Salam,
Apabila Ketua murid kita telah menghidupkan rancangan ini kembali dalam komen-komennya ... So sekarang ini, cadangan dibuka untuk semua memberikan idea , tarikh dan tempat yang hendak di adakan "Reunion Kedua" kita ni...
Saya dengan ini membuka kepada semua apa-apa buah fikiran supaya rancangan ini akan terlaksana dengan jayanya disamping kerjasama semua orang....
Sila kan.... Komen ada dialu-alukan..jangan malu..jangan segan
Ikhlas
~Boy~
7 comments:
Salam semua,
Saya nak cadangkan supaya tempat reunion yang dipilih nanti ada ruang dan kelengkapan untuk kita adakan bacaan Yassin, tahlil untuk arwah gurubesar, cikgu-cikgu SKKGK kita serta pakcik-pakcik komando yang dah meninggalkan kita.
Serta solat hajat untuk anak-anak kita supaya berjaya dalam peperiksaan terutamanya yang akan menduduki UPSR, PMR atau SPM....
Tina Kassim
Ya Cikgu Tina, cadangan anda amat baik sekali... maka dengan ini saya ingin melantik Haji Azlan bin Haji Abdullah untuk menjadi imam dan menerajui zikir/tahlil dsbnya.
Sementara Haji Boy.. eh belum lagi kot baru umrah aje akan jadi pembantunya.
Tapi nak buat dimana ya ??
Ija.. dimana kau..senyap aje.. bagilah idea nak buat kat mana.. kat UK ke, Jepun ke... mana2 pun bolehlah.. harap2 balik dari oversea nanti boleh bagi respond....
Salam...
Semua senyap je... Tak da ke idea yang baru yang boleh ditokok tambah lagi..
Cadangan si Tina ni memang lah cantik dan menarik sekali..
Lan Bogek, Khulai, Fendi, Kepau, dan lain lain..sudi-sidliah beri cadangan..
~Boy~
aku cadangkan samada Ustaz NorSham atau Ustaz Fendi yg mengetuai tahlil tsbt di atas "kelebihan" yg dimiliki ...
-lan dollah-
"kelebihan" apa tu?? Serious... Ani kan dok kat ulu. Rasanya dah 'scan thoroughly' blog ni tapi x cerita pasal 'kelebihan' sapa2 pun? Back 2 our reunion, rasa2nya bukan setakat cari tempat tapi kena cari org yg boleh organise semua ni. Kita semakin ramai, kalau kat tempat lama, camne?
Landol..... jawab jangan tak jawab .. aku pun heran jugak apa ya kelebihan tu .. mmm apa ke dia kelebihan tu.... tolong bagi penerangan sikit haji lan dollah...
Post a Comment