Wednesday, February 17, 2010

Kunjungan Lan Bogek...

Salam...

Terima kasih di atas kesudian Lan Bogek singgah dirumah aku tempoh hari... Seronoknya dapat bercerita lama dan sambil bertukar-tukar pendapat..

Ceritanya begini, Lan dan keluarga dalam perjalanan pergi ke Penang pada hari sabtu yang lalu.. Menurut ceritanya dia keluar pukul 8.00 pagi dari KL dan hanya sampai Rawang pada pukul 10.00pagi.. Dia mengeluh sebab katanya Highway PLUS "Jem GILA"..
So dia pun mengubah laluan melalui jalan lama bermula dari Tanjung Malim menghala ke Utara..

So, oleh sebab laluan nya itu terus melalui jalan lama..aku mengambil peluang untuk berjumpa dengan Lan apabila dia sampai ke Ipoh nanti.. Alhamdullilah Lan sampai kerumah aku pukul 1.30 petang.

So bercerita panjang lah kami sampai ke pukul 3.30.. baru Lan sambung perjalanannya ke Penang.

Inilah gambar yang sempat dirakam semasa Lan di rumah aku...



So..kepada kengkawan yang melalui area Ipoh ni sudi-sudilah singgah ke rumah aku... Dekat je 4 KM dari "Tol Jelapang yang popular" tu...

Ikhlas
~Boy~

9 comments:

Budak Kem said...

Untuk boy terima kasih banyak2 kerana sudi menyediakan makanan tgh hari.
Untuk korang semua mesti kena singgah rumah boy kerana orang rumah dia pandai masak nasi ayam, aku makan sampai 3x tambah ...sedap sangat atau pun aku yg lapar kot.

Lan Bongek

Zam said...

Amboi2 Lan, senyap aje gi penang tak bagitau kawan pun.. kalau terlajak ke kedah boleh lah gi rumah jiran kau tu sr.. oklaah.. lainkali kalau mai telefon lah.... kalau tak sempat aku beli aje nasi kandar..

Zam

siti rohani said...

Ha ah, last time Lan dah terlajak ke Padang besar tapi ani x pelawa pun.. next time, insyaAllah. Boleh jamu kari kepala ikan kat Haji Ramli's Restaurant.

Anonymous said...

LAMA TAK PEKENA NASI KANDAQ - KARI KAMBIN, AYAM TANDURI PENANG ... ISH...ISH...

-LAN DOLLAH-

siti rohani said...

Kalau camtu, boleh cadang reunion kat Penang? Dusun Resort ni ulam & catfish banyak le.

Budak Kem said...

Satu cadangan yang baik tu dari Ani..

Zam Boleh jadi Tuan Rumah Ke?

~Boy~

zam said...

boleh... tapi aku rasa aku kena menghormati sifu aku iaitu kaulah boy... bukan apa .. aku rasa kalau nak geng utara jadi tuan rumah okay juga.. tapi aku rasa cadangan hari tu masih lagi terbaik... duduk ditengah2.. cuma tempat aje kena cari yang cool sikit.. anyway sifu... kalau betul2 nak buat ni kita kena gerakkan operasi mencari tarikh dan cadangan di mana ??
buat pengetahuan sekarang ni dah 29 tahun...kita tinggalkan skkgk

Anonymous said...

SR
catfish ngan ulam tu lagi power, memang favourite satu family! kalu ada tempoyak, lagi nala !!! saya boleh supply cencalok ...
tapi bila search kat google lokasi Dusun resort tu, tu dia, dah nak sampai Siam. Nak sampai AS pun naik ketak lutut, ni ke Dusun Resort tu, mau krem pinggang teman.
Zam
berapa rate Dusun tu? tak mention dlm website depa.

wassalam

-lan dollah-

siti rohani said...

assalamualaikum.. sibuk sikit these few days. x sempat nak tanya pasal rate tapi rasa2nya memang kurang sesuai untuk our reunion. Tempat tu utk PLKN. Hanya kolam kecik tu je yg menarik utk anak2. Kws sekitar utk dilawati yg ada cuma hutan / dusun.. jauh pulak tu. So, cari tempat lainlah yg lebih menarik.