Wednesday, November 4, 2009

TAN CHONG BENG DALAM KENANGAN....

Salam..

Sibuk benar beberapa hari yang lalu... maklumlah dah hujung -hujung tahun ni.. masa nak kena buat appraisal... kenalah tunjuk rajin-rajin sikit...

hari tu aku dah berjanji nak ceritakan asal-usul nama kawan kita ni.. Kalau ingatan aku masih berkesan..Peristiwa ini berlaku semasa mata pelajaran Bahasa Malaysia.. Cikgunya ialah Cikgu Wan..

Satu hari tu kita di suruh buat surat rasmi.... berkenaan apa aku tak ingat dah... jadi dalam buku teks tu adalah satu rujukan untuk kita mengetahui bagaimana nak buat surat tu... Cikgu Wan mahukan semua murid-murid hantar kan kerja rumah ni pada hari esoknya...

Esoknya, buku tulisan pun semuanya dikutip untuk dihantar kepada Cikgu Wan.. Apabila sampai waktu cikgu wan mengajar.. Cikgu Wan pun membaca lah satu , dua buku yang telah diperiksa..

Apabila sampai kepada satu buku tu..Surat yang ditulis bukan nama kawan kita ni dia..tetapi , dia mengikut nama yang diguna sebiji serupa didalam buku teks kita tu... Jadi Cikgu Wan pun membacalah surat rasmi dia tu dan disebutlah nama penulis surat... Sambil tersenyum dan ketawa Cikgu Wan Memanggil "Zakry" untuk mengambil bukunya..
Oleh kerana peristiwa tersebutlah..nama "Tan Chong Beng" terkenal..sehinggakan kita semua memanggil dan mengelarkan dia Tan Chong Beng... Hangpa masih ingat ke Mat Kedah ni... Di manalah dia sekarang?... Aku juga masih ingat dia ni, di "Tempeleng" oleh Cikgu Moktar kerana tepuk tangan dan ketawa dalam kelas .... dengan tak semena-mena je terus ...Panggggg ......tak tahu lah apa angin Cikgu Mohtar ketika itu...( Man Panjang Mesti ingat peristiwa ni).. Lepas tu Kelas Darjah 6 , terus senyap dan sunyi macam dilanggar garuda....takut gila
Begitulah garangnya Arwah Cikgu Mohktar ni...

Walau bagaimana pun untuk Zakry, kami semua mendoakan semoga hang panjang umur dimurahkan rezeki dan insyallah kita akan bersua satu hari nanti... berapalah anak hang?

Salam Ihklas,
~Boy~

Ps: Pandai Mamat ni ..tak salah aku dia dapat 3A 2B dapat masuk Sekolah Berasrama Agama Sultan Mahmud .. kalau aku tak silaplah

No comments: