Tuesday, May 18, 2010

Sambutan Hari Guru

Salam untuk semua ,


Semalam 17 Mei telah diadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah saya. Tahun ini sambutan Hari Guru adalah yang ke - 39.


Sama seperti tahun - tahun lepas, ucapan selamat dari anak murid, bekas anak murid dan rakan guru, hadiah (tak banyak), jamuan makan yang istimewa (nasi minyak), persembahan pelajar telah diterima sempena Hari Guru 2010.


Dalam kebiasaan itu, terlintas juga istimewa dan mulia betul pekerjaan guru ini.


Tahun lepas sehari selepas sambutan Hari Guru ketika itu sedang memandu pulang dari SM Sains Kuala Selangor sambil mendengar Hot FM. Ketika itu ada slot untuk mengucapkan Selamat Hari Guru on air.


Ada satu panggilan dari seorang pemuda antara ucapannya pada seorang guru perempuan yang saya dah tak ingat namanya :


" Terima kasih atas tunjuk ajar dan doa cikgu. Cikgu tak pernah putus asa terhadap saya. Walaupun saya nakal tak ikut cakap cikgu sampai cikgu menangis kerana saya.

Cikgu masih memberi harapan kepada saya. Selamat Hari Guru, Cikgu.


Cikgu sekarang saya dah berjaya seperti harapan yang cikgu beri pada saya. Saya
bekerja dengan National Geographic di Australia"


Sejak mengajar di Sungai Besar ni, saya ada ramai anak murid seperti pemuda itu..... Perasaan putus asa selalu sahaja menghantui saya kerana tidak berjaya mengawal mereka ketika sedang mengajar...... Tapi sejak hari itu kekuatan untuk terus mengajar sangat tinggi.....


Antara isi kandungan kad ucapan Hari Guru yang saya terima semalam dari seorang anak murid lelaki ..... katanya dia akan sentiasa mendoakan kesejahteraan saya untuk meneruskan perjuangan dalam kerjaya ini.....


Selamat Hari Guru untuk semua..... walaupun bukan kerjanya cikgu tapi kita juga guru bagi anak-anak & anak-anak sedara kita.


Wassalam.
Cikgu Roshilah @ Tina Kassim
@ SMK Sungai Besar, Selangor

6 comments:

Budak Kem said...

Salam..

Ucapan tahniah kepada ketekunan Tina dalam membantu mencorak anak bangsa...Semoga usaha ini akan mendapat keberkatan daripada ALLAH swt..Amin

ikhlas
-boy-

zam said...

Tina ,

Kalau Zam periksa artikel ni..mmm zam bagi A+. Tulisan ni benar megimbau kisah silam..

siti rohani said...

Assalamualaikum semua!

Sehari dua ni dok dengar kisah2 guru. Ada ustazah ceramah ttg hormat guru walaupun dia hanya ajar kita kenal 1 huruf. Tugas guru sama mcm doktor. Kena sabar dgn penyakit pesakit. Dari segi ganjaran pula guru mcm ibubapa yg tak harapkan ganjaran dari pengorbanannya thp anak2nya.

Yg penting, doa guru mcm doa seorg ibu.. Kekadang terfikir dgn masalah sosial remaja sekarg, apakah yg guru atau ibu dah doakan utk mereka?

Wallahu'alam..

sham said...

Salam,

Rasanya tak terlambat lagi untuk mengucapkan selamat hari guru buat semua yang bergelar cikgu. Maaf le agak sibuk...

Teringat masa buat persembahan hari guru nyanyi lagu selamat hari guru, (" Selamat hari guru.. tra..lalala..lalalalalala 2X")

Keikhlasan guru amat disanjung dan di harapkan, setuju dengan SR.
Walaubagaimanapun permasalahan sosial pelajar masa kini kita tdk boleh meletakan kesalahan itu di tanggung oleh guru tetapi ianya adalah tanggungjawab semua terutama pemerintah.

Wasalam

Zam said...

Salam,

Sham, alamak pemerintah.. ye ke !!! Tapi aku rasa lebih kepada kita sebagai ibu bapa... tapi guru tetap memainkan peranan dan terpulang kepada keikhlasan setiap individu.. dalam setandan pisang ada juga busuknya 1 dua ulas. Anyway..cikgu yang paling aku ingat ialah 1) Arwah bapa dak lan, Hj Abdullah.. sebab .... mmm banyak sebab.. 2) Cikgu Wan... sebab dia mendidik, menegur dan menasihati aku bukan hanya disekolah tapi di rumah juga.. maklumlah rumah sebelah sebelah..

Adios

Tina Kassim said...

Salam Sham,

Sekarang ni dah ada Lagu Khas untuk cikgu.... tajuknya Lagu Guru Malaysia.

Sejak jadi cikgu, setiap kali sambutan hari guru di sekolah, kami kena nyanyi lagu ni macam koir. Semua anak murid akan dengar...

Wassalam