Friday, January 30, 2009

Gambau2 re union (lagi...)

Salam semua, sori lambat post gambau2 ni, sibuk sikit ....

ni masa breakfast kat Mardi ! Bini aku ngan anak2 ...
ni emak dak Boy ...

ni anak2 dara si Khulail ngan Lan Bo ...

anak2 bujang Khulail dan Lan Bo ...

orang rumah dah Zam dan anak2 nyer ...


dak Zam sibuk cari SR untuk si Fendi ...

sekian, wassalam ... Lan Dollah

Saturday, January 24, 2009

PAKAT-PAKAT BERNIAGA LAH YOP.

Assalamualaikum,

Untuk kawan-kawan semua kalau berminat dengan Bag Pack untuk Note Book untuk hadiah kat orang rumah, adik-adik atau adik angkat yang kat kolej tu bolehlah dapatkan kat Teman.

Kualiti Tip Top(international quality)

Harga RM80 (Lowyat KL RM100 -RM120)
- Penghantaran Boleh Di buat dengan menggunakan Pos Laju.


Kalau Nak Berniaga Pun Boleh.






Yang ini Pulak Untuk anak-anak yang masih pra sekolah.

Kualiti : International Quality

Harga : Boleh Runding




UNTUK SEMUA MAI KITA PAKAT BELAJAR-BELAJAR BERNIAGA.

WASSALAM.

Thursday, January 15, 2009

Renuangan

Salam,

Alhamdullilah, saat ini kita masih bernyawa dan hidup di dunia ini. Tanpa kita sedari kita telah memasuki hari yang ke15 didalam bulan Januauri 2009. Kita masih boleh mencari rezeki, bergembira dan pergi kemana yang kita sukai. Kita panjatkan kesyukuran ini kehadrat allah swt diatas limpah kurnianya. Cuba kita bayangkan apa yang terjadi dan sedang dilalui saudara seagama kita di Palestin. Mereka ditindas dibumi mereka sendiri tanpa belas kasihan.

Marilah kita bersama-sama berdoa akan kesejahteraan mereka dan dilindungi oleh allah swt. Semoga allah akan membalas akan kekejaman yang dilakukan keatas mereka yang tidak bersalah..

Apakah jihad kita dalam menegakkan agama? Marilah kita membantu mereka dalam memboikot barangan mereka.. insyallah allah akan bersama dalam menegakkan kebenaran...

Wednesday, January 14, 2009

Gambar Kelas 5B

Salam..

Gambar Lama sumbangan Kepau.. Gambar ini diambil semasa akhirtahun selepas keputusan Penilaian darjah 5. Yang Terdapat dalam gambar ialah.. Dari Kiri Nizam, Suresh Singh, Sham Kuntum, Boy, Taufik, Kepau dan Azhar.. Yang Perempuan aku tak beberapa ingat.. cuma satu dua orang je yang aku kenal...anataranya... MK(Mata Katak) Badariah, Norhayati, Suhana, Norjawati .. Itu je yang terlintas... Ini kelas tak berapa pandai... tak da sorang pun yang dapat 2 A.. yang paling terror ialah Sham kuntumlah....

Anyway nostalgia betuilah....

ps: Manalah sekarang SURESH SINGH A/L JORTA SINGH agaknya? Satu-satu nya anak bukan bumiputra yang bapaknya komando ketika itu.....

Thursday, January 8, 2009

Gambau Geng Rentap of Apache

Salam semua,
ni gambau yg tercantik (aku rase lerr) yg ada dalam koleksi aku waktu re-union tempohari. Malangnya, aku plak yg tak de dlm gambau ni. Tak pe lah, yg penting gambau ni menunjukkan betapa cerianya geng2 ni sejak kecik, sampai le dah besau bangke.
dari kiri : Lan Bongek(Azlan), Kepau(Muzafar), Dak Zam (Norzamly), Boy(Zulhamri) dan si Khulail (Khulail de Faisal).

Kat belakang tu, atas bukit on the right side, rumah si Kepau. Ngeri kita orang menengoknya sebab ada kesan tanah runtuh kat tengah2.

Anyway, satu kenangan manis yg cukup indah semasa re-union hari tu, walau dalam tempoh yg singkat, persahabatan lama bertaut kembali !

Semoga ALLAH merahmati kita semua, keluarga kita, ibubapa kita, guru2 kita dan rakan2 kita yg lain, di dunia dan lebih2 lagi di akhirat, amin ya Rabbal A'lamin ...

Sedapnya - Kepada sesiapa yang Anak tak da selera nak makan



Nampak macam sedap.. tapi memang menarik perhatian anak anak ..



Tak jadi makan terus simpan je ni.. sebab very cute...




Macam macam ada..... Sungguh kreatif..



Lalu ke nak makan macam ni..... comel betui





So fancy .....

Walau bagaimanapun "rezeki jangan ditolak.. musuh jangan di cari..."

Saja je .. kot-kot boring kat office tu.. boleh lah layan tengok gambar ni...

Ikhlas

-Boy-

Wednesday, January 7, 2009

Alam Persekolahan 2009 Bermula


Gambar hiasan Aje - Anak Sapalah ni.....

Salam...

Tarikh 5 hb Jan 2009

Rasanya ada diantara kita yang sibuk beberapa hari yang lalu hantar anak masuk sekolah.. Ada yang masuk tadika, darjah satu , tingkatan satu dan seterusnya ( U belum lagilah kot rasanya...sebab emak bapa nya baru masuk 40).. Tapi apa pun ia adalah satu pengalaman yang tidak dapat kita beli di mana-mana.. Kita yang tempuhi dan alaminya.. sungguh menakjubkan..SYABAS!! moga tuhan akan membalas diatas tanggungjawab yang anda pikul..

Korang ingat lagi tak masa korang masuk sekolah dulu.. menangis, lari balik rumah(nasib baik duduk dalam kem ..so tak payahlah naik bas) tapi memang kelakar betui... Ada satu case tu masa dekat tadika, bantainya berak dalam seluar ... tah sapa tah...tak ingat aku budak tu...memang kelakar...main buaian sampai benjoi & bengkak kepala , kena dengan besi buaian kat sekolah tadika ... kah kah kah... anak komando memanglah gila...

Berbalik kepada hantar anak sekolah.. Aku percaya kalau kau ambil cuti atau emaknya yang ambil cuti.. nak settlekan sekolah dia orang.. macam2lah.. nak pergi bayar yuran, nak beli buku aktiviti, nak cari bas sekolah dan macam macam cerita lagi yang bermain dalam kepal hotak korang.. semua ni kita korbankan sebab "nak bagi anak jadi orang (insan yang berguna".. betui tak... tapi memang ketentuan nya .. "setiap anak tu ada rezekinya".. walaupun kita sengket bulan ini tapi insyallah ada je duit untuk persiapan untuk masuk sekolah... korang semua tahulah sekarang masuk sekolah bukan macam dulu .. main ratus-ratus... sekarang ni masuk tadika pun sampai seribu... lebih - lebih lagi kawan - kawan kita kat KL tu.. betuikan... Itu belum campur Kelas tambahan, buku rujukan tambahan, kelas Tek Kwan Do, Kelas Piano, Kelas Mengaji dan macam macam kelas lagilah.... aku yang duduk kat kampung in pun 3 orang dah dekat dengan 2 ribu complete semuanya.... macam masuk universiti pulak... tapi tak palah... kita cari duit pun untuk masa depan anak-anak... Kita doakan semoga menjadi insan yang Soleh dan Solehah.. Amin

Akhirkata Selamat Berpuasa 10 Muharam 1430H ( Asyura ) - 7hb Jan 2009

Wassalam - Boy

Friday, January 2, 2009

Peluang yang ingin Dikongsi Bersama ( Dari Fendi)



Hang Pa Tengoklah sapa mai tengok projek si fendi tu.... Jangan main-main ....
Sapa kata anak komando tak pandai berpolitik...



Projek Fetegasi - Cili Hijau






Baru ni Sham ada comment dalam blog ini...Dia minta kot - kot ada peluang baik untuk dikongsi berrsama.. So Fendi ada cal aku bagitahu tentang projek yang sedang diusahakan. Agar menarik sekiranya kita berminat dan ingin mencuba.. Beberapa anggaran yang fendi berikan untuk kita jadikan panduan sebelum kita mencuba... Aku sendiri ada seorang sahabat yang memberitahu tentang projek ni.. beliau adalah Timbalan Pengarah FAMA negeri perak.. beliau berkata ada beberapa kumpulan yang sedang buat projek di ipoh yang hanya menggunakan kawasan keliling rumah sahaja.. aku sendiri pun dah melihat hasilnya.. amat memuaskan... berikut adalah sedikit panduan dan anggaran yang fendi beri..


Fetegasi

Model - Rm4000
Jumlah Pokok - 500 unit
Harga sekilo - RM 8 hingga Rm12 ( berpandu pada harga semasa)
Bil Air sebulan - Rm100 + +
Baja - Tak pulak dia bagi tahu ( Nanti boleh refer kat kawan kita tu...)


Bolehlah kita tubuhkan konsortium under nama "SKKGK Agro" .. lepas tu sapa-sapa nak jadi pelabur boleh.. lepas tu kita bagilah komisyen dan insentif.. apa macam cantik ke idea ni???


Selamat maju jaya..Fendi..


Hang memang geliga ....

Seperti Tag Line Freindster SKKGK ...

Where the Champion's are Born.....

Sekian
-Boy-

Yang Dah Masuk 40











1.En Azman Zahari(1/1/1969)

2.En Norzamly Ibrahim(1/1/1969)

3.En Azlan Zulkifli (19/1/1969)


Ruangan ini dikhaskan kepada rakan - rakan yang dah cukup umur 40 tahun.. " Bak Kata Orang - Life start at 40

Selamat Hari Jadi ..... Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjang kan umur... Amin