Tuesday, February 16, 2010

Sedikit Update dari Melaka

Lama tak balik Melaka.. tetiba ada satu sms dari keluarga mengatakan yang Pakcik Mohd Nor dah kritikal.. dia dimasukkan ke Hospital Melaka atas sebab jantung.. Hari Khamis lepas dikhabarkan masih lagi boleh bercakap dan bersembang tapi the next day hari Jumaat tetiba jantungnya menjadi semakin lemah.. kelopak mata pun tak boleh nak buka.. dan terus dalam keadaan koma. Berita diterima hari Sabtu..aku mengambil keputusan untuk balik Melaka sementara ada kesempatan cuti panjang ni dan bolehlah melawat Pakcik Mohd Nor. Untuk yang masih tertanya 2 siapa dia Pakcik Mohd Nor dia adalah ayah kepada sahabat kita Norjawati Mohd Nor. Ingat lagi ke ? Last sekali dia duduk kat area rumah Tina, Onn dekat dengan surau kem. Hari Ahad ketika melawatnya, alhamdulillah sudah ada sedikit perubahan dan dia mampu menggerakkan kelopak mata dan tangan dan seolah2 mahu bercakap tapi apakan daya bantuan pernafasan ada di mulut. Semoga yang mana mengenalinya mendoakan kesihatan x-commando kita ni beroleh kesihatan yang baik dan mampu untuk pulih.. Cuma aku rasa semangat komando nya yang kuat membuatkan dia mampu untuk melawan kesakitan yang dialami... nanti aku cuba updatekan profile Norjawati sahabat lama kita ni.. Semoga doa2 dari kita dimakbulkan.. Untuk Pakcik Mohd Nor kami mendoakan kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa dilindungi olehNya. Amin.


Salam

Zam

3 comments:

siti rohani said...

Nama tu familiar. Kita doakan yang terbaik untuk ayahnya dan Allah Maha Tahu apa yang terbaik tu.

Zulhamri said...

Zam..

terima kasih dia atas berita dan perkembangan terbahru ni.. At least dengan blog ini kita dapat menyampaikan berita-berita terkini tentang x-comando yang juga adalah ahli keluarga kawan-kawan lama kita..

Kita doakan semoga keluarga Pak Cik Md Noor akan tabah menerima ujian ini seterusnya memberi kekuatan kepada Pak Cik Md Noor untuk kembali sembuh...Amin

Aku pernah berjiran dengan (Norjawati)Pak Cik Md Noor ni semasa tinggal di kawasan surau Kem tu...

Sekian
Ihklas
~Boy~

Anonymous said...

ROSE Seberang Jaya

Bapak , mama dan 2 adik Rose juga bergegas balik ke Melaka . Apabila mendengar berita pakcik MdNor masuk ICU hari tu .

Rose beberapa kali juga pergi ke sana . Masih ingat lagi jari di inaikan oleh mak jah . Terbayang2 wajah keibuaan lebih2 lagi melihat gambar terbaru mak jah .

Bila Rose baca Blog ni terlalu banyak recall nostalgia ..

Semoga keluarga kita dalam kesejahteraan . Amin...