Tuesday, April 13, 2010

Alkisah.. ROSIAH RAHIM..

Salam...

Mesti ramai menunggu-nunggu tentang cerita "Gadis putih serta pemalu" ni satu ketika dahulu... Dulu masa kecil-kecil dia ni orangnya sangat pendiam dan tak berberapa ramah.. Nak dikatakan Glamour di sekolah jauh sekali.. selalu maintance low profile je.. Tak lah macam Pontianak, masa kat SKKGK dulu memang glamour habis... gurau aje Ija ya..

Berbalik pada cerita Cik Rose kita ni dulu, selepas habis sekolah kat SKKGK tu terus melanjutkan pelajaran ke Sekolah Men Sungai Udang.. Sama lah dengan kami (Boy, Faisal, Ija, Kepau, Sham Kuntum, Man Panjang , Helmi dan beberap kawan lagi yg dah tak beberapa ingat nama mereka).. Cuma kami berlainan kelas.. Kalau member - member ni masih ingat Rose ni di dalam kelas Pertanian bersama Kepau dan Helmi, yang lain tu masuk kelas Perusahaan dan Sains Rumah Tangga...

Sekarang ni Cik Rose kita ni bertugas di TaiyoTech sebagai "Purchaser" di Bukit Minyak kat Penang.. Dah Jadi orang Penang selepas bapanya balik kampung after pencen.. Cuma peliknya "Slangnya" tak langsung mengambarkan "dia ni mai dari Penang"... Macam orang Melaka je bunyinya... Sekarang telah berumah tangga dan mempunyai 4 orang cahaya mata... Dah ada anak dara dah Pn Rose ni.. Katanya nak ambil SPM tahun ni... Semoga berjaya diucapkan kepada anak sulung Pn Rose.. Suaminya menjalankan perniagaan sendiri dan mempunyai sebuah bengkel kenderaan di Penang... So pada sesiapa kalau rosak kereta kat Penang nanti bolehlah call Pn Rose minta suaminya tolong repairkan...

Katanya, dia amat teruja apabila dapat menghubungi kawan-kawan skkgk kembali... Selalu menjemput kawan-kawan untuk datang ke Penang.. SO sesiapa yg tak sempat mengsave nombor taleponnya tempoh hari bolehlah menghubungi saya untuk mendapatkan kembali....manalah tahu jalan-jalan pegi penang bolehlah singgah bersua muka dengan PN Rose kita ni... Sekarang ni dia dah tak pemalu lagi...

Seperti selalu, mesti kawan-kawan nak tengok wajah Pn Rose kita ni di usia 41 tahun.. Tapi beliau masih tidak sempat untuk memberi kepada moderator untuk di uploadkan... Insyallah sekiranya dapat nanti akan saya updatekan di sini...

Sedikit cerita tentang Parent Pn Rose kita, Ayah dan Mamanya berada dalam kandungan sihat walafiat.. Kalau kita nak menceritakan tentang bapa Pn Rose kita ni.. beliau lebih dikenali sebagai "RAHIM MAMAK" semasa bertugas dalam KOmando dahulu.... mungkin mak atau bapa kita boleh terbayang wajah mereka...

So,ini saja cerita untuk kali ni ... semoga kita semua akan dilindungi ALLAH SWT..Amin...


CUBA KORANG INGAT-INGAT GAMABAR NI RASANYA DIRAKAM DI KAWASAN MANA???

Ikhlas
~Boy~

11 comments:

Tina Kassim said...

Salam,

Rose semoga persahabatan kita dapat diteruskan semula.

Gembira dapat bercakap dengan Rose tempohari....

Dah ingat siapa duduk sebelah saya masa darjah 6?

Wassalam.

Anonymous said...

Rose Seberang jaya

Salam;

Rose pun mcm tu gak ..semoga persahabtan diteruskan smpai ke anak cucu ..

Tina; kau ta pernah berubah walaupun sekian lama kita berpisah . Sikap peramah dan tak kisah walaupun kita low profile ....

Jap kita tanye boy...sape duduk sebelah Tina . Boy tolong reply yer..

Kau tau Tina ..sebenarnye Rose pun luper gak sape disebelah Rose . Tapi Boy ckp dak faisal . Apsal langsung tade memory dia ngan Rose harr ...Aduh ..sekrag pun ta ingat.

Tapikan satu bende yang Rose ingat pasal dia ....hehe rasa2nye dia pun tau.

Tina..hari tu camane . Dpat ta Ikan besar . Waa mesti masak Kari kan..

Boy ..

Thanks . Kerana mencari dan merapatkan persahabtan kita . Sesungguhnye sikap "ambil berat" jarang na jumper expc zaman sekrng .. Semoga Allah memberkati mu..Amin..

Ok laa hari ni plan na balik awal kol 9.00 pm ..

SR / Ija ..

Semoga persahabatan kita kekal abadi..

Wassalam....

Tina Kassim said...

Salam Rose,

Tentang siapa duduk sebelah tu...Tak apalah kalau masih tak ingat....tengoklah nanti kot ada kengkawan yang ingat...

Hari tu, suami bawa balik ikan kerapu, pari dll. Tak berapa banyak! Masih dalam peti ais tak sempat nak siang....kerapu biasanya masak sambal...Mailah rumah boleh kita makan!

Wassalam

Budak Kem said...

Saya pasti dan yakin..EN Azlan Abdullah.. Betulkan...!

Ex-skkgk

Anonymous said...

gambar dekat padang dekat dgn gelanggang kasut roda tuu betul tak

ameet said...

saya tau kat mana dekat padang bawah bukit tu kann sebelah gelanggang kasut roda tu kann.saya dulu pun bekas pelajar tahun 1979 -1982

Anonymous said...

Rose seberang Jaya.

Salam;

Ahaaa la Azlan yg hansome tu lerrr ..duduk sebelah kau baru Rose ingat . Itu masa kecik2 ler ..
Ape pun suami kita lagi hansome kan ..

Tadi contact dak Faisal...friendly sgt ..

Insyallah kalu panjang umur sampai nye ....Boleh laaa kita masak same2 ..

Tina kau ade call wati tak ????
Teringat sangat la kat dia ..

Ok laaa c u bye

Wasallam ..

de faisal said...

Salam semua,

Rose thnks kerana call Faisal. Mmng tak cam suara hang pun. Maklumlah dah lama sangat tak ber'contact'. My wife kirim salam pada Rose.

Kau ingat lagi ye kejadian yang berlaku pada Faisal masa lalu...(jgn cakap pada orng ye..hahah)

Insyaallah jika Faisal turun utara Faisal akan call hang.

Hari nie lutut Faisal dah OK ckit. Boleh lah nak gerak dan gi kerja..

Pada you all semua hope kita dapat buat satu perjumpaan yang besar.

Wassalam

faisal

Tina Kassim said...

Salam Budak Kem ex-skkgk,

Saya yakin dan pasti bukan anak gurubesar duduk sebelah saya masa darjah 6.

Dia duduk sebelah Norhaya!

Wassalam

Tina Kassim said...

Salam Rose,

Saya belum call wati.... terdelete nombor dia..

rose said...

Salam;

Faisal.. ok ok cek ta kasi sapar tau pon . Tapi hang kena belanja mkn bila hang drop by kat sini ...
Ok satt ta . Tina hang join tau..

Jadik ta loghat Penang Rose ni..

Tina..abis tu saper yee . sape ingat dak Tina duduk ngan sape .
Tolong kasi tau yeeee.
Rose interesting gak ...

Ok jam da kol 10.40 pm . Rose na grak .
BB Rose waiting lerrr ..

Wassalam ...