Wednesday, May 19, 2010

5 TIPS RAHSIA Jadi Kaya

5 TIPS RAHSIA Jadi Kaya

"Rasullullah SAW sentiasa menggalakkan umat Islam agar rajin berusaha dan menjadi golongan yang kuat dan kaya. Malangnya, golongan yang pro-Pakatan dan pro-Islam di Malaysia rata-ratanya terdiri dari golongan yang kurang berada. Sebahagian rakan-rakan mencadangkan penulis agar menulis sedikit artikel berhubung tips atau cara-cara menjadi kaya dan berkongsi pengalaman penulis yang memperolehi sekitar RM20,000 sebulan sedangkan umur penulis masih belum menjangkau 30. Di sini disertakan 5 tips: SEBELUM penulis menulis dengan lebih lanjut, penulis ingin menjelaskan bahawa menjadi kaya tidak sama dengan menjadi bahagia. Rahsia untuk mengetahui samada kita akan menjadi bahagia bila kaya kelak senang saja. Caranya ialah melihat samada kita bahagia dengan PROSES menjadi kaya tersebut. Sekiranya kita bahagia dan happy dengan kerja yang sedang kita buat, apabila menjadi kaya kelak, kita akan terus gembira. Bak kata orang putih, 'it is a process, not a destination' [ianya suatu proses, bukan suatu destinasi].

1. TIPS PERTAMA: AMALAN
Ada beberapa doa dan surah yang sentiasa penulis amalkan. Antaranya ialah mengamalkan membaca surah al-Wakiah dan surah al-Mulk setiap hari. Selain itu, penulis juga mengamalkan membaca Surah Ash-Shura ayat 49 dan surah al-talaq ayat 3. Ada yang panggil ayat seribu dinar.

2. BERNIAGA
SEBELUM penulis keluar negara, penulis ada pengalaman membuka kedai tefon bimbit, kedai buku, dan kedai runcit mini. Penulis mendapati bahawa perniagaan bukanlah suatu kerja yang mudah dan banyak halangannya. Meskipun begitu, berniaga adalah satu cara utama menjadi kaya malah hadis mengingatkan kita bahawa 9/10 dari rezki adalah melalui perniagaan. Nabi sendiri pun seorang peniaga. Antara tips penting dalam berniaga ialah teliti, sabar dan jangan tamak. DALAM dua tahun pertama, banyak masalah akan timbul dan adalah penting untuk tidak lemah semangat. Seeloknya sudah ada simpanan yang cukup untuk perbelajaan diri selama 4 bulan sebelum memulakan perniagaan. Orang Cina bila berniaga suka berniaga secara berjemaah. Jika pergi ke kawasan peniaga Cina, rata-rata mereka menjual alat dalam kategori yang sama di kawasan yang sama dan saling tolong-menolong. Ini berbeza dengan orang Melayu yang suka berniaga solo dan tidak saling bantu-membantu. Kalau kita melihat peniaga Cina, sekalipun dia MCA atau DAP, mereka tetap bekerjasama. Ini berbeza dengan peniaga UMNO dan ahli UMNO yang suka menindas peniagaan peniaga yang pro-PAS. Yang paling penting, bila berniaga, mesti ada perancangan. Menurut Felix Dennis dalam karyanya How to Get Rich?, ada 2 rahsia paling penting dalam menjadi kaya (dia sendiri memiliki lebih ratusan juta dollar). Yang pertama ialah Ownership dan yang kedua ialah Delegation (pandai lantik orang).


3. OWNERSHIP/PEMILIKAN
Anda tidak akan menjadi benar-benar kaya sekiranya anda kerja makan gaji atau kerja dengan orang. Bekerja sebagai peguam gajinya memang lebih tinggi tetapi konsepnya masih sama sekiranya anda hanya bekerja untuk bos. Anda akan menjadi takut hendak mengambil risiko.
Ini berbeza dengan orang Cina yang lebih berani mengambil risiko. Ini dapat dilihat dalam trend mengundi di mana penyokong UMNO tegar rata-ratanya terdiri dari kaum Melayu yang kurang berpendidikan khususnya makcik pakcik di Felda. Ownership atau pemilikan adalah penting kerana banyak sebab. Sekiranya anda berkongsi atau bekerja untuk orang, anda tidak dapat pergi jauh kerana anda perlu meminta izin dan berbincang setiap kali ingin membuat keputusan penting.

4. Delegasi
Anda susah hendak menjadi kaya sekiranya anda perlu membuat semua kerja. Anda perlu pandai delegasi. Banyakkan membaca agar lebih faham kaedah yang betul. Sebagai contoh, anda membuka perniagaan gerai air Soya di pasar malam dengan keuntungan bersih RM 900 sebulan. Sekiranya anda melantik pekerja yang berkebolehan dan membayarnya RM500 sebulan, anda mendapat untung RM400 sebulan tanpa bekerja. Sekiranya anda ada 6 cawangan atau enam gerai, anda sudah mendapat untung bersih RM 2400 sebulan tanpa bekerja. itulah contohnya.

5. Just Do It
Tips kelima ini merupakan tips yang paling susah. Semakin tua kita akan semakin banyak alasan. Sekiranya umur anda sudah melebihi 30 tahun, kemungkinan anda akan berhenti kerja dan menceburkan diri dalam perniagaan adalah kurang dari 10%. Banyak alasan yang boleh kita beri untuk menjustifikasi keengganan dan kegagalan kita menjadi kaya. Contoh lazim ialah:
1. Oh, aku memang dari keluarga susah. Kalau aku dari famili kaya tentu aku boleh jadi kaya
2. Aku bukannya taknak berniaga tapi aku bimbangkan isteri dan anak aku. Kalau aku single, tentu aku berniaga.
3. Aku single so aku nak kerja makan gaji untuk kumpul duit untuk kawin dulu.
4. Berniaga ni risiko besar, aku takut rugi.
5. Alah, duit bukan segalanya. Aku redha sekalipun aku tak berduit.
6. Aku zuhud sebenarnya. Sekalipun aku tak derma kat anak yatim dan golongan miskin, aku pergi masjid sesekali.

Pendek kata, banyaklah alasan kepada mereka yang mencari-cari alasan. Wassalam


Hanya ingin berkongsi ilmu yg dikongsi oleh teman sepejabat....

Ikhlas
~Boy~

7 comments:

zam said...

Wah wah satu lagi artikel yang mempunyai unsur motivasi dalam perniagaan... jadi kengkawan agak2 nya siapalah yang dah touch atau akan touch 1 million rm dahulu.. sudah tentunya orang yang berniaga... tapi siapa ya ???

sham said...

Salam,

Zam, semua orang ada impian untuk memperolehi satu juta yang pertama jadi tolonglah beli antivirus viper aku satu. Buatlah amal jariah, beri hadiah kat sekolah lama kita ke..

Apamacam dgn cadangan aku tu ok ke?

Boy pun bila nak jual antivirus viper aku.

Zam masukkanlah poster antivirus viper aku dlm blog kita ni, boleh ke?

Wasalam

siti rohani said...

Kengkawan..

Agak2nya ada cara tak utk cikgu (keje gomen) ni boleh jadi kaya? Cikgu nak berniaga apa ye?...

Budak Kem said...

Cikgu sesuai meniaga "Tusyen..." Sekarang ni dah ada company yang offer tusyen melalui internet.. untuk ibu bapa yg sibuk...ilmu cikgu yg banyak tu boleh dikongsi dengan student - student yang lain... Macam "Tusyen Online" .. so cikgu hanya manage je. tak perlu pergi mengajar..suruh cikgu yg junior pergi mengajar..

Lan Dollah said...

Sham,
aku cuma nak cari 1/2 juta jer, to quit my current job. Berapa komisyen utk satu antivirus tu? Kau bukak le satu kedai kat Puncak Alam, boleh aku koje ngan kau ... he...he...he

wassalam

Budak Kem said...
This comment has been removed by the author.
Budak Kem said...

Islam menggalakan umatnya mcari harta(kaya harta@wang ringgit) seperti kita akn hidup d dunia selama2nya,dlm masa yg sama mencari ilmu akhirat dan mengamalkannya seperti kita akn mati keesokannya.Cara paling mudah,panduan dr buku tulisan Kapten Azizi(Rahsia Menjadi Kaya)apapun sederhana dlm kehidupan sgt d tuntut islam..Ija