Wednesday, July 14, 2010

Siti Rohani Menulis......


Assalamualaikum semua!
Sibuk ke? Kesian kat Tuan Moderator.. Bila la kengkawan nak sumbang artikel kat blog kita. So, Ani ingat kita tinggalkan sekejap cerita hantu stokin tu. Mari kita bagi 'rohani' kita makan sikit.
Dalam sibuk sedar atau tak, sekarang dah masuk bulan Syaaban. InsyaAllah 11 Ogos kita puasa Ramadhan. Rejab sempat posa dak? Ani pun sebab posa ganti.. Para suami, tanya2lah isteri dah habis ganti ke belum. Kalau dah selesai boleh posa sunat ajak isteri (dan anak2 sekali). Para isteri amat berbesar hati kalau para suami sanggup temankan depa posa. Tapi, jgn buat tak larat sepanjang hari pulak!
Semoga ilmu yg sedikit ini dapat kita amalkan dan sampaikan. Wallahu'alam.

========================================================

KELEBIHAN BULAN REJAB, SYAABAN & RAMADHAN

  1. Sabda nabi s.a.w. : Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

  1. Tiap sehari puasa pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan ini seperti ibadat seribu haji dan umrah. Dibina seribu mahligai, seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali, kerana keistimewaan bulan Rejab, bulan Allah.

  1. Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yg amat banyak, dan puasa yg lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.

  1. Bulan Syaaban – Keagungan malamnya dengan malam Nisfu Syaaban sepertimana keagungan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w. lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yg dibukakan Allah padanya 300 rahmat dan diampunkan Allah sekelian org yg tiada menyengutukan (syirik) denganNya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa. (Malam Nisfu Syaaban yg kita baca yaasin 3x tu..)

  1. Bersabda Nabi s.a.w. : bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan. Pada awal malam bulan Ramadhan bertiup angin di bawah ‘arasy dan bergeraklah daun kayu dengan lemah longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun kayu, hembusan sang bayu syurga yg teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani, maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah org yg hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? Jawab Malik Ridhwan, hai bidadari yg cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, lalu Allah berfirman : hai Ridhwan, bukalah pintu syurga Babuljannah utk org2 yg berpuasa daripada umat Muhammad ‘Alaihissalam. Hai Malik Zabaniah, tutuplah pintu neraka Al-Jahim drp umat Muhammad ‘Alaihissalam. Hai Jibril, belenggukan syaitan, lontarkannya kedlm lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap2 malam Ramadhan 3 kali: Adakah org yg meminta ampun? Akan Aku ampunkannya!


Note : Terimakasih Anie, harap janganlah berhenti sampai di sini sahaja, teruskanlah usaha anda untuk menulis sambil berdakwah... kita tunggu posting si Fendi pulak..

Moderator

12 comments:

Tina Kassim said...

Salam Ani,

Terima kasih banyak atas perkongsian ilmu....

Untuk kengkawan.... semoga dapat menjadi panduan kita bersama...

Wassalam

Fendi said...

Salam Cikgu Aniii,

Haa..selonok tengok Cik Ani & kenkawan kiter sekarang..sbb setiap perbuatan adenye unsur ingatan utk dunia & akhirat..barulah seimbang,,kan kan kan..

..Betol tu Ani, la nih musim org ganti posa sbb x lama lg ramadhan dtg...isteri saya dah abis ganti posa dahhh..kekadang saya nyibok kacau isteri dok bukak posa sama2.. bg morale support...tp isteri aku kalo bukak posa ikan masin mesti x tinggal punyerr..hmmm ..heran lg ajaib nihh..

..Zammm, ko dah ganti ke belom posa ko tahun lepasss..???

zam said...

Teacher Anie,

terimakasih atas ingatan anda... aku dah ganti dah... oopsss mana ada... tak uzur pun... pandailah ko ni fendi..

Nampaknya 8 ogos dah start puasa.... mmm cepat sungguh masa berlalu.... anyway kepada kengkawan semua selamat mengganti puasa,,,,......

siti rohani said...

Assalamualaikum..

Bab posa ni, bila kita bergaul dgn org yg macam2 perangainya dlm dunia ni, ada isteri2 yg bercerita ttg suami yg tak puasa! Kadang2 tak sangka sbb kita hanya dikelilingi orang2 yg "sami'na wa ata'na".

So, sama2lah kita doakan sedara mara dan keturunan kita jadi hamba Allah yg taat. Aamin.

Fendi said...

Salam..

Ani, nak tanya sikittt...dulu Ani belajar kat USM Penang kan..?? kenal tak Norizah Supar School Tech Industry...tahun yang sama dgn Ani..dia duduk kat Desa Damai..cuba recall memory U sikit..

Ani, ape ke makner nye `Sami wa ta na' tuu..?? nak gak tau...

zam said...

Fendi,

amboi girlfriend lama ka... mailah sini..

we listen and we obey... tapi ustazah ani tolonglah huraikan... takut salahlak...

Fendi said...

Salam..

mana p Cikgu Ani nihh..penat tunggu jwban nihh...mungkin tengah sidai baju kat rmh kott..

siti rohani said...

Assalamualaikum!

Sorilah Fendi.. bukan setakat sidai kain.. weekends masa utk basuh & sidai 2@3 trip kain baju, gosok baju, balik rumah mak, balik rumah mertua dan bnyk lg! Kalau dok ngadap laptop & senyum lama2, abg aziz akan sound.. "Ani darling, wshing machine dah on..?Buku rekod mengajar dah siap..?" So, masa nak comment terhad. Sabaq la no..

Tu la Fendi, kengkawan mintak gambar kawin dok bagi alasan jer.. utk pengetahuan kawan2 norizah supar ni soulmate Fendi (kan, Fendi?) Ani dah jawab soalan ni dulu.. Namanya familiar tapi Ani tak ingat rupanya. Kalau jumpa mungkin ingat balik. Ani dok desa cahaya tapi kami sekali masa kat desa gemilang (matrik). Roommate Ani (junior) satu course ngan norizah. Even husband Ani (senior 3 thn) pun pusat pengajian yg sama - food tech. Norizah pengkhususan apa? Dia kenal Ani tak? Next time reunion, bawak2lah wife(s) sekali.

Betullah makna zam bagi tu. Bukan atuk Fendi selalu pesan guna ayat tu ka? Yg bertanya sbnarnya lebih arif...

Wallahu'alam.

Fendi said...

Salam Ani,

wife saya kata dia kursus Instrument & Quality Control...dia dah x brp ingat Ani katanya...x per Ani, mlm ni saya paksa dia suruh ingat betol2..kalo x ingat jgn tidor saya kata kat dia..org pompuan ni kadang2 nak kene ragging sikit...kalo tak ashik luper jer sbb byk sgt makan asam boi kottt..

zam said...

Fendi,

Kitorang dah sediakan ruang untuk ko ...
Inilah Harinya Edisi... Affendi dan Norizah Supar....
Part 1...
Inilah Harinya Edisi... Affendi dan xxx....
Part 2...
Tapi gambonya mana ye.....

Bro jangan marah ye.. atuk aku kata kalau cepat marah nanti rambut ko tumbuh uban banyak.... he he

Fendi said...

Salam...

uban ni pantang d tegurrr...berduyun duyun dia dtg bwk kenkawan dia..kalo x caya tanya dak Lannn..

Zammm..x yah lah ko sediakan ruang tuu..gambar kawin x der kat sini lahh..ade kat kampong dlm almari..kalo gambar biasa adelahh..buleh takk...??

Ija said...

A'kom Ani,trima ksih sudi berkongsi pengetahuan.