Monday, May 31, 2010

2nd Re-union X-SKKGKian 1969, LUMUT, 29-30 May 2010 Update 3

Salam silaturahim..... alhamdulillah...kengkawan yang hadir di Lumut semuanya selamat sampai ke rumah masing-masing dan yang paling akhir sekali sampai ialah Teacher Ani dan keluarga. Pihak urusetia ingin mengucapkan terima kasih kepada yang hadir seperti yang dilihat diblog ini iaitu Update 1. Kita akan cuba uploadkan gambar2 sekitar reunion dan aktiviti2 yang dijalankan secepat mungkin. Kepada Nik Aziz, terima kasih tidak terhingga kerana sudi untuk mengimamkan sembahyang maghrib , bacaan surah yasin dan tahlil dan seterusnya mengimamkan sembahyang isyak. Untuk Sham, terimakasih di atas surah yasin yang diberi kepada setiap ahli keluarga. Harap dapat kita manfaatkannya sebaik mungkin. Seterusnya sessi suai kenal yang diketuai oleh Ketua Murid, Zam. Suai kenal ini lebih kepada update yang terkini dari keluarga masing2. Diikuti oleh Boy , Sham, Lan B, Tina, Ani (Penolong Ketua Murid) dan Ros. Setelah itu, ada kejutan untuk Tina sempena Sambutan Ulang tahun perkahwinannya yang ke 13. Ada kek untuk mereka sekeluarga yang kemudiannya dikongsi bersama-sama. Semoga rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Seterusnya Husband Rossiah , Hamid dikejutkan dengan kek birthday. Seperti biasa kek itu kemudian dikongsi bersama dengan ahli keluarga yang lain. Sebelum tu, Zam memberi buah tangan hasil usaha isterinya, Hanisah iaitu Muffin. Kesemua enam keluarga menerima pek muffin dari BM. Akhirnya , acara teka gula-gula menjadi aktiviti kekeluargaan yang terakhir. Kesemua keluarga mempunyai peluang untuk meneka gula-gula yang diisi di dalam balang. Hadiahnya agak lumayan iaitu sebuah handphone. Akhirnya, setelah dihitung oleh para2 juri dan disemak oleh juruaudit2 yang bertauliah pemenangnya jatuh kepada........A'liah Nursyazwanie anak dak Zam. Dia meneka dengan hampir tepat dari jumlah sebenar. Setelah itu majlis pun bersurai .


Tempat untuk bersembahyang dan tahlil
Sham dan Boy.. sedang menanti kengkawan yang lain
Inilah tempatnya.. atas tu ada banner reunion.

Posted by Picasa

1 comment:

Budak Kem said...

Boy dan Sham sabar menunggu kwn2..sabar itu separuh dr iman.


Ija.