Friday, June 4, 2010

SELAMAT DATANG CIKGU !!!

Salam..

Petang tadi lebih kurang pukul 3.55 petang, saya menerima SMS dari Zam Jepun.. Dalam sms tu tertulis satu nombor telepon.. bila lihat kan nombor nya ianya nombor telepon rumah di Melaka..

Nak tahu nombor telepon siapa tu???? Sungguh gembira apabila orang menjawab telepon tu mengesahkan "ya ini rumah CIKGU WAN"... So kawan-kawan, kita dah jumpa balik orang yang menjadi guru kelas kita semasa darjah 4 di SKKGK (tahun 1979).. Lama juga bersembang dengan Cikgu Wan.. Alhamdullilah beliau sihat.. katanya baru 2 tahun bersara.. sekarang ni duduk kat rumah je..Relax-relax.. Katanya rumah nya di kampung gelam.. dekat dengan Sekolah Menengah Sri Tanjung.. Anak-anak cikgu semuanya dah besar hanya seorang je lagi tingkatan 5 ...bakal menghadapi SPM...

Seronok bersembang dengan Cikgu.. Masih ke korang ingat lagi??.. Cikgu Wan lah selalu pulas perut korang .. apabila tak buat kerja sekolah.. kah..kah..kah.. rasa nak menangis serta terharu apabila mengenangkan saat itu..ya.. Bayangkan peristiwa itu telah berlalu 31 tahun yang lepas..tapi masih segar dalam ingatan kita...

So pada sesiapa yang ingin bersembang dengan Cikgu kita bolehlah menghubungi saya untuk nombor teleponnya..

Saya bagi pihak kawan-kawan ingin merakamkan ucapan Jutaan Terima Kasih kepada cikgu yang telah mendidik kami menjadi insan yang berguna sehingga kini..sesungguhnya jasa Cikgu hanya Tuhan saja yang dapat membalasnya...

Akhir sekali ucapan "SELAMAT DATANG CIKGU WAN OMAR BIN WAN EMBONG KE BLOG KAMI" dan jemputlah memberi komen-komen cikgu kepada anak murid tua cikgu ni...

Sekian wassalam...

Ikhlas
~Boy~

6 comments:

Zam said...

Salam,

Welcome Home Sir Wan Omar Wan Embong!

Sekarang ni , blog ni rumah persinggahan kami, jadi kalau cikgu nak bagi nasihat ke, komen ke, sila kanlah.

Thank you Sir ..

Zam

Rose said...

Salam
Boy ..

Masih ingat lagi, walaupun Rose still dPenang Rose ade gak pegi keMelaka dan pegi umah Cikgu Wan . Zam.. kau ingat ta . kau yang bawa Rose . tapi ta ingat tahun bila tapi selepas sehari majlis perkahwinan Wati . wah ! masa tu cikgu Wan jamu kita orng mkn nasi . Rose ade picture tu nanti Rose minta kat mama . Korang bole tengok ....

Zam said...

Rose,

Mmm betul betul... tapi gambau tak delah.. kalau ada bagi kat dak Boy..

sham said...

Salam,

Aku paling tak boleh lupa dengan cikgu wan bila aku terpecahkan pasu dekat dlm kelas. Malu betul aku tak ingat apa hukuman yg aku kena mungkin boy ingat peristiwa hitam aku tu..

Tanpa guru yang mendidik kita dengan ikhlas siapalah kita sekarang, semoga cikgu Wan sentiasa Allah SWT memberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan perjuangan sebagai pendidik.

Maaf dipohon jika ada kesilapan yang lalu..

Wassalam.

Sham

wati said...

Salam...
Boy..

kau ingat tak cikgu Wan suka bagi ejaan bhs melayu.. siapa markah bawah 5/10 kena denda iaitu salah satunya ialah tengok katak jln d atas lengan.. kau faham tak? nanti cikgu cubit lengan kita n nampak seketul bebola bergerak ,lenguh tangan kita jadinya...hehehe
Apa2 pun cikgu tetap kita semua ingat dan sayang dunia n akhirat spt ibubapa kita.
eh Rose! kau merayap dgn zam tak ajak wati masa tu ye... tak aci betul kau...hehehe.. gurau je.

Budak Kem said...

A'km.Semuga Cikgu Wan sihat walafiat d samping klga trsayang.




ija