Tuesday, November 10, 2009

MASA YG BERKUALITI..WALAUPUN SINGKAT

Salam..

Aku pasti, yakin dan percaya.....

Kita semua sibuk dengan kerja2, tugas2 dan rutin2 harian. Seperti korang pun aku lebih kurang sama je mengalami keadaan yang sama. Rasanya tak pernah cukup dengan masa yang ALLAH berikan..

Tanpa kita sedari, kita mempunyai satu perkara yang sama iaatu 86400 Saat/Sehari untuk dimanfaatkan.. dengan masa ini lah kita bahagikan untuk pergi kerja, jumpa kawan, makan, mandi, tidor, sidai baju, angkat baju, pandu kereta, meeting, citcat dengan member, mengular, tengok tv, dengar radio, baring kejap dan lain-lain termasuklah terutamanya "SEMBAHAYANG"..

Hari ini , aku terpanggil mencerita kisah ini kerana aku tersentuh dengan rintihan anak aku yang meminta untuk di manja malam tadi... Yaya diserang deman dan mengalami batuk yang agak teruk..sehinggakan dia susah nak tidor..dan terganggulah juga tidur aku sebabkan batuknya yang kuat bunyinya.... setelah ibunya memberi kan ubat, merenget-renget dia nak tidor bersama aku...tahu jelah apabila dia batuk kembali kerana kerongkongnya gatal maka dia termuntah diatas katil.. habis semua bantal dan cadar penuh dengan makanan dan ubat yang baru ditelan terkeluar... mestilah baunya kurang menyenangkan... Jenuhlah aku kena bangun, tukar cadar dan sarung bantal untuk tidur semula... selepas itu aku menepuknya sehingga lah dia terlelap ... sebelum aku terlelap sama... Itulah pagi tadi kesiangan sikit ... semasa As call aku baru je keluar rumah nak ke ofis......

Kesimpulan aku merasa mungkin masa yang aku peruntukkan untuk nya agak kurang dan tidak mencukupi..itulah sebabnya dia mahu dimanjakan.. Kadang kala kita terlepas pandang perkara yang seremeh ini dan tidak mengambil langkah untuk mengawalnya... Aku mengaku bahawa, masa aku banyak habis dengan tugasan-tugasan lain.. Oleh sebab itu, aku ingin mengingatkan diri aku dan kawan-kawan lain supaya dapat membahagikan masa yang sebaiknya untuk segala perkara yang kita lakukan.. insyallah dengan cara ini nanti, kita tidak akan terlepas masa dan pengalaman dalam membesarkan anak-anak kita...
Macam cerita kita masa sekolah skkgk dululah...

PS : SAMALAH JUGA UNTUK KENGKAWAN, PERUNTUKKANLAH SEDIKIT MASA ANDA UNTUK KENGKAWAN, SEBAB KITA TAK TAHU BERAPA LAMA KITA AKAN BERADA DISINI LAGI....... FIKIR-FIKIRKANLAH....

Ihklas - Boy

No comments: