Wednesday, April 21, 2010

2nd Latest Update - REUNION @ LUMUT PERAK

Salam..Sahabat semua

Setelah berbincang dengan Headboy kita ada beberapa pertukaran yang telah dibuat kerana beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.. Perkaranya ialah:
  1. Tarikh telah ditukar kepada 29/5 ( Sabtu ) - 30/5 ( Ahad). Pertukaran ini amat bersesuaian dengan request beberapa sahabat kita yg mahukan tarikh tersebut.
  2. Tempat yang dicadangkan tempohhari terpaksa ditukar kerana telah penuh. Mereka tidak dapat memenuhi keperluan kita. Tetapi kita telah mendapat satu tempat yang baru serta sesuai dengan beberapa cadangan yg kita telah cuba rancangkan.

Selain dari itu, berikut adalah senarai terakhir yang mengesahkan kehadiran.

  • Zam & Family
  • SR & Family
  • Tina & Family
  • Muzafar & Family
  • Sham & Family
  • Taufik and Family
  • Azlan B and Family
  • Azlan D & Family
  • Rossiah & Family
  • Boy & Family

Kita masih menunggu beberapa Sahabat lagi yang belum dapat membuat keputusan..

  • Ija & Family
  • Affandi & Family
  • Suresh & Family

Selain dari nama di atas, mereka tidak dapat menghadirkan diri kerana tugasan serta komitmen yang lebih penting. ( Insyallah di lain perjumpaan mungkin)

Perhatian :

Tempat yg dicadangkan itu ialah Lumut Valley Resort. Ianya adalah sebuah apartment yang terletak di bandar Lumut. Jenis apartment yg terdapat disini adalah yang mempunyai 3 bilik tidur. Saya rasa ianya amat sesuai untuk kita semua bersama keluarga. Sekiranya sahabat memerlukan satu apartment untuk hanya anda sekeluarga jadi bolehlah memaklumkan kepada saya. Dan sekiranya anda ingin menjimatkan $$ penginapan mungkin sahabat bolehlah berkongsi dengan satu keluarga yang lain.. Saya memohon kerjasama dari semua untuk memaklumbalas kepada saya sesegera mungkin.. ini adalah bertujuan untuk membuat booking apartment supaya kita ada tempat untuk menginap... Saya telah mendapatkan Kos penginapan untuk satu unit iaitu RM300.

Tentang makanan serta aktiviti semasa disana, saya masih menunggu sebut harganya yang akan diberikan pada saya sehari dua lagi..insyallah saya updatekan disini nanti..

Sekian

SEMOGA PERANCANGAN PERJUMPAAN INI AKAN DIPERMUDAHKAN SERTA BEROLEH KEBERKATAN DARRI ALLAH SWT..AMIN

Terima kasih

~Boy~

5 comments:

Tina Kassim said...

Salam

Rose,

Saya harap Rose tak sedih lagi sebab tarikh yang ditukar ni... sesuai dengan kelapangan Rose. Insya Allah

Ani,

Mungkin ada masalah untuk hari Ahad ... Ambil cuti mungkin boleh... tapi anak-anak pula sekolah...

Cadangan saya boleh Ani sekeluarga turun Lumut lebih awal...hari Sabtu jumpa dengan kami.

Sungai Besar ke Lumut lebih kurang satu jam...Saya boleh pergi lebih awal.

Lagipun rumah Abang Edi ada dalam base TLDM Lumut. Kita boleh reunion dulu..bermalam rumah dia.

Macamana?

rose said...

Salam;
Tina ...
Rose akan berbncang ngan Hubby ..sebenarnye mlm dinner iatu 28/05 kami sekeluarga akan still kat sana . Senang sikt ta perlu la rushng dan dia comfortable skt ats keselamtn Rose .
sebenarnye Rose ta bncng lagi cuma hari tu je kata na g hari 22/05 .
Mybe mlm ni sebab na balik 7.30pm so pnjng sikit mlm ni .
Ape2pun Rose akan confrm balik .
Kau doakn hubby setju eik ...

siti rohani said...

assalamualaikum!
Tina,
TK atas jemputan. Di kedah ni kalau cuti umum jatuh hr jumaat, kami ganti hr ahad. Mcm ngri lain, klau cuti umum hr ahad, ganti isnin, kan? So, kami cuti gak hr ahad tu.

Seronoklah Rose! Lagi seronok klau ija ada sekali dan kita boleh buat pra-reunion...

Apa2 pun, kita merancang. Nanti sembang lain, ok?

Tina Kassim said...

Salam Ani,

Kalau hari Ahad tu Ani memang cuti....kira dah baik sangat... harap kita Di izinkan olehNya untuk bertemu kembali setelah 28 tahun.... bestnya!

Tina Kassim said...

Salam Rose,

Nanti boleh inform keputusan perbincangan tu ya...