Tuesday, December 29, 2009

SURAU PAK CIK HUSSIN !!!!!!!

Salam...

Sapa tak kenal Pak Cik Hussin Buncit ketua Mandor kat dalam Kem... Dia juga merangkap ustaz yang mengajar sebilangan dari kita mengenal... Alif....Ba...Ta...

Surau dia ni dulu kecil je kat kawasan kuartes pekerja-perkerja laboures di dalam kem.. kalau sesiapa tak boleh recall... kawansan ini boleh pergi dari jalan masuk di Kantin Keluarga(Sekarang ini dikenali sebagai Pernama) kat dalam kem tu....

Berbalik pada cerita surau Pak Cik Hussin ni... surau ni comel je..dibuat dari papan..dah ruang solatnya "open space"... macam rumah tradisional dahulu... nak pergi pun kena lalu parit dan kawasan yang becak apabila musim hujan...

Aku pasti ramai dari kita ada belajar mengaji kat sini sebelum kita ada sekolah agama rakyat di skkgk waktu petang... Antaranya ialah man panjang, zam jepun, Ija, As, aku dan ramai lagilah...

Tapi yang istemewa sekali pengalaman "MENGAMUK" dak Lan Bogek.. kejadian itu masih segar dalam ingatan Man Panjang ... sebab dia yang menceritakan kepada aku peristiwa ini... Lan Bogek naik angin apabila Pak Cik Hussin marah dia tiba-tiba... apa lagi terbang lah rehal lan Bogek kat depat Pak Cik Hussin ... dan terus lan berlalu.... kah kah kah ... sungguh lucu ya...

Memang pun Pak Cik Hussin terkenal dengan "garang gila" dia ... misai dah lah melenting, Perut boroi dan mata dia galak.... Tak tahulah dia di mana sekarang.. Macam mana pun..marilah kita doakan kesejahteraan dia ..kerana pernah menjadi guru kita dahulu....
So..jangan terperanjat.. surau tu sekarang ini dah jadi BATU... korang tengok lah sendiri....

Boleh recall Tak?
OK ... berjumpa lagi...
~Boy~


2 comments:

Anonymous said...

Boy, sungguh aku tak leh nak recall kat mana surau ni, maklum le bukan budak kem ! Lagi pun aku tak berani nak ronda2 kem sebab bukan anak komando, nanti kena sergah, tak pasal2 ...
Anyway, bila kau masuk kem tu? guna alasan ape?

lan dollah ...

Budak Kem said...

LanDo..

Aku masuk semasa cuti Raya Haji yang lalu..masa aku call kau tu..pagi ahad sebelum balik ke ipoh..

Aku bagi tau kat Sarjan tu aku nak pergi sekolah.. dia tanya aku cikgu ke ? aku cakap bukan ...aku kata nak pergi jumpa cikgu kat dalam tu... jadi dia bagilah aku masuk...

habis aku round kat dalam tu... pergi tempat-tempat yang biasa kita lepak semasa zaman jahiliah dulu...(bak kata engkau)

Kem tu dah jadi macam kem kena tinggal pun...rumah banyak dah kosong..sebab dia orang dah pindah ke mersing...

Nantilah aku download sikit-sikit gambar kelas kita dan tempat -tempat bersejarah tu...

sekian..
~Boy~