Monday, January 4, 2010

SEKOLAH BERMULA LAGI.....

Salam...

Sahabat semoga anda semua didalam keadaan sihat walafiat .. bagaimana dengan hari pertama persekolahan .. mesti sibukkan... macam-macam nak diselesaikan.. mana nak bayar yuran, nak cari van dan bas sekolah dan berbagai bagai lagi...

Alhamdullilah..semuanya dah selesaikan... semoga anak-anak kita tu jadilah orang yang berilmu dan berguna nanti..

Cerita yang ingin aku kongsi...
Aiman anak aku...hari masuk tingkatan satu...sebabkan result tak berapa bagus(macam juga bapa dia dulu)..jadi masuk sekolah biasa jelah... Bila pendaftaran hari ini..rupanya ramai lagi murid-murid yang mendapat keputusan yang baik tetapi tak dapat masuk ke sekolah berasrama... jadi sekolah tu terpaksa mengadakan sekolah petang untuk murid tingkatan 1 & 2 bagi menampung murid yang ramai ..

Oleh kerana ramainya murid - murid sampai terpaksa pihak sekolah menyediakan kelas dari A sampai F... jadi faham-faham sajalah keputusan Aiman anak aku ini cukup makan je..maka dia hanya ditempatkan di kelas E ( sekali lagi macam bapa dia juga cukup makan je)....

Walau macam mana pun .. aku dan kawan -kawan lain teringin juga nak mendengar cerita anak-anak korang ... macam SR tak palah ..anak sulung dah habis SPM..tunggu result keluar so bolehlah releks sikit... kita ini masih berderet-deret lagi.... tak pa lah biar perlahan asal kan selamat...

Tak lupa juga sahabat -sahabat kita yang mengajar... Cikgu Tina, Cikgu Huzaini dan Cikgu Siti... Mesti banyak pengalaman yg boleh dikongsikan ...

Sekian ...

Ikhlas
~Boy~

5 comments:

Budak Kem said...

Salam untuk kawan semua.

First day school?
Sebagai ibu atau cikgu?

Kalau sebagai ibu tak lah teruk sangat sebab suami ambil cuti untuk uruskan anak - Aisyah di Pra Sekolah JAIS. Dia ok aje sebab tahun ni dah tahun ketiga dia di tadika. Abang dan kakak dia dah boleh uruskan diri sendiri.

Sebagai guru, memang menarik sebab ramai pelajar pakai uniform dan kasut baru, beg baru dll yang baru.

Suka lihat pelajar form 3 masih fresh (form 1 & 2 sek petang)di sesi sekolah pagi. Pelajar form 3 paling muda di sesi sekolah pagi.

Macam biasa sebagai guru tingkatan (5S4)kena buat pengurusan kelas. Dan kelas yang lain masuk kelas untuk sesi pembelajaran.

Tapi sekolah memang sibuk terutamanya tahun ni ada ramai pelajar baru bertukar masuk ke sekolah ni...

Sama juga macam sekolah lain menengah atau rendah, semua guru memang sibuk.... semua lenguh kaki sebab dah lama bercuti. Namun semua ada misi & visi sekolah yang nak dicapai untuk tahun ni ...

Semoga semua anak-anak kita akan berjaya pada sesi persekolahan 2010 ni... dunia dan akhirat.

Tina Kassim

Budak Kem said...

Salam untuk Boy,

Walaupun Aiman berada di 1E, kena bangga kerana sekurang-kurangnya dia tak berada di 1F.

Disekolah saya ada tingkatan 1 ada sampai 13 kelas. Ramai sungguh anak-anak kelahiran tahun 1987..

Namun begitu, sebagai bapa perlu yakin bahawa pencapaian di sekolah rendah tak sama dengan pencapaian anak di sekolah menengah.

Perlu beri galakan untuk dia berusaha kerana perubahan keputusan cemerlang boleh berlaku selari dengan perkembangan minda anak. Tapi perlu diasah.... barulah boleh tajam.. nanti result PMR akan cemerlang.

Semoga berjaya..

Tina Kassim

Zulhamri said...

Kepada Cikgu Tina,

Terima kasih atas semangat dan dorongan.. insyallah akan di jadikan sebagai satu panduan dan pemantauan untuk perkembangan Aiman..

Insyallah .. di iring dengan doa dan juga harapan..moga-moga allah menolong dan mempermudahkan kefahamannya nanti...

Terima kasih
~Boy~

Anonymous said...

Cikgu Tina,

Terimakasih atas nasihat dan pandangan anda. Beruntung rasa ada kengkawan yang jadi cikgu demi memertabatkan anak bangsa.

Teruskan... bila lapang tu silalah menulis.. nanti cikgu zam bagi markah kay...

adios

zam

Budak Kem said...

Salam,

Nak buat pembetulan sikit dalam comment saya semalam.
Tahun ni, pelajar tingkatan 1 lahir pada tahun 1997 bukan 1987.

Tina Kassim