Monday, January 18, 2010

Coretan Dr New Zealand

Ini kali ke 2,ija dan suami ke N.Z,negara yg kaya dgn galeri seni,museum,gunung berapi yg masih aktif,d kelilingi oleh pulau2 dan tasik2 yg terbentuk dr letusan gunung berapi sejak 700 thn yg lalu.Pribuminya ialah org2 Maori terkenal dgn pelbagai budaya,tarian dan hasil kerja tgn yg unik.Kami ke Waitomo Glowworm Caves terletak 2jam ke utara Auckland(AKL)sebuah gua batu kapur bwh tanah,menyusuri sungai yg terdpt d dlm gua dgn menaiki sampan dpt melihat kelipan2 cahaya yg terbentuk dr batu kapur,ia terjadi dr titisan2 air yg meresap ke dlm gua,gua yg gelap menjadi terang,dlm perjlnan ke Rotorua,dpt melihat gunung Hamilton dan Gunung Eden serta pemandangannya yg indah sepanjang perjalanan,diri ini kerdil melihat keajaiban ciptaan Allah swt dan mulut tak berhenti menyebut subhanallah...Rotorua mempunyai 14 buah tasik air masin terhasil dr letusan gunung berapi,pelbagai aktiviti d lakukan sprt berenang,menangkap ikan,kayak,menaiki bot atau berjln kaki d sekitar Okareka Walkway,kami juga melihat persembahan tarian dan kraftgn oleh org2 Maori.Kami juga ke Rainbow Springs Nature Park melihat sejarah hutan semulajadi yg d jaga dgn baik khazanah hutan2 ini,menjadi tpt habitat binatang spt burung kiwi dan pokok yg berusia lebih 1000 thn,sayup mata memandang,suspen juga kalau pokok ni tumbang,jadi selepas ambil gmbar sebelah pokok,ija cepat2 blah!Kami juga ke Museum AKL dan Victoria Market tpt jualan hasil kraftgn NZ.Kami menaiki cruise ke Pulau Rangitoto dan Pulau Waiheke,dr terminal ferri perjlnan lebih krg sejam.Pulau yg terbentuk dr letusan gunung berapi meninggalkan larva serta batu2 gunung berapi yg hampir 700 thn usianya.D sini pelancong d benarkan turun ke tepian pantai menyentuh air lautan Pasifik yg sgt sejuk.Seterusnya ke ldg Agrodome,ldg ternakan kmbing biri2 dan haiwan ternakan lain spti brg unta,ilama,lembu dan lain2 bebas memkn rumput yg luas terbentang seluas 160 hektar,d sini d tunjukan cara2 mengetam bulu biri2 yg mengambil
masa hanya 2 stgh minit saja!dr mula bulu d perolehi sehingga proses membuat kain/baju d tunjukan,proses ini sgt rumit sebab tu brg2 yg d buat dr bulu biri2 sgt mahal.Dr Agrodome kami ke Toupo,melihat tasik air masin yg terbesar d NZ.Akhir sekali kami ke Te Puia melihat pohutu geyser,lumpur panas yg membuak keluar dr bumi setinggi 8 m bersama wap2 panas.Setakat ini saja yg dpt ija berkongsi cerita dgn Zam dan kwn2.Berjumpa lagi d blog pd masa yg lain.insyallah..

8 comments:

Budak Kem said...

Salam,

Mendengar cerita pun dah seronok..belum pergi lagi..kalau pergi tak tahulah..macam mana pun seronoknya...

Boy

Budak Kem said...

kalau ada gambar lagi menarik.

lan bongek

Budak Kem said...

kalau ada gambar lagi menarik.

lan bongek

Budak Kem said...

kalau ada gambar lagi menarik.

lan bongek

Anonymous said...

kalau ada gambar LAN bongek , lagi menarik ... he...he...he...

Berapa kali gambau lerr ....

-lan dollah-

MyFamily said...

ija,
thanks for sharing.. macam nilah best... maklumlah aku ni tak pernah ke oversea kecuali ke singapore.. best sekali coretan ija.. hai..tak taulah bila ada rezeki nak tengok negara orang..
tapi macam lan bongek kata kalau ada gambar lagi best 5x..
lan dol,
kau apa kurangnya.. kan dah pergi ke timur tengah buatlah coretan sikit..
aku ni boleh cerita kalau gi melaka aje.. tengok a farmosa.. naik bukit .. ambil gambar..gi muzium.. pas tu dah lapar cari lah AZA YONG TAU FU...pekena sekali rasa nak lagi..he he he

zam

Budak Kem said...

Salam untuk Ija & Ehsan,

Bertuah betul Ija dan suami dapat melancong ke negara orang sambil dapat menginsafi diri tentang kebesaran Allah.

Bagi Tina lebih suka tengok dokumentari tentang tempat-tempat ni melalui TV sebab taklah penat berjalan.... hairannya dari dulu memang tak pernah ada cita-cita nak pergi melancong ke luar negara.

Hari tu Tinakan dah bagi tahu yang Tina tak pernah naik kapal terbang..... hanya satu doa aje first time naik kapal terbang nanti...Tina nak pergi kerjakan haji...Insya Alllah.

Macamana weekend ni, Ija ada kat Labu ke? Tina jadi pergi Enstek.
Kalau ada bagi tahu k!

Tina Kassim

Budak Kem said...

Ija tahu la semlm arijadi Lan,tu yg tershashul pasal gambar yo!gelihati ada member buat lawak spontan mcm ni kan.Zam nak tipu le tu,Singapore tu oversea jgk kan,tak apa tak lama lgi kwn2 smua berjangkit dgn ija,dpt pegi oversea.Ija pun sama dulu tak penah terlintas nak naik kplterbang tpi kuasa tuhan menentukan segalanya.Ija ada sms Tina ptg tdi,kalau stanby tak call up,kita jumpa ye.Insyallah