni semua dah nak masuk separuh abad...
segala cerita yang kita cuba imbau cuma kita aje yang faham...

thanks ...terima kasih daun keladi, meriahkan lah blog ni lagi...

-zam-