Thursday, June 17, 2010

A Gift From Urusetia

Kengkawan sekelian, pihak urusetia Lumut ingin memberitahu bahawa kejutan yang dimaksudkan ialah untuk mereka yang menghadiri 2nd Reunion di Lumut setiap orang akan mendapat sekeping DVD yang telah dibuat khas untuk this special occasion. Objektif utama ialah kita tidak mahu memori indah yang ada terkubur bersama masa yang berlalu, oleh itu sebahagian kenangan yang lalu telah dipahatkan ke dalam DVD ini.

Orang yang pertama menerimanya ialah Ros, tepat pukul 7 petang 15-6-2010. Edisi Special ini adalah terhad, tetapi jika ada kengkawan yang lain berminat sila hubungi Boy untuk tindakan urusetia selanjutnya.

Kami berharap agar kengkawan sekelian mendapat manfaat darinya dan dapat mengurangkan segala tekanan kerja dengan menonton DVD ini..




Surat rasmi yang dikirimkan bersama-sama dengan DVD



Inilah bentuk DVD yang diterima oleh rakan2 sekelian.



Rekabentuk grafik yang berbeza sedikit.


Ini adalah menu pertama apabila anda memainkan DVD ini, terdapat 2 menu, satu ialah dalam bentuk movie dan satu lagi dalam bentuk slideshows.


Ini adalah submenu movie yang dikatakan. Terdapat 4 submenu iaitu Lumut, Jumpa Lagi, Memory Lane dan 2nd Reunion xSKKGK 1969. Memory Lane memaparkan kehidupan di masa lalu dari kita kecil hinggalah yang terkini. Kebanyakannya adalah gambar2 yang terdapat di dalam blog ini manakala 2nd Reunion adalah gambar yang terkini yang dipaparkan sempena 2nd Reunion di Lumut.


Yang berikutnya ialah Submnenu untuk Slideshows. Slideshows ini kita bahagikan kepada beberapa segmen supaya senang untuk kengkawan mencapainya.


Slideshows submenu yang kedua



Slideshows submenu yang ketiga.

Oleh itu pihak urusetia ingin mengambil kesempatan ini memohon maaf jika terdapat kekurangan dan kecacatan dalam penghasilan DVD ini. Inilah yang termampu kita buat demi untuk memahatkan kenangan lalu. Sesungguhnya masa itu terlalu cepat berlalu jadi sebelum memori kita hilang dalam peredaran kehidupan ini, moga DVD ini dapat menyuntik sedikit keceriaan di dalam kehidupan kita semua.

Akhir sekali apa yang diharapkan kita dapat bertemu lagi di dalam reunion yang ketiga. Tarikhnya tidak ditetapkan lagi...mungkin kita akan bertanya soalan ini kepada pihak urusetia yang baru iaitu Encik Fendi kita. Walau bagaimanapun untuk pengisian di dalam Reunion ketiga itu bolehlah diforwardkan kepada En Fendi.

Sekian wassalam.

Moderator

5 comments:

Budak Kem said...

Thank you Zam & Boy.



ija

zam said...

Ija kau dah dapek ko ? patut sampai arini kalau tak esok sempeno ko punyo birthday...

Tina Kassim said...

Salam

Tina belum terima lagi... Sebenarnya hari penghantaran CD tu oleh POS LAJU kami tak ada kat rumah... pergi PAKA Terengganu rumah adik ipar...

Ada notis dari Pos Laju... kena claim kat POs Laju Tanjung Karang .. lebih kurang 20 minit dari Sg Besar...

Apa pun tqvm untuk pihak urusetia.. tak sabar rasanya nak tengok CD tu!

Wassalam

Lan Dollah said...

Zam/Boy,
aku tak leh nengok ler cd tu kat opis sebab pc aku zaman bell punya pc ... ke memang kat dvd player jer boleh nengok benda ni ? help ...help...

zam said...

Lan Dollah,

kau kena guna dvd player kat rumah.. dia tak bagi yengok kat office sebab tu masa kerja.. ha ha