Saturday, November 21, 2009

TADIKAN!!!...TINA & ZARINA BERJUMPA ( 21 DIS 09)

Salam..

Seronok dan tumpang gembira mendengar...

Baru kejap (8.32 malam) tadi aku mendapat telepon dari Zarina yang mahukan aku meneka siapa yang berada disebelahnya...Dia kata "Tina" datang melawat aku di Labulah".. terkejut aku..

Tak sangka ya!! Dah 28 tahun tak jumpa.. akhirnya bertemu juga mereka .. semoga dengan perjumpaan ini akan mengeratkan lagi silaturahim antara mereka dan kita semua .. insyallah..

Zarina bagi tahu aku tadi dia sampai berdebar-bedar apabila nak jumpa Tina..maklumlah dah lama sangat tak tahu khabar berita?.. Rasa macam tak percaya pun ada..tapi alhamdullilah dengan kehendaknya mereka dapat bersua muka dan bertanya khabar.. mesti panjang lah cerita tu....

Dia orang siap tengok gambar-gambar lama lagi... ada gambar aku, zam, az, man panjang, nizam, taufik dan ramai lagi...ketawa habislah tu...

Aku tak sabar - sabar nak tengok gambar aku masa muda-muda...mesti kelakar punya ..kah..kah..kah... ( nanti sapa yang ada gambar-gambar lama bolehlah bawa masa reunion nanti)

Tak palah sekiranya dia orang bagi kat aku nanti bolehlah aku share kepada semua.....

Semoga dengan perjumpaan ni akan terjadilah perjumpaan Reunion kedua dan seterusnya membawa bertemunya kawan-kawan kita yang lain pulak..... insyallah..

Sehingga bertemu lagi...

OK.. wassalam...

-Boy-

3 comments:

Budak Kem said...

Salam semua. Sebenarnya pertemuan tu tak dirancang. Tina pergi rumah abang Zul di Bandar Enstek untuk hantar mak. Jadi rumah abang ni memang dekat dengan rumah Ija (ni panggilan dia dulu. Bila dia tahu Tina ada di Enstek, dia dan suami datang dan kemudian pergi melawat mak dia dan pakcik Baharom. Rasa bersyukur dapat jumpa dia. Banyak cerita dan rahsia-rahsia dulu yang dapat tahu. Apapun Tina rasa gembira tengok kawan kita ni bahgia disamping suaminya. Wassalam

Tina Kassim

Budak Kem said...

A'km kwn2 semua,21hb nov(correction boy!)tak sangka dpt jmpa tina dgn anak2 dia yg comel,tina masih maintain walaupun anak dah 4,dpt jumpa mak tina,sedih bila tahu adik tina,harry sudah lama kembali ke rahmatullah,semuga rohnya d cucuri rahmat.al fatihah.insyallah dlm masa terdekat dpt berjumpa kwn2 yg lain.raya haji 3 hari lagi jadi saya&suami ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha.maaf zahir&batin.wasalam.

Anonymous said...

Salam,

Wah seronok sangat nampak...tapi tak pe.. memang itulah yang kita harapkan agar silaturrahim anak komando berpanjangan. Kalau tak caya cuba tak tengok bapak kita bagaimana diorang punya esprit decorp... fuh hebat.. takkan anak komando hilang di dunia... okay tak sabar nak tunggu re-union ke-2...
Boy... camno ye reunion tu..

Untuk Tina dan Ina.. panjang2 kanlah salam untuk kengkawan yang lain contohnya seperti suzana, rohaya...dll

Untuk Landol,

Tahniah anak ikut jejak bapak.. dan ketika tulah dapat kita rasakan bagaimana mak bapak kita dulu menunggu result penilaian darjah 5 tu.... masuk sdar kot!!

-zam-