Thursday, January 21, 2010

Boat Troup .....!!

Salam...

Masih ingat ke lagi tempat ini? tempat ini dinam kan "Boat Troup".. Di sini lah tempat kita selalu pergi mandi tepi pantai, memancing dan selalunya Pesta Laut semasa "Hari Jadi Kor"..

Lihatlah, keadaan batu tempat kita memancing Ikan Gelama tu...dah tinggal kecil je.. Kat Tepi tu juga lah Kedai atau Warung Makan Mak Si Faisal.. Dah tak da apa-apa dah sekarang ini?





So, tengok-tengoklah tempat korang suka melepak ni.. Hanya tinggal kenangan..

Sekian terima kasih

Khas untuk tatapan semua..

~Boy~

8 comments:

MyFamily said...

boy,

kau ni memang baguihlah.. habis ceruk rantau kau jelajah.. yang aku ingat dulu pergi sembahyang jumaat lalu kot pantai tulah... mm masjid tanah merah..

-zam-

Budak Kem said...

Salam

Boat Troup nikan dulu satu kawasan penuh dengan boat yang warna hijau gelap. Kawasan ni dulu kawasan larangan juga tak boleh suka-suka nak main kat situ.

Belakangnya ada swimming pool.

Kalau tak silap kalau nak pergi pantai kita akan lalu tepi kawasan ni.

Betul boy, semuanya dah tinggal kenangan dan semoga menjadi inspirasi baru bagi kita budak kem, anak-anak bekas komando.

Arwah Abah Tina skuad 14. Kassim bin Ahmad 14511.

Tina Kassim

Budak Kem said...

Tina,

Arwah Bapa Boy 21 Komando.. No tentera 421327

Masih ingat lagi nombor badannya..

Segar dalam ingatan..

-Boy-

Budak Kem said...

Boy,

Skuad ni macam batch intake masuk komando ...(sebelum tu arwah askar melayu) kalau tak silap dua nombor yang pertama.

Macam arwah abah Tina 14511 jadi dia skuad 14 dan dia juga 22 Komando sebelum tu 2 RGK

Nombor badan tak pernah dengar. Apa?

Samalah segar diingatan....

Lagi satu boat troup ni tempat PLPK (kalau tak silap) satu bahagian komando yang pakar bahagian laut... air.. kalau tak silap lah..

Tina Kassim

Budak Kem said...

Nombor badan tu maksuknya no tentera dia orang lah....

Dulu yang ingat no tu sebabnya .. nak pinjam buku dekat khutub-kana( Library).. pak cik saidina tu mesti tanya no tentera bapa...

Mesti ingatkan library kat kem tu lagi..

MyFamily said...

ayah aku ibrahim baba 600385 no badan...
regimen 21

skuad Y - Yankee
motto- membunuh dan terus membunuh

1980 - gerakan kat grik... dapat tembak komunis tapi balek kena bobby trap.. kudung kaki...

last2 jual yang tau fu.. tapi sekarang dah bersara.. berkebun aje.

-zam-

Anonymous said...

BEST LER BACA KISAH KAU ORANG NI, JELESNYER AKU ... SIAP ADA NO. BADAN LAGI. AKU ADA NO. KAKI TANGAN, S11697 ... HE...HE...HE

-LAN DOLLAH-

de faisal said...

Salam semua,

No badan arwah ayah aku 300927....PLPK bot ROTARK tu ayah aku yang jadi "Project Manager"..
Terkenang aku ketika berniaga di tepi pantai tu..macam2 berlaku.
Disitulah aku menolong ibu bapa berniaga, menternak kambing dan memancing. Wow hebat aku tika masa dulu..Anak kemando kan semua boleh buat. Sampai sekarang darah meniaga tu ada dalam diri aku. Cuma masih belum ada peluang nak jalankan.
Okey kekawan..Wassalam.

faisal(7-E)